Monday, January 31, 2011

SETIAKAWAN ANNUAL CHAMPIONSHIP –SACHA DAN SETIAKAWAN GOLFER OF THE YEAR – SEGOY. PADA 26 JANUARY 2011 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT.


PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN
Yes. Acara yang dinantikan akhirnya mendatang pada 26 Jan 2011. Hari Rabu. Lama juga Jawatankuasa berbincang untuk menetapkan tarikh dan lama lagi untuk memberi perincian untuk melaksanakan pertandingan itu. Maklumlah ini adalah acara tahunan, diadakan serentak dan untuk menentukan juara.
Segala perancangan mengambil kira Members Setiakawan. Supaya members semua akan menyertai pertandingan dengan perasaan seronok dan mereka boleh merasa bangga dengan kelab kita.
SACHA atau Setiakawan Annual Championship terbuka kepada semua ahli yang telah

SACHA atau Setiakawan Annual Championship terbuka kepada semua ahli yang yelah menyertai sebanyak 10 kali permainan mingguan kita selama tahun 2010. Mengikut senarai, yang terakhir, keahlian kita seramai 157 orang, tetapi yang aktif lebih kurang 80 je. Bagi SACHA, yang layak ialah seramai 51 ahli sahaja.

SEGOY atau Setiakawan Golfer of the Year ialah menyerupai FedEx Cup. Piala yang dipertandingkan oleh ahli PGA untuk merebut piala itu. Juara akan mendapat USD 1,000,000. Bagi kita Setiakawan juara akan mendapat RM 300 je. Yang menyeronokkan ialah daya tanding members untuk mendapat kedudukan yang terbaik tipa tiap minggu supaya mata atau points yang diperolehi akan di campurkan dengan mata yang terkumpul. Ini berlaku selama satu tahun. Cukup satu tahun, iaitu pada 31 Disember jumlah mata mata ini disesuaikan atau reset (macam FedEx jugak) dengan yang terdepan mendapat 5000 mata, kedua 4800, ketiga 4600 mata dan seterusnya. Cabaran kepada mereka yang bertanding ialah main cara terbaik dan mendapat mata terbanyak. Kalau yang lain tak baik,maka, pemain itu ada chan menjadi Champion SEGOY. Baik cara bagini ialah tiada sesiapa akan mendahului sehingga tak boleh dikejar. Kejohanan ini memerlukan members telah bermain sebanyak sekurang kurang nya sebanyak 25 kali permainan mingguan kita atau pun menyertai pertandingan SIM, SENAT, SESTRO, PRESTRO dan TRO TRO yang lain. Mesti sudah menyertai sebanyak 25 kali, baru lah layak.
Penerangan ini semua telah diposkan diBlog kita sabelum pertandingan. Selain dari itu, penerangan ini juga dipamirkan diatas notice board dikelab.
Pada pagi 26 itu, apabila sampai dah ramai pun berada disana.
Pendaftaran diadakan di Tempat pendaftaran Kelab. Kelihatan RHM, Dato Tairobi (DaTaRaz) dan MJHim dimeja. Membuat pembayaran (mereka yang masih belum laksanakan) Mencatit kedatangan, menyerahkan scorecard, mengutip bayaran bulls-eye (kepada mereka yang berminat je).
Sarapan ditanggung sekali. Nasi lemak, roti, mee hoon goring dan minuman kopi dan teh. Sibuk semua members mengalas perut. Kalau terlalu kenyang, kang tak boleh main.
Pada jam 0800 ialah acara mengambil gambar kumpulan. Riuh lah kejap.

Sempat juga disampaikan penerangan penerangan penting kepada semua.





Sabelum bergambar kita telah berdoa kepada Ilahi semoga acara kita pada hari tu akan berjalan dengan licin serta kesetikawanan kita berkekalan. Doa telah dibaca oleh Patron kita Tan Sri Hashim Meon.




Selesai bergambar semua peserta telah bergerak kebuggy masing masing untuk memulakan pertandingan.







Shot-Gun start dari 8 tee box di Western Nine.












Selepas habis diLubang 9 Western Nine, kita sambung ke Lubang 1 Southern Nine lak.

Selesai disitu baru sambung di Lubang 1 Western Nine. Kami selesai hampir pada sama masa. Scorecard diserahkan diMeja Pendaftaran untuk diconggak score. Nak mengira seramai 68 peserta termasuk tamu dan members lain yang menyertai Daily Medal. Memang banyak. Mujur ada computer. Mengikut DaTaRaz dah disiapkan program untuk keperluan SACHA dan SEGOY. Cepat dan tepat. Kebarangkalian silap kira adalah tipis. Well Done Mohd Zamzuri Tairobi kerana merangka program itu.
Sementara itu, selesai mandi, makeup sikit, kita keBilik Buffet Kelab Staffield.
Salam.
Setiakawan Selesai Bermain SACHA dan SEGOY.

Friday, January 21, 2011

SACHA & SEGOY 2010 QUALIFIERS



PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DI STAFFIELD GOLF RESORT PADA 19 JANUARI 2011


Permainan Mingguan kita kali ni ialah di Staffield Golf Resort. Antara sebab Staffield dipilih ialah buggy boleh masuk keatas fairway. Sebab yang lebih kukuh ialah Staffield ialah gelanggang yang dipilih untuk Setiakawan Annual Championship (SACHA) dan juga Setiakawan Golfer of the Year (SEGOY). Pertandingan pertandingan itu akan diadakan pada 26 Januari 2011.
Melihatkan senarai pada hari tu terdapat seramai 40 peserta. Wow. 10 flights. Saya kira semua members serious dengan kejuaraan itu,
tapi saya dapati ramai juga ahli ahli baru. Bagi pehak members yang lain saya mengucapkan Selamat Datang dan turut menyertai aktibiti kami.
Permainan pada hari tu ialah sebagai ShotGun Start.

Jadi dari senarai flight yang ada, terdapat 1A, 1B, 2A, 2B lah sehingga 5A dan 5B. Kita semua bermula diWestern 9 dan akan dituruti di Southern Nine. Yang mungkin kurang menyenangkan ialah takde caddy. Cuma ada 11 caddy. Semua nya dah dibooking oleh satu lagi kumpulan yang bermain pada hari tu. Pemain macam saya yang pukul kesana dan kesini memang mencungap lah.
Oleh sebab Kita mulakan sebagai ShotGun Start, kita habis permainan hamper sama masa. Selesai bermandi dan bersalin pakaian lain, kita ke Golfers’ Terrace untuk makan tengah hari.
Yang dihidangkan ialah nasi goring, mee goring dan air sirap satu jug pada satu meja.

Dipadang semasa berselisih dengan Flight No 5, kedengaran member baru kita, Dato Rabi menyuarakan ‘its an Army Conspiracy’. DiGolfers’ Terrace sempat juga saya bertanya apa maksud nya. Rupanya flight mereka bermaian secara ‘Sixes’. Bertukar partner tiap tiap 6 lubang. Rupa rupanya dalam partnership nya Dato Rabi kalah kesemua. Dalam flight nya yang 3 lagi ialah Army. Laa, baru 1st day dah mengeluh. Tak pe Dato, next week kita serah you kat Air Force lak. Air Force tu lebih ‘considerate’.
Selesai makan kita mulakan dengan Pembahgian Hadiah. RK mengambil alih.
Mula mula dia mengucapkan Selamat dating kepada beberapa member baru termasuk:
a. Dato Rabi, mantan Ketua Staf Markas ATM.











b. Kol Abdullah Khir.













c. Kol Shahidan.


d. Hj Sulaiman Rapek.

e. Saudara Md Dis Othman.













f. dan Saudara Shariff Abdullah.












Pemenang pada hari itu adalah saperti di pamirkan.

Nampak nya Dr Khalil Ramli, yang kedudukan Ranking nya di No 7 sekarang ni mula menunjukkan keupayaan nya dengan menjadi Champion pada hari tu. Dia mendapat Net 68. 4 under. Wow. Dan dia akan menyertai SEGOY minggu depan dikelab yang sama. Tahan itu masa Doc. Too bad kena potong 2 stroke lah. Kalau sabelum ni handicap 14 lepas ni 12 lak. Logigally – its still a 2 under. Kita kena tunggu tanggal 26 Jan.
Yang ke2, atau Deputy Champion ialah Saudara Md Dis Othman. 3 under. Kena potong satu stroke. Lepas ni kena main handicap 15 lak. Simpan itu masa Md Dis. And Welcome to the Club. Nampaknya ramai juga member baru memenangi hadiah saperti Kol Abdullah Khir sebagai First A Medal, Hj Sulaiman Rapek, A Medal ke6. Yang lain tu kena cuba minggu minggu mendatang untuk memenangi hadiah.











Selesai acara, AJK bersidang untuk membincang perkara perkara terkini. Yang menjadi tumpuan ialah SACHA dan SEGOY. Sabelum itu Dato Presidente telah mengumumkan tambahan keluarga nya dengan kelahiran cucu nombor 8. Pada hari tu dia belanja minum semasa mesyuarat kita. Tahniah Dato dan Datin Fatimah Huri dari kami semua.
Perkara perkara berkaitan SACHA dan SEGOY yang dibincang dan keputusan nya akan dimaklumkan dalam blog ni tak lama lagi.
Salam
Setiakawan – Siap Untuk Bertanding SACHA dan SEGOY. May the Best Man Wins.