Friday, July 27, 2012

KEDUDUKAN RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA JULAI 2012







 


Nampak nya Top Ranked kita sehingga bulan Julai masih kekal dengan Dato Nawi Alias.



 
 Well Done Dato. Rapat dibelakang di nombor 2 ialah Datuk Khalid Saad.

 
 Kali ni perbezaan points mereka dah dikurangkan. Bulan lepas perbezaan points antara mereka 111 points. Sekarang dah 71 je. Nak tentukan kedudukan, kedua mereka mesti bermain tiap minggu. Kalau tidak bersilih ganti. Tempat ketiga Dato Tairobi,

 
 sekarang tempat Ke3, bulan lepas Ke7.  Mata lebih tajam nampak nya.

Dato Roslan pun dah improve.

 Dah ditempat Ke4 dari Ke6 bulan dulu.
Tan Sri Hashim Meon dengan Isman Azimy dan menurun tempat Ke 6

 
 dan Izman lak Ke7.


Kedua mereka bermain 2 kali je.
Dato Amin dah meningkat dari tempat Ke 16  ke tempat Ke 5.


 Dia dapat tempat Ke2 semasa SEBTRO dulu dengan 98 points. Naik lah dia.
 Dato Mokhtar Perman dah menurun ke8 dari Ke5.


 Convenor kita ditempat Ke9


 sementara Kol Mohammed dak Ke10 dari Ke15.

 Itu pun dia masih complain sakit pinggang.

Tahniah kepada semua di Top Ten Ranking kita. Semoga dapat dikekalkan. Dalam bulan Ramadhan ni, tak lah keterlaluan kalau ke Driving Range sabelum berbuka puasa.
Di Conggak Oleh:

Berita terbaru dari Convenor kita ialah Majlis Berbuka Puasa SetiakawanGolf. Akan diadakan pada hari Rabu 08 Ogos 2012 diHotel De Palma, Jalan Ampang, KL. Green Fee RM 75 sekepala. Datang lah dengan isteri. Harap maklum kepada Convenor kehadiran.  
Salam.

 

Sunday, July 22, 2012

GOLFER OF THE MONTH OF JULY 2012










Bulan Julai ni kita bermain cuma 3 kali je.Patutnya ada satu kali lagi, tapi kita terpaksa berhenti seketika kerana mulai berpuasa pada 21hb.
Kedudukan ranking kita bagi bulan Julai adalah saperti dipamirkan:



Nampak nya Top Ten bulan Julai ni, hanya 3 orang je yang dari Top Ten bulan Jun.Datuk Khalid Saad (2), Mej Che Annuar ( 3 ) dan Dato Tairobi (4). Yang lain semua nya dari luar Top Ten. Yang jelas Top sekali ialah Dato Amin Salleh. Bulan lepas dia di Tempat Ke33. Bagitu juga Raden di Tempat Ke2 (dulu Ke18), BG Rahman J kali ni Tempat Ke 3 (dulu 51), Kol Mohammad, sekarang Ke4 (dulu Ke39), Halimi Abdullah sekarang Ke6 (dulu Ke 19), Kol Rani sekarang Ke 9 (dulu Ke 62. Dia tak main langsung) dan Mej Hussin Nayan sekarang Ke10 (dulu Ke 62. Tak main juga).
Perubahan yang besar ni, akibat dari kita mengadakan SEBTRO baru baru ni. Majors semacam SEBTRO melayakkan kita double points. Macam Halimi tu. Dia Champion SEBTRO. Dapat 100 points. Terus meloncat ke tangga Ke6.
Ranking keseluruhan akan diposkan selepas ni.
Di Conggak Oleh:





Salam:

Friday, July 20, 2012

KEPUTUSAN PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BUKIT UNGGUL GOLF CLUB PADA 18 JULAI 2012

 
 Kali ni kira last kopek sabelum kita berehat seketika untuk mengharungi bulan Ramadhan. Seramai 22 orang mengambil bahgian Bukit Unggul Golf & Country Club. Tak bagitu ramai. Maklumlah nak menyiapkan diri menunaikan rukun.
Keputusan adalah saperti dipamirkan:

Nampak nya Dato Amin dah menyerlah semula.

Bagitu juga Dato Tairobi.

Dah terang lagi penglihatan.
Convenor pun dah banyak improve.


Squad saya MJHim bagitu juga.

Dato Nawi bersungguh.

 
 Nampak nya nak pertahankan kedudukan Ranking nya dari terlepas ke tangan Datuk Khalid.

Pas ni kita berehat. Kalau ada masa gi ke driving range. Kita akan bermula semula selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Bagi pihak Dato Presidente dan AJK nya, saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa mulai hari Sabtu 21hb Julai 2012. Kita akan berjumpa, Insyaallah  semasa kita mengadakan majlis berbuka puasa kelak.
http://www.youtube.com/watch?v=bGzdsClfvKU&feature=player_detailpage

Salam

Saturday, July 14, 2012

ENJOY



salam
John

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 11 JULAI 2012 DI TASIK PUTRI GOLF & COUNTRY CLUB






Weekly Outings kita terakhir ialah pada 27 Jun 2012 di Nilai Springs. Pas tu SEBTRO di Kinrara. Minggu ni lak di Tasik Putri. Ingatkan lepas RAFOC Annual Golf pada 10 Jul, takde lah sangat pemain tapi yang jelas terdapat beberapa members kita turut serta. Jumlah yang bermain pada hari tu ialah 24 orang. Seramai 9 orang telah bermain selepas tu. Ingatkan penat dan tak boleh bermain betul. Rupanya champion kita pada hari tu, Datuk Khalid Saad telah turut serta dalam kejohanan RAFOC.

Tahniah Squad. Kedua Dato Tairobi.

Dia fresh, tapi ke3 Dato Roslan



 
dan ke4 Kol Mohammad turut serta. Tahniah lah members.
Senarai keputusan adalah saperti di pamirkan:


Salam



Wednesday, July 11, 2012

KESELURUHAN RANKING SETIAKAWANGOLF SEHINGGA JUN 2012






 Ranking keseluruhan SetiakawanGolf sehingga bulan Jun 2012 menampilkan seramai 102  peserta. Rankings Top Ten tak banyak berubah dari bulan Mei. Cuma Kol Razaki Darus je terkeluar dari Tempat Ke9 gi ke Tempat ke14. Mungkin pasal dia main 1 kali je pada bulan Jun. Tak dapat tempat, Cuma dapat satu point je. Bulan Mei 367, bulan Jun 368. Kena tambah main Ki kalau nak duduk di Top Ten. Yang lain orang yang sama je, Cuma dok pusing sesame dema je. Yang jelas Dato Nawi Alias dapat kekal Top Ranked dengan 634 points dari 512 points.
 
 Dia menyertai full, 4 kali dan mendapat tambahan 122 points. 2nd Ranking, Datuk  Khalid Saad mendapat 523 points.
 
Dulu diTempat Ke6 dengan 409 points je. Dia pun full attendance. Ketiga Isman Azimy dengan 513 points.


Dah potong abah dia Tan Sri Hashim Meon.

Dua beranak ni bersilih ganti nampak nya. 5th Ranked, Dato Mokhtar Perman dengan 492 points.
 
 Last month ranking Ke2. Ialah dia bermain 2 kali je. Kena main banyak lagi Dato. Dato Roslan Hanafiah lak ke nombor 6 dari nombor 5.


 Dia main full. Dato Tairobi lak ranking ditempat Ke7 dari ke8.


 Ada 4 ke 6 orang silih berganti. Dato Tairobi, Kol Ramli Kinta,


Hj Rahim Kassim


 dan Kol Mutalib.
 
Dema ni selih berganti je. Banyak tertakluk kepada penyertaan. Yang full attendance setakat ni sebanyak 25 kali ialah Convenor kita Raden Hamzah. Dia diranking Ke13. Maklum lah dia sibuk mengurus permainan kita.
Ranking keseluruhan saperti dipamirkan:




 Dari senarai 102 members, seramai 12 orang mendapat nombor 91. Dema ni tak dapat point langsung kerana tak bermain langsung. Ditempat Ke 82 lak ada seramai 9 orang. Yang ni dapat satu point kerana bermain sekali. Ranking ditemap Ke 78 lak seramai 4 orang. Dema bermain sebanyak satu kali dan dapat 2 point.
Di ingatkan bahawa untuk melayakkan diri untuk menyertai Kejohanan Golfer Of The Year atau SEGOY, members mesti telah menyertai Weekly Outings (WO) kita sebanyak 25 kali. Masih ada 6 bulan lagi. Banyak minggu tu. Sertai lah awal awal lagi.



Di Conggak Oleh:

 

 Salam

ps: Ada tersilap nampak nya posting ini. Kena semak Semula. Ssssooorrryyyy.
Dah betul sikit. Gambar no 3 dengan 4 perlu ditukar. Akan laksanakan. Sory Isman. 
Dah Betulkan dah.