Saturday, January 8, 2011

SETIAKAWAN RANKING SEHINGGA DISEMBER 2010

Selama setahun kita bertanding. Selama itu lah points yang kita perolehi dihimpun. Nombor 1 dapat 50 points dan nombor 25 dapat 2 points. Sesiapa melepasi nombor 25 tidak akan dapat apa apa points. Kedudukan sehingga akhir bulan Disember 2010 ada lah saperti dipamirkan dibawah.






DiAtur dan DiPerkemaskan Oleh:













Yang mendahului sekarang ni ialah Kol Mutalib dengan 1094 points. Dia full attendance. 41 kali. Kedua ialah Panglima Handicap, Dato Amin dengan 915 points. Ketiga ialah Mej Rustam Ramli.Disegi probability, Kol Mutalib lah yang mempunyai paling cerah untuk menjadi Setiakawan Golfer of the Year atau SEGOY. Sabelum kita memulakan pertandingan points points yang diperolehi pemain akan di – RESET. Ini bermakna points tiap tiap pemain akan disesuaikan supaya yang nombor 1 direset kepada 5000 points, yang ke2 4800, ke3 4600 dan seterusnya sehingga nombor ke 24 mendapat sebanyak 400 points. Mengapa 24? Sebab setakat ini yang layak bermain dalam SEGOY ialah seramai 24 orang sahaja. Mereka telah menyertai permainan mingguan kita sekurang kurang nya sebanyak 25 kali. Pada hari pertandingan lak points yang akan diperolehi mengikut kedudukan permainan sama dengan points yang ditetapkan direset points. Sekira nya Kol Mutalib mendapat nombor 1, dia akan perolehi 5000 points, menjadikan points yang dia perolehi keseluruhan sebanyak 10000. Tetapi banyak dah kita lihat pemain pemain yang tergeliat pada hari akhir pertandingan. Mengikut Panglima Handicap sesiapa dari Top Ten ada peluang menjadi SEGOY sekira nya Kol Mutalib tergeliat. Siapa tahu Saudara yang Top Ten mungkin dapat jadi SEGOY. Saya di nombor 16 dengan 2000 points. Kalau dapat nombor 1 dapat 5000 points dan jumlah saya menjadi 7000 points. Kalau Kol Mutalib dapat nombor 2 dengan 4800 points, campur 5000 reset points akan menjadi 9800. Tak de peluang lah saya. Walau bagaimana pun members yang bermain dengan baik akan menjadi Juara.
All the Best kepada semua.

Salam.
Setiakawan Akan Bertanding Untuk SACHA dan SEGOY

3 comments:

  1. Hi Kawan-kawan Skawan Golf,

    Congratulations to Kol A. Mutalib for topping the SEGOY list and also for having played the most number of skawan golf games through out 2010.
    Simple arithmatic tells that there are 52 weeks in 2010. The month of Ramadhan had 5 weeks ( NO skawan golf during fasting month ), Hari Raya Haji ( Wednesday 17 Nov and NO golf), Skawan
    Golf was away in Perth, Chieng Mai and Jogjakarta on 3 Wednesdays. With 2 Wednesdays being spent by Skawan Golf away in Melaka and Bukit Tinggi for SENAT golf, it appears to me that some members played during ALL or almost ALL organised skawan weekly golf games! Remarkable and I take my hat off.
    I have tried but could only afford to participate in 33 games and getting 9th overall placing leaves me with reasonable hope to be Golfer of The Year "IF" the top 10 fail to deliver on 26 Jan 2011! Ps: See the "if" always gives hope to golfers!

    Good luck for SACHA and SEGOY to ALL.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Salam Kawan kawan

    Mungkin ramai kawan kawan yg tertanya tanya mengapa saya dah lama tak main dalam pertandingan mingguan Setiakawan. Sekarang ni saya kurang sihat sikit...kena lung infection. Banyak sangat hisap rokok kot. Mula mula kena di Jakarta waktu bawa cucu2 bercuti sekolah bulan Disember yg lalu. Dah sebulan nafas saya kurang lancar. Tapi sudah banyak improvement. Insyaallah seminggu dua lagi saya harap dah boleh hayun kayu golf balik.

    Kerna dah lama sangat tak main sampai ketinggalan saya tentang perkembangan Setiakawan. Mula2 nak ucap tahniah kpd sqd saya Dato Isa yg jadi Johan PRESTRO. Hebat sqd boleh main 5 under dgn hcap 9. Tahniah juga kpd Kol Mutallib yg mendahului ranking keseluruhan.

    Yg sedih hcap saya masih tak berganjak.

    ReplyDelete
  3. HiSetiakawan grup,
    Memang grup kita ni dah gah kepada semua geng pesara...tak kisahlah samada tentera atau awam. Kejayaan ini adalah kerana dedikasi daripada Sdra Raden, Mutalib dan Ramli Kinta. Sementara itu pimpinan daripada Presiden, Tim Presiden,Patron, Handicapper dan seluruh AJK perlu di hargai. Bukan mudah babe nak organise tiap minggu...tapi Alhamdulillah, kerenah ahli2 Setiakawan masih waras. Kita harap suasana ini akan berterusan demi kesejahteraan Setiakawangolf.
    Saya nak ucapkan tahniah kepada semua mereka yang telah menjayakan Setiakawan Golf...member2 yang baru harap dapat menghayati kerukunan grup Setiakawan ini...anda semua akan merasai pada sesuatu ketika nanti betapa indahnya grup Setiakawan ini. Insyallah, percayalah dan berikan kerjasama dan kekadang toleransi anda untuk kemakmuran grup kita ini. Amin ya rabul'alamin. Delta Mike

    ReplyDelete