Friday, August 30, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 28 OGOS 2013 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

 
 Last kita main kat sini pada 19 Jun 2013. Kini kita kembali. Seramai 36 orang menyertai. 9 flight. Macam biasa pendaftaran dilakukan di Golfers’ Terrace clubhouse.
 
Saperti Convenor kita sebut dalam SMS nya, ‘The Package includes Buggy+Lunch+Insurance +Prizes. With Caddy - Senior RM 175 –Junior RM 190. Without Caddy – Senior RM 150 – Junior RM 165.


Nampak juga member baru atau yang lama tak nampak.
 
Sarapan ‘Sendirian Berhad’. Kalau nak sarapan di club kita charge lebih sikit lah. Atau berhenti tengah jalan. Selepas round about memasuki Carey Island ada kedai ‘roti canai’. Terpulang.

Kita tee off jam 0815 dari 2 tee box. Pertama dan ke10.
 
 
 
Riuh di tee box masing masing. Sempat jugak bergambar mengikut flight. Semua nya ceria. Ialah dah travel satu jam lebih sekarang ni nak main lak. Cuaca sugul. Ada gerimis sikit, tapi tak berpanjangan.Saperti biasa kolam Amverton kenyang hari tu.
 
Dari saya 3 biji. Titleist lak tu.
Kita selesai dama jam 12.00. Berkemas dan kita ke Dewan Makan Club.
 Hidangan kami termasuk asam pedas ikan tenggeri, ikan dritters dan sayur kacam goring kering. Nasi puteh dan air sirup, kopi dan buah buahan.

Sabelum di adakan penyampaian hadiah beberapa pengumuman telah diadakan. Pertama Kol Mutalib, menenyakan score beberapa orang yang tak dimajukan. Budaya menyerah kad selepas selesai bermain Nampak nya masih ada lagi.  Dato Timbalan Presidente juga memaklumkan beberapa perkara termasuk rancangan minggu minggu akan datang. Pas tu Dato Khalid Saad, Chairman SIM menerangkan perkembangan rancangan ke Pattaya pada 29 Sep ni.
Kol Ramli Kinta mengacara majlis Pembahgian Hadiah. Hadiah disampaikan oleh Dato Roslan Hanafiah.
Tahniah kepada Kol Abdullah Khir yang menjadi Champion Weekly Outings kita kali ni.


 Dengan handicap 7 dia mendapat net 69.  Deputy Champion ialah Kol Sidek Abbas dengan net 69 jugak.

OCB. Dan Assistant Deputy Champion ialah Mej Saadon Kaprawi dengan net70.
Senarai pemenang saperti dipamirkan:
Tahniah kepada semua pemenang.
 
 
 

Mengikut rancangan pas ni (04 Sep) kita ke Nilai Springs diikuti ke Sri Selangor (11 Sep) dan Staffield (16 Sep). Tournament of Winners (TOW) dirancang pada 25 September. Beberapa tempat sedang ditimbangkan. Akan dimaklum.

Salam.

Thursday, August 22, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 21 OGOS 2013 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT

      Minggu ni kali kedua kita bermain selepas Ramadhan. Sendi sendi masih berkarat lagi. Seramai 36 orang menyertai di Staffield Country Resort.
Mengikut utusan Convenor, kita kena bayar RM 145 untuk green fee+buggy+insurance+breakfast+Lunch dan hadiah. Bullseye RM 10 ialah optional. Caddy urusan persendirian. Itu cukup baik. Tambahan, course ni satu dari favourite kita. Cuma kena tee off cepat sikit. Jam 8.00 pagi.
Pendaftaran dibuat di Golf Section Club. Breakfast di Golfers’ Terrace. Ramai dah ada di sana bila saya sampai. Nampak ada muka baru.

Pada mula nya tak pasti sapa. Tak lak dikenalkan.
 Sempat hai hai hai je. Pas tu kena ke buggy. Ialah tee off jam 0800. Terkejar kejar sikit.
 
 
 
Kita bermain di Western dan Southern Nine. Cuaca pun elok.
 

 
 
Redup sepanjang permainan. Ada ketika macam nak hujan. Kalau tak ‘weather delay’ nanti. Tapi the weather stayed.

Kita selesai dalam jam 1300. Selesai berkemas kita ke the Peppers untuk makan tengah hari. Lauk termasuk soup, kari ayam, ikan sweet sour, sayur kacang dan kobis dan buah buahan.


 

Bagus nya kita berganding dengan kelab ni kerana keputusan mereka uruskan. Tak payah nak mengira secara manual lagi. Keputusan selesai semasa kita makan.
Kol Ramli Kinta mengacarakan majlis.
BG Rahman Jabir dijemput menyampaikan hadiah kemenangan secara tunai.
Tahniah diucapkan kepada Kol Sidek kerana menjadi Champion kali ni.
 Handicap 15 net 70. Deputy Champion ialah Dato Amin.
 Handicap 16 net 72 dan yang Assistant Deputy Champion ialah Kol Razaki.
 
 Handicap 16 net 72.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:


 
 

 
Selesai penyampaian hadiah, Jawatankuasa berbincang sejenak. Antara yang dibincangkan ialah:
a.    Ahli ahli baru perlu dikenalkan kepada members.
b.    Bayaran untuk sesuatu event itu perlu dibayar mengikut jadual. Kalau Permainan Mingguan kita perlu dijelaskan sabelum bermain. Kepada mereka yang ada order makanan berasingan perlu jelaskan  dulu sabelum pergi bermain.
Ini ingatan je. Harap harap boleh dierima.
Salam.




 Ps: Pada 28 Ogos kita akan bermain di Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey, Kelang. 

 
Yang suka makanan segar dari laut bawak lah ice chest atau pun kotak poleistyrene. Gerai gerai jual produk didapati diluar kawasan golf club.