Thursday, May 30, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 29 MEI 2013 DI NILAI SPRINGS GOLF RESORT

 
 
Permainan Mingguan kita kali ni bersekali dengan Medal Bulanan (SMM atau Setiakawan Monthly Medal) kita bagi bulan Mei 2013. Kali ni kita bermain di Nilai Springs. Dah lama tak bermain disini. Mengikut Kol Mutalib selaku pembantu Convenor, rate RM 115 untuk senior citizen including buggy and lunch. Breakfast and caddy sendirian berhad. Untuk breakfast ni, terpulang kepada peserta. Ada yang datang awal untuk menikmati samaada western breakfast atau nasi lemak bungkus. Dengar cerita nasi lemak bungkus di sini harga nya RM 12. Mahal sangat tu. Saya beli sausage McMuffin dengan hashbrown dan kopi. Sambil memandu sambil bersarapan. Sampai dikelab hanya perlu bayar yuran je. Untuk caddy kena RM 50 seorang. Dulu RM 45 je. Dah naik harga lak. Lama kelamaan macam Bangi Golf Resort RM 70. Tak perlu main lagi.


Seramai 23 orang bermain. 6 flight. Kurang ramai kali ni. Ada members yang gi Gambang untuk Reunion Intake 12 dan ada juga ke Melbourne. Masih ramai bermain.

 


Cuaca mula nya redup selepas hujan renyai.
Pas tu tambah bahang. Selesai bermain dalam jam 1.00 matahari dah memancar dan peluh menyimbah nyimbah. Kena minum air banyak. Kita bermain di Pines dan Mango. Keadaan course memuaskan. Cuma permainan berterabur sikit.
Selesai bermain dan mengemas diri kita ke Restoran Minang di Salak.
 

 First time saya ke situ. Masakan nya sedap termasuk likan bakar kembong dan wak lele.

Cecah nya bercampur sambal belacan, air asam dan kicap bawang. Berselera makan nampak nya.
Ada juga air kelapa bermacam macam colour. Ada yang ori dan ada yang campur gula Melaka. Yang tu kena order asing. Sdn Bhd.

 
Dato Malek Shahar mengumumkan pemenang dan juga menyampaikan hadiah. Champion kita hari tu ialah Dato Amin Salleh dengan net 69.
 
Deputy Champion ialah Saudara Zulkifli
 dan Asssitant Deputy Champion ialah Bowmanaf Hussin.
Tahniah kepada semua pemenang hadiah pada hari tu.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:

 
Pemenang Medal lak ialah:
A Medal – Bowmanaf Hussin Net 72.
B Medal – Dato Amin Salleh Net 69.
C Medal – Supt Bahar Nordin Net 75.
Permainan minggu depan masih di bincang dan akan dimaklumkan.
Salam       

Thursday, May 23, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 22MEI 2013 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT




 

 Kalau pada 17 Apr seamai 16 orang menyertai. Kali ni 41 orang. Sebanyak 11 flight. Ramai. Kebanyakkan nya tertarik dengan cerita cerita yang dibawak oleh mereka yang bermain pada 17 Apr. Terdapat beberapa member baru.


Welcome. Cuma jauh sikit. Ada yang kata tak jauh dan ada yang kata jauh.
Oleh sebab Raden Hamzah mengajak pergi bersama untuk menunjuk jalan, saya kena recce dulu pada hari sabelum nya. Pakai GPS lak. Tapi pada hari sebenar GPS digunakan oleh orang lain. Terpaksa guna GPS di kepala. Jumpa juga kelab Amverton Cove. Sampai dalam jam 0800. Sempat daftar
 
 dan bergerak ke kawasan buggy untuk memulakan pertandingan kita.
 

 
 
 
 

Dalam bermain saya sedar kawasan ni dulu nya hutan bakau. Masih ada kawasan yang kekal.
 Kawasan course di tambak. Course ni masih belum matured lagi. Banyak kawasan lapang
 

Dijangka apabila matured nanti akan bertambah indah. Keseluruhan course dijaga baik. Fairway masih memadat tapi dah elok untuk bermain. Green padat dan sederhana laju. Memang cantik course ni. Yang tak cantik nya ialah score kami.
Terdapat satu lubang, Lubang 4 gak nya, kita kena melalui jambatan kayu kedalam hutan bakau.

 
Air surut pada masa tu. Kalau air pasang lebih romantic lah pengalaman kami. Banyak kolam.

 
Tiap tiap kali pukul mesti ada ancaman menuju kekolam. Banyak jugak bola saya kesana. Walau pun bagitu satu outing yang memuaskan.
Selesai bermain. Mandi, berkemas dan makan tengah hari. Diadakan di bilik khas. Elok lah.
 
Kita mengadakan acara penyampaian hadiah disitu juga.
Kol Ramli Kinta mengacara majlis dan Dato Tairobi menyampaikan hadiah.
 Tahniah kepada champion Saudara Ibrahim Yunus.
Deputy Champion ialah Richard Yee


dan Assistant Deputy Champion ialah Dato Rozi Baharom.

 
Seramai 9 orang bermain under dan 7 kena potong handicap.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:


 
 



Salam