Sesudah 4 bulan kita bertanding Ranking SetiakawanGolf kian berubah. Kalau FedEx Current Standings sehingga 25 Apr 2010 dikira sebagai 17th Week Standings. Kita lebih kurang bagitu lah. Diperturunkan Standings kita sehingga 30 Apr 2010.
Nampaknya Squad saya mendahului. Pada 24 Apr hari tu dia overall champ untuk Weekly Outings kita. Kini dia top. Kalau FedEx Standings dia macam Ernie Els. Well Done Squad. Hujung March dia nombor 4. Tan Sri Nik Ismail yang dulu nya Top sekarang kedua je. Macam Jim Furyck. Bagitu juga Dr Khalil Ramli ( Anthony Kim) dan Dato Amin (Steve Stricker), dah kena turun satu anak tangga. Kol Mutalib ( Camilo Villegas)dah potong RK (Phil Mikelson) dan Mej Sardon ( Dustin Johnson). Mej Rustam ( Paul Casey) dah melonjak dari nombor 12 ke nombor 8. Dato Daud ( Martin Kaymer) dulu nombor 8 sekarang kenombor 9. Kol Dol Ngajis (Ben Crane) dulu nombor 30 sekarang dah nombor 10. Walau pun dia Golfer of the Month for April 2010, tetapi keseluruhan masih perlu main lagi baik untuk merapati yang Top. Dato Nawi Alias Jason Bohn) dulu nombor 10 sekarang dak kenombor 11. Saya dulu dinombor 19 ( Geoff Ogilvy) sekarang ni kenombor 18. Tak banyak meningkat.
Jadi saya harap semua members akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kedudukan untuk selesa semasa Panglima Handicap Reset points sabelum Pertandingan Golfer of the Year kita. Tentukan juga menyertai Weekly Outings kita tak kurang dari 25 kali.
Salam
Setiakawan Mencuba Memperbaiki Rankings Tiap Tiap Minggu.
Khas untuk Top Ranked Dato K
Kawan kawan sekelian,
ReplyDeleteMalam ni saya tidur lambat sikit sebab baru abis nonton open de Espana. Tak berapa syok sebab tak sorang pun pemain pujaan saya yg mengambil bahgian. Kalau mampu saya nak tunggu Quail Hollow pulak tapi lambat lagi...jam 3 pagi. Rasa2nya TV akan nonton saya.
Jadi sebab dah tak ada apa nak buat saya pun buka le Blog Setiakawan...wow terperanjat nengok nama saya berada di atas sekali dlm FEDEX overall ranking. Memang lah saya GUmbira tapi sayangnya tak dapat duit. Harap2 saya boleh maintain prestasi saya ni. Jangan meragam dah le. Banyak bulan lagi nak menyampai ke annual tournament. Anything can happen. Pemain2 yg handal2 tak jauh di belakang saya...TSNI, Dr khalil, Panglima Hcap, Kol Mutallib, RK dll. Bila2 masa je mereka boleh memotong saya.
Bagi Blogger kita pulak, kalau dia dengar nasihat DNA dia pun boleh naik ke atas. Begitu juga dgn DNA..kalau dia dapat form dia balik pakat mencanaklah naik nama dia ke atas. Jangan lupa dgn Wak Dol kita..dia memang boleh mengancam. TSHM pun apa kurangnya..ingat apa dia buat masa last annual tournament. Startegi dia memang hebat.
Dalam masa yg sama saya amat bersimpati dgn sqd saya MJHim. Dia ni semangat memang tinggi tapi bila main senang hilang fokus. Bukan dia tak pandai main. Dah berapa kali saya kalah dgn dia. OK sqd jangan putus asa...pergi le selalu ke driving range di SIGC tu dan minta pro ajar you. Misti boleh improve punya.
Tak berapa jam lagi kami akan terbang ke Perth. Saya memang tak pernah kesana lagi. Jadi tak boleh bayangkan macam mana keadaan disana. RK kata bawa sweater takut suhu rendah. Saya dah 16 tahun tak pergi ke tempat sejuk. Nak cari sweater lama pun dah tak ingat kat mana kami simpan. Jadi bawa jeket je lah jawabnya.
Skawan Gang,
ReplyDeleteMy compliments to Panglima Handicap and John for keeping the Skawan blog very much alive and excited. Pagi-pagi saya buka blog sebab mahu tahu apa keputusan "cerita Hindustan" yang John sengaja lambatkan.
Kebetulan malam tadi saya menonton Astro channel 108, cerita Hindustan "FOX", dari awal hingga akhir, sekali-sekali buka Astro Golf Channel 815 menonton Open de Espana tapi tiada "Uumph" kerana semua pemain saya tak kenal kecuali Darren Clark.
Cerita hindustan seorang peguam bernama ARJUN menjadi hero lebih menarik kerana ada sedikit sebanyak persamaannya dengan watak dan pembawakan members skawan. Dalam hati saya biarlah saya jadi hero hindustan ( kena belasah oleh musuh hampir mati), bulan April tempat ke 11 tapi datang hujung tahun (7 bulan lagi tolak bulan puasa) mudah-mudahan semangat akan bangkit berkobar-kobar untuk menempah tempat kedudukan yang berupaya memberi cabaran kepada sesiapa sahaja semasa pertandingan SEGOY nanti.
Saya rasa semangat golfers ni sama aje, niat dan hajat serta berusaha gigih untuk menang tak pernah kalah, tapi bila hari pertandingan sahaja barulah kita tahu!
Saya bayangkan kawan-kawan skawan, khususnya Dato K, TSNI, DKR, DAS dan KM sangat GUMbira kerana mendapat tempat PERTAMA hingga KELIMA dalam ranking SEGOY hingga bulan April. Saya juga GUMbira kerana melihat kawan-kawan GUMbira sunggoh pun saya sendiri tidak berapa GUMbira kerana score saya dalam bulan Mac dan April semuanya hancur, sebab dan helahnya saya sahaja yang mengetahui!
Kepada members yang akan menjelajah kePerth untuk pertandingan SIM, kita jumpa di LCCT pada jam 2145hrs pada 03 May dan kepada "Rear Party" members, berlatih kuat lagi untuk mendapat tempat teratas bulan May nanti. I SHALL RETURN to join you all on 12 May 2010, insyaAllah.
DNA