Monday, January 31, 2011

SETIAKAWAN ANNUAL CHAMPIONSHIP –SACHA DAN SETIAKAWAN GOLFER OF THE YEAR – SEGOY. PADA 26 JANUARY 2011 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT.


PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN
Yes. Acara yang dinantikan akhirnya mendatang pada 26 Jan 2011. Hari Rabu. Lama juga Jawatankuasa berbincang untuk menetapkan tarikh dan lama lagi untuk memberi perincian untuk melaksanakan pertandingan itu. Maklumlah ini adalah acara tahunan, diadakan serentak dan untuk menentukan juara.
Segala perancangan mengambil kira Members Setiakawan. Supaya members semua akan menyertai pertandingan dengan perasaan seronok dan mereka boleh merasa bangga dengan kelab kita.
SACHA atau Setiakawan Annual Championship terbuka kepada semua ahli yang telah

SACHA atau Setiakawan Annual Championship terbuka kepada semua ahli yang yelah menyertai sebanyak 10 kali permainan mingguan kita selama tahun 2010. Mengikut senarai, yang terakhir, keahlian kita seramai 157 orang, tetapi yang aktif lebih kurang 80 je. Bagi SACHA, yang layak ialah seramai 51 ahli sahaja.

SEGOY atau Setiakawan Golfer of the Year ialah menyerupai FedEx Cup. Piala yang dipertandingkan oleh ahli PGA untuk merebut piala itu. Juara akan mendapat USD 1,000,000. Bagi kita Setiakawan juara akan mendapat RM 300 je. Yang menyeronokkan ialah daya tanding members untuk mendapat kedudukan yang terbaik tipa tiap minggu supaya mata atau points yang diperolehi akan di campurkan dengan mata yang terkumpul. Ini berlaku selama satu tahun. Cukup satu tahun, iaitu pada 31 Disember jumlah mata mata ini disesuaikan atau reset (macam FedEx jugak) dengan yang terdepan mendapat 5000 mata, kedua 4800, ketiga 4600 mata dan seterusnya. Cabaran kepada mereka yang bertanding ialah main cara terbaik dan mendapat mata terbanyak. Kalau yang lain tak baik,maka, pemain itu ada chan menjadi Champion SEGOY. Baik cara bagini ialah tiada sesiapa akan mendahului sehingga tak boleh dikejar. Kejohanan ini memerlukan members telah bermain sebanyak sekurang kurang nya sebanyak 25 kali permainan mingguan kita atau pun menyertai pertandingan SIM, SENAT, SESTRO, PRESTRO dan TRO TRO yang lain. Mesti sudah menyertai sebanyak 25 kali, baru lah layak.
Penerangan ini semua telah diposkan diBlog kita sabelum pertandingan. Selain dari itu, penerangan ini juga dipamirkan diatas notice board dikelab.
Pada pagi 26 itu, apabila sampai dah ramai pun berada disana.
Pendaftaran diadakan di Tempat pendaftaran Kelab. Kelihatan RHM, Dato Tairobi (DaTaRaz) dan MJHim dimeja. Membuat pembayaran (mereka yang masih belum laksanakan) Mencatit kedatangan, menyerahkan scorecard, mengutip bayaran bulls-eye (kepada mereka yang berminat je).
Sarapan ditanggung sekali. Nasi lemak, roti, mee hoon goring dan minuman kopi dan teh. Sibuk semua members mengalas perut. Kalau terlalu kenyang, kang tak boleh main.
Pada jam 0800 ialah acara mengambil gambar kumpulan. Riuh lah kejap.

Sempat juga disampaikan penerangan penerangan penting kepada semua.





Sabelum bergambar kita telah berdoa kepada Ilahi semoga acara kita pada hari tu akan berjalan dengan licin serta kesetikawanan kita berkekalan. Doa telah dibaca oleh Patron kita Tan Sri Hashim Meon.




Selesai bergambar semua peserta telah bergerak kebuggy masing masing untuk memulakan pertandingan.







Shot-Gun start dari 8 tee box di Western Nine.












Selepas habis diLubang 9 Western Nine, kita sambung ke Lubang 1 Southern Nine lak.

Selesai disitu baru sambung di Lubang 1 Western Nine. Kami selesai hampir pada sama masa. Scorecard diserahkan diMeja Pendaftaran untuk diconggak score. Nak mengira seramai 68 peserta termasuk tamu dan members lain yang menyertai Daily Medal. Memang banyak. Mujur ada computer. Mengikut DaTaRaz dah disiapkan program untuk keperluan SACHA dan SEGOY. Cepat dan tepat. Kebarangkalian silap kira adalah tipis. Well Done Mohd Zamzuri Tairobi kerana merangka program itu.
Sementara itu, selesai mandi, makeup sikit, kita keBilik Buffet Kelab Staffield.
Salam.
Setiakawan Selesai Bermain SACHA dan SEGOY.

No comments:

Post a Comment