Pertandingan diadakan di Staffield Golf Resort pada 10 Jul 2012. Hari Selasa. Kita lak adakan WO kita pada 11 Jul 2012 pada hari rabu diTasik Puteri. Tak pasti berapa ramai akan menyertai.
Anyway pertandingan Annual golf RAFOC ni disertai seramai 130 peserta. Mereka menggunakan System 36 Stableford. Tak pasti macam mana kiraan nya, tapi difahamkan system nil ah yang paling sesuai untuk pertandingan sa bagitu rupa. Selain dari individu ada juga antara tim. Squad saya, S12/68 memasukkan 2 tim. Satu tim 4 peserta dan kiraan terbaik 3 pemain akan di kira. Kena sebut ni kerana pada tahun 2011 kami jadi champion.
Memenangi Piala Tan Sri Abdul Rahman Hamid.
Tahun ni kami tak dapat naik pentas terima hadiah kerana kecundang. Champion tahun ni mendapat 109 point, kedua 107 point. Kami mendapat 106 point. Miss by satu point. Kena cuba lagi tahun depan.
Yang jelas ramai members SetiakawanGolf menyertai. Banyak dapat hadiah. Dipamirkan gambar gambar members kita yang mendapat hadiah.
Salam
No comments:
Post a Comment