Thursday, May 30, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 29 MEI 2013 DI NILAI SPRINGS GOLF RESORT

 
 
Permainan Mingguan kita kali ni bersekali dengan Medal Bulanan (SMM atau Setiakawan Monthly Medal) kita bagi bulan Mei 2013. Kali ni kita bermain di Nilai Springs. Dah lama tak bermain disini. Mengikut Kol Mutalib selaku pembantu Convenor, rate RM 115 untuk senior citizen including buggy and lunch. Breakfast and caddy sendirian berhad. Untuk breakfast ni, terpulang kepada peserta. Ada yang datang awal untuk menikmati samaada western breakfast atau nasi lemak bungkus. Dengar cerita nasi lemak bungkus di sini harga nya RM 12. Mahal sangat tu. Saya beli sausage McMuffin dengan hashbrown dan kopi. Sambil memandu sambil bersarapan. Sampai dikelab hanya perlu bayar yuran je. Untuk caddy kena RM 50 seorang. Dulu RM 45 je. Dah naik harga lak. Lama kelamaan macam Bangi Golf Resort RM 70. Tak perlu main lagi.


Seramai 23 orang bermain. 6 flight. Kurang ramai kali ni. Ada members yang gi Gambang untuk Reunion Intake 12 dan ada juga ke Melbourne. Masih ramai bermain.

 


Cuaca mula nya redup selepas hujan renyai.
Pas tu tambah bahang. Selesai bermain dalam jam 1.00 matahari dah memancar dan peluh menyimbah nyimbah. Kena minum air banyak. Kita bermain di Pines dan Mango. Keadaan course memuaskan. Cuma permainan berterabur sikit.
Selesai bermain dan mengemas diri kita ke Restoran Minang di Salak.
 

 First time saya ke situ. Masakan nya sedap termasuk likan bakar kembong dan wak lele.

Cecah nya bercampur sambal belacan, air asam dan kicap bawang. Berselera makan nampak nya.
Ada juga air kelapa bermacam macam colour. Ada yang ori dan ada yang campur gula Melaka. Yang tu kena order asing. Sdn Bhd.

 
Dato Malek Shahar mengumumkan pemenang dan juga menyampaikan hadiah. Champion kita hari tu ialah Dato Amin Salleh dengan net 69.
 
Deputy Champion ialah Saudara Zulkifli
 dan Asssitant Deputy Champion ialah Bowmanaf Hussin.
Tahniah kepada semua pemenang hadiah pada hari tu.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:

 
Pemenang Medal lak ialah:
A Medal – Bowmanaf Hussin Net 72.
B Medal – Dato Amin Salleh Net 69.
C Medal – Supt Bahar Nordin Net 75.
Permainan minggu depan masih di bincang dan akan dimaklumkan.
Salam       

No comments:

Post a Comment