Monday, June 20, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DISTAFFIELD GOLF & COUNTRY RESORT PADA 15 JUN 2011



Setelah beberapa lama, ini pertama kali kita ada penyertaan keseluruhan members. Sabelum ni sebahgian telah ke Ho Chi Minh City, diikuti dengan RAFOC Annual Golf 2011 pada 07 Jun. Ada usaha mengadakan permainan pada 8 Jun di Nilai Springs. Cuma dapat 5 flights. Kali ni ada 7 flights. Baru Nampak ramai sikit.






Kita bermain di Staffield G&CR. Orang lama yang tak kita nampak datang sekali. Dr Hassan Mat turut menyertai. Hampir tak kenal. Lama sangat tak jumpa. Selamat Kembali Doc.
Seronok berjumpa pada pagi Rabu ialah members semua sedang menegur sesame sendiri. Ada yang sedang bersarapan, ada yang sedang membeayar kepada Tukang Kutip Duit, ada yang sedang order da nada yang baru sampai. Riuh juga dikawasan Golfers’ Terrace tu. Semua meneliti Flight List. Dengan sapa lak dia akan bermain pada hari tu.
Bila selesai ‘prelims’ kita pun bergerak ke tempat buggy. Cari beg lak. Letak beg atas buggy dan yang ambik caddy, kena cari caddy dulu. Caddy diStaffield hanya RM 40. Sapa yang hendak boleh lah menempah satu dengan bayaran sendiri.
Lepas tu baru ke tee box. Saya Flight Nombor 2 dengan Dato Khairuddin MY, Dato Hashim Yahaya (MJHim) dan Hj Roseli Deli.
Semua handicap 24 melainkan MJHim dengan 22. Wah eksjen dia pasal kena bagi 2 stroke kat kami. Lagak macam single handicapper je.





Kita main buggy to buggy. Saya dengan Dato Khairuddin MY.
Staffield ialah course kegemaran kita. Cuma mahal sikit.

Kebelakangan ni cuaca memang panas terek. Angin tak de langsung. Nasib ada buggy. Boleh masuk keatas
Kita selesai dalam jam 1.30 dan selepas mandi manda, memakai pakaian bersih pegi ke Restoran Tomyam Beranang.

Tempat kita selalu mengatur makan tengah hari. Ikan, sayur, tomyam dan telur. Hari panas, makan pedas. Menyimbah yimbah lah peluh. Tapi sedap. Ada dalam 18 orang yang hadir. Yang lain ada hal lain.
Dato Mokhtar Perman dijemput untuk menyampaikan hadiah. Maknanya dia tak dapat lah tu. Senarai pemenang adalah saperti dipamir dibawah:


Selesai pembahgian hadiah, jawatankuasa telah berbincang.


Perkara perkara yang dibincang termasuk:
a. Lawatan Setiakawan ke Ho Chi Minh City pada 29 Mei hingga 3 Jun 2011. Beberapa perkara ditimbulkan dan akan diambik perhatian supaya lawatan akan datang dapat diperkemaskan semula.
b. Lawatan ke Bandung Indonesia. Ini merupakan pertandingan SIM kedua bagi tahun 2011. Lawatan dirancang mulai 16 hingga 20 Oktober 2011. Members diingatkan supaya memaklumkan penyertaan. Lebih penting, buat tempahan kapalterbang. Berita lanjut akan diedarkan melalui Convenor RHM atau Chairman SIM, Dato Khalid Saad.
c. SESTRO 2011. Setiakawan Stableford Trophy. Akan diadakan pada 20 Julai 2011 diTasik Puteri Colf & Country Club. Nota Tambahan: Pada 20 Jun, RHM telah memaklumkan bahawa kita dah ada 10 flight. Wah, 40 members telah mendaftar. Yang lain harap maklumkan penyertaan secepat boleh.
Kita bersurai dalam jam 4.00 petang.
Salam.
Setiakawan Akan Ke Bukit Unggul pada 22 Jun 2011. Jumpa Sana.

Saturday, June 11, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI NILAI SPRING GOLF & COUNTRY RESORT PADA 08 JUNE 2011

Permainan mingguan kita kali ni diadakan di Nilai Springs G&CC. Ada 5 flight je. Patutnya 20 orang, tapi 2 menarik diri. Tinggal 18 orang je. Mengikut cerita sorang tu kena gout. Oooi, sakit nya Mak. Saya talipon dia. Ingatkan nya jangan lah makan banyak ‘internal organ’. Kena menahan diri. Dia kata itu lah masaalah nya. Pantang Nampak. Mesti nak makan. Kena makan pain killer lah nampaknya.

Kekurangan penyertaan pun mungkin disebabkan, baru balik dari Ho Chi Minh City dan juga baru menyertai RAFOC Annual Golf 2011 pada 07 Jun lepas. Keletihan lagi lah nampaknya. Tapi menyemak semula senarai terdapat seramai 9 member yang menyertai RAFOC menyertai pada hari tu, termasuk setiausaha nya Kol Ramli Kinta. Memang hardcore mereka ni.
Anyway semasa RAFOC Annual Golf, kelihatan ramai juga member SetiakawanGolf yang dipanggil keatas pentas untuk menerima hadiah. Yang saya Nampak Dato Nawi Alias, Dato Mohd Isa, Dato Mokhtar Perman, Dato Salleh Ismail, Kol Dol Ngajis, Kol Abdullah Khir, Dato Hashim Yahaya dan Kapt Rashid. Memang ramai Setiakawan menerima hadiah. Macam takde orang lain lak. Syabas Geng.Dato Nawi Alias pun patut menerima hadiah, tapi tak dipanggil. Masaalah teknikal. Bila timbul masaalah, ‘teknikal’ juga dipersalahkan.
Walau pun 18 orang je, kita teruskan permainan macam biasa. Nilai Spring memang satu dari favourite kita. Saya digandingkan dengan Dato Presidente, Dato Khairuddin dan Kol Mutalib.
Wah 3 orang handicap 24 lawan handicap 16. Tawar juga 3 lawan 1. Dia takndak.Takut jugak dia. Kita main sixes. Yang dapat all round credit ialah president kita. Memang baik permainan nya hari tu. Dia tak main pada RAFOC Championship. Mungkin itu sebab bya. Biorythm nya baik pada hari tu.




Makan tengah hari diatur di Restoran McDonald. Kedengaran dalam Changing Room. ‘Tak berolam lah Nampak nya Den hari ni’.
Elok tempat tu, Sejuk berhawa dingin. Memang yang kita idamkan selepas kena bahang padang golf. Kebelakangan ni memang panas terek.
Selesai makan quarter pounder, fries dan iced orang juice, acara penyampaian hadiah. Sabelum tu hadiah untuk DNA semasa RAFOC diserahkan oleh Ramli Kinta.



Pemenang pada hari itu adalah saperti dipamirkan:












Kita selesai lebih kurang jam 3.00 petang.
Salam.
Setiakawan Makan Fast Food Je.

Monday, June 6, 2011

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – HO CHI MINH CITY 30 MEI HINGGA 5 JUN 2011 Day 1 – 01 June 2011.

Permainan Golf Di Vietam Golf & Country Club.

SetiakawanGolf telah menetapkan permainan golf beberapa kali. Mula mula nya practise round. Pas tu pertandingan sebenar. Pertandingan sebenar diadakan pada 1 dan 2 Jun di Vietnam Golf & Country Club dan diLong Thanh Golf Club.
Pada pagi 1 Jun, telah dirancang supaya Setiakawan bermain bersekali dengan Club 12/68. Secara kebetulan Club 12/68 pun sedang mengadakan perjumpaan tahunan nya di Ho Chi Minh City dan 6 dari members Club 12/68 juga members Setiakawan. Jadi digandingkan.
















Flight list telah disediakan supaya members kedua dua kelab disatukan bermain bersama. Di kawasan Caddy Shack, riuh juga lah nak mencari flight members. Selesai mengatur flights dan buggy kita pun bergerak ketee box masing masing. Tee off dari Tee Box 1 dan 10. Kesemua 9 flight. Seramai 35 pemain kesemua nya. Wah ramai nya orang Malaysia di Golf Club tu. Saya bersekali dengan Dato Affendi Mustapha, Dato Ramli Harun dan Supp Bahar Nordin. Selesai Flight No 8 tee off, hujan telah turun. Lebat juga. Terpaksa berteduh di Half Way Hut. Tunggu dalam 45 minit baru boleh tee off. Lambat lah sikit.Course nya cantik. Disenggara dengan baik. Cuma buggy tak boleh masuk fairway je. Tapi oleh sebab ada caddy tak lah terasa teruk sangat. Saya seronok bermain disana, Cuma first time banyak juga lah bola berterabur. Ada juga masuk kolam. Ada juga OB. Antara kami nampaknya Supp Bahar dan Dato Affendi menyerlah. Macam mana Bahar bermain dihandicap 23 saya tak pasti. Dato Affendi lak main 24. Ingatkan dia 19. Nasib baik dia partner saya. Dihujung pertandingan kita seri. Takde hasil. Kena tunggu Day 2 lak.
Hujan turun 2 kali lagi. Ada juga flight yang berhenti berteduh. Ada juga teruskan. Jadi ada sikit potong memotong. Oleh sebab members tak menjadi masaalah. Memang basah lencun kita. Keputusan pada hari tu, saya tak pasti sangat. Kena tunggu Day 2 lah nampaknya. Terdengar juga Dato Che Gu Nasir dapat net 69. Selesai bermandi, bersalin pakaian, berinteraksi dengan members semua, kita pun beredar dari kelab. Masing masing menuju ke restoran yang menyediakan makanan Halal. Di Ho Chi Minh City. Makan masa lagi sejam nak dapat makan. Kita makan tengah hari pada jam 4.00 petang. Members Setiakawan saya percaya makan dikelab. Senang sikit.
Salam.
Setiakawan Dah Takluk Vietnam Golf & Country Club.




ps: Sorry, posting Kelab 12/68 terpaksa tumpang blog SetiakawanGolf. Tak boleh buka blog tu.

Thursday, June 2, 2011

SETIAKAWANGOLF INTERNATIONAL MASTERS - HO CHI MINH CITY.

DAY 1 - PERMAINAN GOLF DI VIETNAM GOLF & COUNTRY CLUB

Tunjuk gambar je dulu. Cerita lanjut akan diposkan tak lama lagi.




















Salam.

Setiakawan Di Ho Chi Minh City