Saturday, June 11, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI NILAI SPRING GOLF & COUNTRY RESORT PADA 08 JUNE 2011

Permainan mingguan kita kali ni diadakan di Nilai Springs G&CC. Ada 5 flight je. Patutnya 20 orang, tapi 2 menarik diri. Tinggal 18 orang je. Mengikut cerita sorang tu kena gout. Oooi, sakit nya Mak. Saya talipon dia. Ingatkan nya jangan lah makan banyak ‘internal organ’. Kena menahan diri. Dia kata itu lah masaalah nya. Pantang Nampak. Mesti nak makan. Kena makan pain killer lah nampaknya.

Kekurangan penyertaan pun mungkin disebabkan, baru balik dari Ho Chi Minh City dan juga baru menyertai RAFOC Annual Golf 2011 pada 07 Jun lepas. Keletihan lagi lah nampaknya. Tapi menyemak semula senarai terdapat seramai 9 member yang menyertai RAFOC menyertai pada hari tu, termasuk setiausaha nya Kol Ramli Kinta. Memang hardcore mereka ni.
Anyway semasa RAFOC Annual Golf, kelihatan ramai juga member SetiakawanGolf yang dipanggil keatas pentas untuk menerima hadiah. Yang saya Nampak Dato Nawi Alias, Dato Mohd Isa, Dato Mokhtar Perman, Dato Salleh Ismail, Kol Dol Ngajis, Kol Abdullah Khir, Dato Hashim Yahaya dan Kapt Rashid. Memang ramai Setiakawan menerima hadiah. Macam takde orang lain lak. Syabas Geng.Dato Nawi Alias pun patut menerima hadiah, tapi tak dipanggil. Masaalah teknikal. Bila timbul masaalah, ‘teknikal’ juga dipersalahkan.
Walau pun 18 orang je, kita teruskan permainan macam biasa. Nilai Spring memang satu dari favourite kita. Saya digandingkan dengan Dato Presidente, Dato Khairuddin dan Kol Mutalib.
Wah 3 orang handicap 24 lawan handicap 16. Tawar juga 3 lawan 1. Dia takndak.Takut jugak dia. Kita main sixes. Yang dapat all round credit ialah president kita. Memang baik permainan nya hari tu. Dia tak main pada RAFOC Championship. Mungkin itu sebab bya. Biorythm nya baik pada hari tu.




Makan tengah hari diatur di Restoran McDonald. Kedengaran dalam Changing Room. ‘Tak berolam lah Nampak nya Den hari ni’.
Elok tempat tu, Sejuk berhawa dingin. Memang yang kita idamkan selepas kena bahang padang golf. Kebelakangan ni memang panas terek.
Selesai makan quarter pounder, fries dan iced orang juice, acara penyampaian hadiah. Sabelum tu hadiah untuk DNA semasa RAFOC diserahkan oleh Ramli Kinta.



Pemenang pada hari itu adalah saperti dipamirkan:












Kita selesai lebih kurang jam 3.00 petang.
Salam.
Setiakawan Makan Fast Food Je.

1 comment:

  1. I hope Skawangolf blog has not been affected by hacking, though I find some difficulty to post comments!

    Salam.

    DNA

    ReplyDelete