Thursday, May 17, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KELAB GOLF SERI SELANGOR PADA 16 MEI 2012



 Setelah sekian lama tidak bermain di Kelab Golf Seri Selangor, SetiakawanGolf menunjuk muka semula di

 

 kelab itu. Itu pada 16 Mei 2012.
 
 
Ada sebab nya. Pada 22 Mei ini kita akan mengadakan pertandingan dengan Kelab GF2. Kelab yang di naungi oleh Tan Sri Abu Hassan Omar. Mantan Menteri Besar Selangor. Kira nya ini practise round bagi kita.

 
 


Saya mengambil peluang untuk mencuba sekali lagi melangkah ke gelanggang golf setelah sekian lama tidak bermain. Sejak Oktober 2011, tak bermain. Cuba pada 21 Mac di KLGCC, tapi tak boleh complete. 14 lubang je. Kali ni dapat habis 18 lubang. Keputusan jangan tengok. Memang hancus. Waterface dapat diselamatkan oleh squad  saya, Dato Mohd Isa Hassan,


yang juga baru mencuba semula setelah berbulan bulan tak bermain. Dia sakit belakang, tapi selepas kembali dari menunaikan Umrah, hilang sakit nya. Ada hikmah kesana tu. Tapi mutu permainan nya sudah merosot. Maklumlah handicap dia masih 8. Ini Panglima Handicap kena teliti sama ada kemungkinan untuk ‘stabilise’ handicap dia. Kita tunggu.
Pada pagi 16 Mei, kita semua ke KG Seri Selangor. Seramai 30 members menyertai. Kelab ni memang susah sikit nak jumpa. Maklum, jarang kesana dan sekarang lebuhraya berselang seli. Macam macam cerita ada. Kebanyakan nya tersesat jalan. Seronok berjumpa ramai kawan. Sarapan dikira dalam bayaran kita RM 130. Roti canai kelab ni antara terbaik. Saya digandingkan dengan Dato Khairuddin,
Dato Pozi Shaari dan Dato Che Gu Nasir

. Semua 24. Flight kami last sekali di 2nd Nine.
 
 
 

OK lah tu. Kalau nengok keputusan pun, memang patut start last. Dato Khairuddin dengan Dato Che Gu Nasir je yang nampak kukuh dengan net 76. Yang lagi 2 tu, menongkat senarai je.
Anyway keputusan kita pada hari tu saperti dipamirkan:

 Champion ialah Capt Yahya dengan net 70.

 Dah lama dia tak menerima hadiah. Tahniah Bro. Kekalkan standard tu. 
Pembahgian hadiah di adakan di bilik bankuet kelab.



 

Tan Sri Hashim Meon telah menyampaikan imbuhan kepada pemain pemain yang mencapai keputusan teratas.

 



 


Salam 

ps: Gambar gambar akan diposkan tek berapa lama lagi. Sabbaarrr.
Dah letak pon. Enjoy.

No comments:

Post a Comment