Thursday, January 20, 2011

SETIAKAWAN GOLFER OF THE YEAR - SEGOY

APA ITU SEGOY?

1. SEGOY – Golfer Tahunan; ialah nama jolokan bagi ahli Setiakawan yang paling konsisten prestasinya
sepanjang sesuatu tahun. SEGOY telah dimulakan sejak 2006 bagi merebut sebuah trofi sumbangan
Vice President, YBhg Dato Nawi Alias.

BAGAIMANA SEGOY DIPILIH?

2. SEGOY dipilih pada setiap tahun. Prestasi konsisten seseorang ahli sepanjang sesuatu tahun adalah
teras yang digunakan sebagai kriteria utama pemilihan. Dua unsur kekonsistenan yang gunapakai ialah:

a. Kekerapan Penyertaan sepanjang tahun; dan
b. Pencapaian dalam setiap Penyertaan.

BAGAIMANA PENGUKURAN PRESTASI ITU BIBUAT DAN DISELIA?

3. Pengukuran Pencapaian. Pencapaian ahli-ahli di setiap Permainan Mingguan akan diberi ranking
antara 1 hingga 25 berdasarkan kepada skor – nett yang mereka perolehi. Ahli yang berada di ranking
Pertama akan diberi 50 Mata; sementara ahli di ranking ke 25 diberi 2 Mata:


Catatan. Hanya Prestasi Permainan Mingguan sahaja yang akan diambilkira untuk pemberian Mata.
Bagi Kejuaraan-Kejuaraan seperti SENAT, SIM dan PRESTRO, hanya Penyertaannya sahaja yang
diambilkira.

4. Penyeliaan Pengukuran. Mata yang diperolehi oleh semua ahli di Penyertaan Mingguan sepanjang
sesuatu tahun akan dihimpun dan direkodkan. Jumlah himpunan mata yang diperolehi oleh setiap ahli
sepanjang satu tahun akan menentukan kelayakkan mereka untuk meyertai satu ‘play-off’ bagi memilih
SEGOY.

‘PLAY-OFF’ MEMILIH SEGOY

5. ‘Play-Off’ memilih SEGOY adalah dikhususkan kepada ahli-ahli yang berjaya mengumpul Mata
tertinggi sepanjang tahun. Bagaimanapun; hanya ahli-ahli yang telah merekodkan 25 Kali Penyertaan
(Kombinasi Mingguan, SENAT, SIM dan PRESTRO) layak disenaraipendekkan.

6. Senarai tersebut akan disusun mengikut Pilihan (seedings). Mereka akan diberi Mata baru (re-set
points), selaras dengan kedudukan mereka di dalam Senarai Pilihan. Pilihan Pertama akan diberi 5000
Mata, Kedua 4800 Mata, dan seterusnya. Mata tersebut akan dibawa sebagai bekal masing-masing ke
‘Play-off’.


7. ‘Play-off’ akan dijalankan secara serentak dengan SACHA. Pilihan SEGOY akan bermain sesama
mereka mengikut Senarai Pilihan. Jika berlaku ‘flight’ SEGOY tidak genap, ia akan digenapkan dengan
melayakkan ahli yang merekodkan jumlah Penyertaan yang paling hampir dengan 25 kali.

8. Di akhir ‘Play-off’, Pilihan SEGOY yang mencatat Skor Nett terbaik akan diberi 5000 Mata, Kedua
terbaik 4800 Mata, dan seterusnya.



9. Mata tersebut akan dicampurkan dengan Mata Bekalan masing-masing sebelum ‘Play-off’. Pilihan
SEGOY yang mendapat Jumlah Campuran Mata Bekalan dan Mata ‘Play-off” Tertinggi adalah
SEGOY!!

1 comment:

  1. Dear John,

    Tolong chongak kebarangkalian saya memenangi kejohanan SEGOY tahun ini.

    Tapi jalan pintas untuk memenangi senang je....kasi Mutallib atau Rustam makan julab banyak2. he he. Jangan marah. Saya bergurau je.

    All the best to everybody

    ReplyDelete