Saturday, June 30, 2012

GOLFER OF THE MONTH OF JUNE 2012




Bagi bulan Jun 2012 Cuma 2 orang je kekal dalam kedudukan Top 10 dari bulan Mei 2012. Mereka ialah Mej Che Annuar dengan Izman Azimy. Yang lagi 8 muka baru. Kali ni Top Ranked ialah Dato Nawi Alias dengan 122 points,

 diikuti oleh Datuk Khalid Saad di Tempat Ke2 dengan 114 points.
 
 Kedua dua bermain penuh 4 kali. Mej Che Annuar bermain 3 kali je, tapi masih menduduki tempat ke3.

Kedudukan Ranking bagi bulan Jun saperti dipamirkan.

 
 


Tahniah Dato Nawi kerana dapat melonjak ke tangga teratas walaupun bulan lepas bawah dari 10. Top Ranked bulan Mei, Isman Azimy dah ke nombor 8 lak. Ia lah, dia bermain 2 kali je. Itu pun kedudukan ke8.
Kedudukan keseluruhan sehingga bulan Jun 2012 bagaimana? Posting lepas ni.
DiConggak Oleh

Salam.

Friday, June 29, 2012

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN JULAI 2012





Rasa nya baru pos handicap bulanan kita, dah ada yang baru. Kali ni untuk bulan Julai 2012 lak. Saperti di pamirkan:


Dulu ada 99 ahli je. Kali ni dah ada 105 ahli. Kalau bulan lepas Single ada 8 orang, bulan ni ada 8 jugak. Dol Ngajis kekal handicap 1. Handicap 10 pun sama. 5 orang. Belasan lak dulu 50 je, sekarang dah 55 orang. Dua puluhan lak dulu 36 je sekarang berjumlah 37. Faham lah tu. Ada penambahahn seramai 6 orang. Saya kira ini members baru. Welcome Bro. Semoga yu’all akan enjoy dalam perkumpulan kami.
Handicap yang dipamirkan dipakai guna mulai 01 Julai 2012. Makna nya SEBTRO kita guna lah handicap baru.
DiConggak Oleh:

Salam.
 

Thursday, June 28, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 27 JUN 2012 DI NILAI SPRINGS GOLF & COUNTRY CLUB



 Walau pun API menunjukkan ada jerubu di Lembah Kelang dan beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia SetiakawanGolf tetap dengan rancangan untuk turun ke padang pada hari Rabu 27 Jun 2012. Tempat nya di Nilai Springs Golf & Country Club. Tempat kita biasa. Dah ramai sampai dan bersarapan.

Tak berapa lama semua beredar ke buggy dan caddy. Masing masing mencari caddy. Satu untuk sesuatu flight.


Seramai 36 menyertai. 9 flight. Itu memang piaiwaian kita. 7 ke 10 flight tiap tiap hari Rabu. Di tee box, lepas satu satu flight bergerak.

 
 
 Melihatkan senarai, terdapat juga flight yang patut berada disana dah lari ke tee box lain. Tak tau kenape. Tak baca flight list atau sengaja nak bermula di tee box tu, hanya mereka yang tahu. Macam ni Convenor pening. Kalau tak mengatur mengikut susunatur flight nanti ditegur mengalakan free-for-all. Lagi bertaerabur. Renongkan.
Sempat juga menganbil beberapa gambar di Golfers’ Terrace dan di Tee Box No 10.
 
 
Cuaca terang dan panas.
 
 


Terjelir lidah.
 
Tak sabar nak habis dan menikmati pancutan air dari shower. Nak menyejukkan badan.  Pas tu ke restoran Sri Sahabat di Nilai untuk makan tengah hari. Selesai makan hadiah disampaikan. Pemenang pada hari tu adalah saperti di pamirkan:


Minggu depan, 04 Jul kita akan ke Kinrara Golf Club untuk bertanding dalam kejuaraan SEBTRO atau SetiakawanGolf Bogey Trophy. Harap ramai yang akan menyertai.
Salam.

Thursday, June 21, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI STAFFIELD GOLF RESORT PADA 20 JUNE 2012

  Secara kebetulan, pertandingan tahunan golf bagi RAFOC akan diadakan pada 10 Jul 2012. Jadi ramai lah berlatih discourse tu. Termasuk members SetiakawanGolf . Saya percaya ramai members akan menyertai pertandingan itu. Sama ada persendirian atau sebagai tim. Saya juga tahu banyak lagi practise round akan diadakan untuk menyiapkan diri.
Pada 20 Jun 2012 ni seramai 33 members mengambil bahagian. Enam orang bermain under termasuk Hj Rahim Kassim,

Champion kali ini  yang mendapat net 69, 3 under. Handicap kena potong satu. Sekarang bermain handicap 15. Well done Ji.  Turun lagi. Yang last SM Nazri. Nazri kita lah tu, tapi WO. Tak tahu lak WO tu apa. Walk Over ke Walked Out atau Wash Out. Mungkin tak dapat habiskan mainan nya. Keputusan permainan adalah saperti dipamirkan:



Anyway, sabelum terlambat hari Ahad lepas ialah Hari Bapa Sedunia. Tahniah kepada bapak bapak semua. Anak anak yang ingat tu mungkin ada mengucapkan nya. Mungkin ada bapa yang dapat hadiah dan mungkin ada yang dibawa makan. Samada Breakfast, Brunch, Lunch atau dinner. Mungkin High Tea. Kemungkinan besar anak anak sibuk dengan urusan masing masing, kita adakan lak Hari Datuk atau Grandfather’s Day. Cucu kita lak yang meraikan nya bersama kita.
Sebagai bapa saya dijemput oleh anak saya, Haniff, pada hari berikut nya, Isnin 18 June ke studio nya di ASTRO. Join dia dalam rancangan Riuh Pagi Erra bersama Johan, Haniff dan Ray – JOHARA. Kena interbiu. Sempat juga mendendangkan lagu ‘Sedetik Lebih’ dan mendeklamasi sajak Usman Awang ‘ Mata Ayah’. Seronok juga dapat masuk radio.
Sajak itu diperturunkan sebagai tatapan kepada semua anak anak sebagai ingatan bahawa ayah kita tu satu saje. Luahkan kasih sayang kita kepada nya.
MATA AYAH – USMAN AWANG
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang


Salam  

Saturday, June 16, 2012

KEPUTUSAN PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 13 JUN 2012


 
Seramai 32 members telah mengambil bahagian. 8 flights. Kira nya itu norm bagi kita. Keputusan saperti di pamirkan:


Dato Rashid nampak nya menonjol sebagai champion. Handicap kena potong satu. Deputy Champion Tan Sri Ismail Hassan. Baru menonjol jugak. Semenjak dianugerah Tan Sri ni bertambah baik lak. Anyway Congrats Tan Sri. It couldn’t be awarded to a more deserving personality. Dah kita tambah satu lagi Tan Sri. Assistant Deputy Champion kepada Dato Nawi Alias. Dia kena maintain tangga teratas kerana kena jaga kedudukan keseluruhan nya. Dah 2 bulan di Top Ranked SetiakawanGolf Golfer of the Year. Semua bermain Under termasuk yang ke4, Dato Tairobi AR. Dato Hussin Tahak tempat ke5. Ini pun baru menonjol.
Kita tengok permainan pada 20 Jun lak. Siapa depan dan siapa kebelakang.
Salam

Wednesday, June 13, 2012

KESELURUHAN RANKING SETIAKAWANGOLF SEHINGGA MEI 2012







 Dah 5 bulan berlalu. Selama itu lah kira mengira points pada tiap tiap outings kita. Dari situ lah keseluruhan kedudukan members dalam senarai ranking kita. Ini penting sebab apabila pertandingan Golfer of The Year pada bulan Januari 2013 diadakan, selain dari score permainan hari tu points yang kita kutip selama setahun tu juga akan diambil kira. Macam FedEx Cup lah. Untuk kita mesti sudah bermain sebanyak 25 kali dalam permainan mingguan atau Weekly Outings (WO) SetiakawanGolf baru layak bertanding merebut piala Golfer Of The Year.

Setakat ni, Dato Nawi Alias mendahului.

Walau pun bagi bulan Mei dia menurun ke nombor 15, tapi oleh sebab points dia masih tinggi, dia dapat mengawal kedudukan nya. Tempat ke2 dan ke3 masih orang yang sama. Kali ni terbalik lak. Dato Mokhtar Perman
 
 dah potong Tan Sri Hashim Meon lak.

 Isman Azimy pada akhir April menduduki tempat ke 7 dah ke nombor 4.

 
Ini kerana dia dapat top pada bulan Mei. Dia diikuti oleh Dato Roslan Hanafiah,

 Datuk Khalid Saad,

 
 Kol Mutalib,

 

Dato Tairobi AR,
 
Kol Razaki

 Kol Ramli Kinta

 
dan Hj Rahim Kasim

 
yang menduduki tempat ke 10 dengan sama points..

Yang terkeluar dari Top Ten ialah Sardon Kaprawi. Dia dah kenombor 16 lak. Yang dah masuk Top Ten ialah Hj Rahim Kasim. Dia sama dengan Kol Ramli Kinta.
Bermain lah dengan baik untuk mengejar DNA, Dato Mokhtar Perman dan TSHM.
DiConggak Oleh:





Salam