Last kita main kat sini pada 19 Jun 2013. Kini kita kembali. Seramai 36 orang menyertai. 9 flight. Macam biasa pendaftaran dilakukan di Golfers’ Terrace clubhouse.
Saperti Convenor kita sebut dalam SMS nya, ‘The Package includes Buggy+Lunch+Insurance +Prizes. With Caddy - Senior RM 175 –Junior RM 190. Without Caddy – Senior RM 150 – Junior RM 165.
Nampak juga member baru atau yang lama tak nampak.
Sarapan ‘Sendirian Berhad’. Kalau nak sarapan di club kita charge lebih sikit lah. Atau berhenti tengah jalan. Selepas round about memasuki Carey Island ada kedai ‘roti canai’. Terpulang.
Kita tee off jam 0815 dari 2 tee box. Pertama dan ke10.
Riuh di tee box masing masing. Sempat jugak bergambar mengikut flight. Semua nya ceria. Ialah dah travel satu jam lebih sekarang ni nak main lak. Cuaca sugul. Ada gerimis sikit, tapi tak berpanjangan.Saperti biasa kolam Amverton kenyang hari tu.
Dari saya 3 biji. Titleist lak tu.
Kita selesai dama jam 12.00. Berkemas dan kita ke Dewan Makan Club.
Hidangan kami termasuk asam pedas ikan tenggeri, ikan dritters dan sayur kacam goring kering. Nasi puteh dan air sirup, kopi dan buah buahan.
Sabelum di adakan penyampaian hadiah beberapa pengumuman telah diadakan. Pertama Kol Mutalib, menenyakan score beberapa orang yang tak dimajukan. Budaya menyerah kad selepas selesai bermain Nampak nya masih ada lagi. Dato Timbalan Presidente juga memaklumkan beberapa perkara termasuk rancangan minggu minggu akan datang. Pas tu Dato Khalid Saad, Chairman SIM menerangkan perkembangan rancangan ke Pattaya pada 29 Sep ni.
Kol Ramli Kinta mengacara majlis Pembahgian Hadiah. Hadiah disampaikan oleh Dato Roslan Hanafiah.
Tahniah kepada Kol Abdullah Khir yang menjadi Champion Weekly Outings kita kali ni.
Dengan handicap 7 dia mendapat net 69. Deputy Champion ialah Kol Sidek Abbas dengan net 69 jugak.
OCB. Dan Assistant Deputy Champion ialah Mej Saadon Kaprawi dengan net70.
Senarai pemenang saperti dipamirkan:
Tahniah kepada semua pemenang.
Mengikut rancangan pas ni (04 Sep) kita ke Nilai Springs diikuti ke Sri Selangor (11 Sep) dan Staffield (16 Sep). Tournament of Winners (TOW) dirancang pada 25 September. Beberapa tempat sedang ditimbangkan. Akan dimaklum.
Salam.
No comments:
Post a Comment