Friday, May 25, 2012

PERTANDINGAN PERSAHABATAN ANTARA KELAB GF2 DENGAN SETIAKAWANGOLF PADA 22 MEI 2012 DI KELAB GOLF SERI SELANGOR

 



 Dah 2 kali dita bertembung dengan kelab GF2. Yang saya ingat pertama kali di Kelab Tasik Puteri. Yang kedua tak pasti lak. Sapa ingat maklumkan melalui ‘Comments’. Pertemuan kita kali ni adalah yang ketiga. Sekali gus kita adakan week outings kita. Cuma kali ni pada hari Selasa bukan Rabu saperti biasa.
Untuk pertandingan kita kena senaraikan 20 pemain. Mereka pun bagitu. Ini kumpulan yang akan bertanding sementara yang lain cuma menyertai saje. Saya rasa Golf Captain kita bersama Dato Tairobi dan Raden Hamzah telah berusaha untuk menyenaraikan satu tim yang kuat.

Pada pagi hari tu, kelihatan ramai peserta berada di KG Sri Selangor. Sarapan di tanggung.






 

Roti canai kena bayar sendiri.




 
 
Dalam jam 0815, kita telah mengadakan bergambar beramai ramai.


 Penaung kita, Tan Sri Hashim Meon telah dijemput untuk mengetuai bacaan doa selamat.

Selesai saja, peserta telah ke buggy masing masing.



 


Peserta Friendly di dalam satu flight sementara yang lain mengikut aturan flight yang diuruskan secretariat masing masing. Kumpulan Utama, Tan Sri Abu Hassan Omar bersekali dengan Dato Presidente kita. Dalam flight tu juga terdapat Tuan Hj Johar Ismail dan Datuk Khalid Saad. Mereka tee off dulu. Lain lain flight telah tee off secara Shot-gun start di lubang lubang yang lain.
Dalam sekitar jam 2.00 petang semua peserta dah mula memasuki Dewan Makan kelab. Members GF2 berpakaian kuning hitam. Smart Nampak. Jamuan makan tengah hari di hidangkan secara ‘buffet’. Cuma ada satu VIP table. Disitu kita letakkan Penaung GF2 dan beberapa AJK nya sementara SetiakawanGolf juga meletakkan Tan Sri Penanung, Dato Presidente, Dato Timbalan Presidente termauk Datuk Khalid Saad.
Oleh sebab kita ‘host’ jadi kita mengendalikan acara acara pada tengah hari itu. Acara kita di bahagikan kepada:
a.    Ucapan oleh Penaung GF2, Tan Sri Dato Seri Utama Dr Hj Abu Hassan Omar.
b.    Ucapan oleh Dato Presidente SetiakawanGolf, Lt Jen Dato Abdul Ghani bin Abdullah.
c.    Pembahgian hadiah bagi Monthly Medal GF2 dikendalikan oleh Kapt Mohd Ruslan Jaudin.
d.    Penyampaian Piala SetiakawanGolf International Masters oleh Tan Sri Hashim Meoan kepada Johan SIM 6/2012 Lt Jen Dato Nawi Alias.
e.    Penyampaian hadiah kepada pemenang Weekly Outings (WO) SetiakawanGolf.
f.    Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Persahabatan diantara SetiakawanGolf dengan GF2.
Penyampaian Piala SIM oleh Tan Sri Hashim Meon telah diadakan selepas selesai acara pembahgian hadiah GF2. Sepatutnya trophi ini telah disampaikan sebaik saja kita adakan WO kita selepas group dari Bangkok pulang ke tanah air. Pada 26 April 2012. Usaha ini tertunda sehingga lah pada 22 Mei 2012. OK juga. Lagi ramai orang tukang tepuk. Selesai acara ini , giliran SetiakawanGolf pula menyampaikan hadiah bagi Weekly Outings pada hari itu, 22 Mei 2012.
Keputusan adalah saperti dipamirkan:


Seramai 11 orang members kita bermain under dan seramai 4 orang bermain par – 71. Ramai tu. Kedengaran juga ‘selalu over’.Seramai 7 orang members kena potong handicap. Yang ketara Champion Kapt Rashid, net 62. 9 under. Dia ni komando – tak reti tarik brake.Kena potong 3. Deputy Champion pun lebih kurang. 7 under. Kena potong 2. Yang lain kena potong 1. Seramai 5 orang.   Mentang mentang main ‘short’ game.boleh lah. 15 members menerima hadiah. Kesemua bermain par atau lebih baik. Tak pernah berlaku. Well done semua members.
Untuk pertandingan persahabatan lak, ada 5 hadiah. Kepada pemain yang menyertai pertandingan. Seramai 40 peserta kesemua. Pertandingan mengikuti Stableford Score. Keputusan saperti dipamirkan:



Nampaknya dari 5 pemenang hadiah 3 dari SetiakawanGolf. Tahniah kepada Dato Nawi yang Menjadi Champion dalam pertandingan dengan 43 points. Dia memenangi dengan OCB dari Deputy Champion, Encik Ahmad Johan dari GF2 yang mendapati point yang sama – 43.  Beza nya DNA handicap 17, Ahmad Johan handicap 18. Memang terra lah mereka. Kita punya single handicapper Izman Azimy jadi Assistant Deputy Champion dengan 41 points. Memang terra juga dia. Sorang lagi member kita Datuk Khalid Saad dapat nombor 5 dengan 38 points. Tahniah Squad. Masih hebat lagi lah.
Keputusan pertandingan mengambil markah terbaik 15 pemain tiap tiap tim ialah:


SetiakawanGolf – 525 Points dan
GF2                    - 527 Points.
Jadi Juara Pertandingan Persahabatan Diantara SetiakawanGolf dan GF2 adalah GF2
Tahniah kepada Tan Sri Abu Hassan dan Tim nya kerana memenangi pertandingan itu. Takde piala lak. Dah berbincang beberapa kali. Sebut sebut juga kot kot ada yang nak menyumbang piala. Tapi semua buat dek aje. Kena lah kedua dua kelab ni menyumbang untuk mendapatkan piala tu.
Sehingga kita jumpa lain kali Salam Sejahtera dan Setiakawan.
Salam

Friday, May 18, 2012

GOLFER OF THE MONTH OF APRIL 2012



  Bulan April 2012 hanya ada 3 minggu bagi kita. Jadi perkiraan Golfer of the Month untuk bulan April 2012 meliputi score untuk 3 minggu. Ada untung atau tidak tak lah dapat dinilaikan. Siapa yang dapat memenuhi 3 permainan complete dilihat mencapai kedudukan teratas.

Rankings SetiakawanGolf bagi bulan April 2012 saperti dipamirkan:


 Tahniah kepada Datuk Khalid Saad yang menduduki tangga teratas. 
Diikuti pula oleh Kol Mutalib,

Tan Sri Hashim Meon,
 
 Isman Azimy,

Hj Jamaluddin R, 

Dato Nawi Alias,

 Mej Che Anuar,



Hj Rahim Kassim, Mohd Nazri Sulaiman dan Dato Hashim Yahaya di tempat ke10.
Rankings ni bagi bulan April je. Keseluruhan bagaimana? Kita tunggu.




DiConggak Oleh:

Salam.

Thursday, May 17, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KELAB GOLF SERI SELANGOR PADA 16 MEI 2012



 Setelah sekian lama tidak bermain di Kelab Golf Seri Selangor, SetiakawanGolf menunjuk muka semula di

 

 kelab itu. Itu pada 16 Mei 2012.
 
 
Ada sebab nya. Pada 22 Mei ini kita akan mengadakan pertandingan dengan Kelab GF2. Kelab yang di naungi oleh Tan Sri Abu Hassan Omar. Mantan Menteri Besar Selangor. Kira nya ini practise round bagi kita.

 
 


Saya mengambil peluang untuk mencuba sekali lagi melangkah ke gelanggang golf setelah sekian lama tidak bermain. Sejak Oktober 2011, tak bermain. Cuba pada 21 Mac di KLGCC, tapi tak boleh complete. 14 lubang je. Kali ni dapat habis 18 lubang. Keputusan jangan tengok. Memang hancus. Waterface dapat diselamatkan oleh squad  saya, Dato Mohd Isa Hassan,


yang juga baru mencuba semula setelah berbulan bulan tak bermain. Dia sakit belakang, tapi selepas kembali dari menunaikan Umrah, hilang sakit nya. Ada hikmah kesana tu. Tapi mutu permainan nya sudah merosot. Maklumlah handicap dia masih 8. Ini Panglima Handicap kena teliti sama ada kemungkinan untuk ‘stabilise’ handicap dia. Kita tunggu.
Pada pagi 16 Mei, kita semua ke KG Seri Selangor. Seramai 30 members menyertai. Kelab ni memang susah sikit nak jumpa. Maklum, jarang kesana dan sekarang lebuhraya berselang seli. Macam macam cerita ada. Kebanyakan nya tersesat jalan. Seronok berjumpa ramai kawan. Sarapan dikira dalam bayaran kita RM 130. Roti canai kelab ni antara terbaik. Saya digandingkan dengan Dato Khairuddin,
Dato Pozi Shaari dan Dato Che Gu Nasir

. Semua 24. Flight kami last sekali di 2nd Nine.
 
 
 

OK lah tu. Kalau nengok keputusan pun, memang patut start last. Dato Khairuddin dengan Dato Che Gu Nasir je yang nampak kukuh dengan net 76. Yang lagi 2 tu, menongkat senarai je.
Anyway keputusan kita pada hari tu saperti dipamirkan:

 Champion ialah Capt Yahya dengan net 70.

 Dah lama dia tak menerima hadiah. Tahniah Bro. Kekalkan standard tu. 
Pembahgian hadiah di adakan di bilik bankuet kelab.



 

Tan Sri Hashim Meon telah menyampaikan imbuhan kepada pemain pemain yang mencapai keputusan teratas.

 



 


Salam 

ps: Gambar gambar akan diposkan tek berapa lama lagi. Sabbaarrr.
Dah letak pon. Enjoy.