Tuesday, July 25, 2017

SETIAKWANGOLF WEEKLY MEDAL PADA 19 JULAI 2017

 
 

 

 


 



Seminggu selepas KEJORA SetiakawanGolf bergerak ke Seremban lak. Alihan ini didorong oleh jemputan Hari Raya oleh Hussein Dos Mohammed.
Dia telah menjemput members ke SIGC dan akan diadakan Open House di kelab tu juga. Seramai 36 members menyambut jemputan itu.
 

Dan saperti biasa members SIGC menjadi ‘gracious’ host dengan menaja breakfast pagi tu. Terima kasih kita kepada Dato Hashim Yahaya, Dato Khairuddin Mat Yusof dan juga Kol Ramli Kinta yang dengan bermurah hati menghulur tajaan itu.
Jemputan hari raya tu diadakan di clubhouse. Macam macam dihidang. Acara penyampaian hadiah pun di jalankan serentak.
Keputusan pada hari itu saperti dipamir:
Tahniah kepada Dato Sardon Kaprawi yang menjuarai SWM kita pada hari itu.


 
 

 
 
 

 
 


Selesai acara dikelab, ada juga members yang menziarah Dato Hashim Yahaya di rumah nya.
Salam

Thursday, July 20, 2017

KEJOHANAN RAYA - KEJORA DAN SAMBUTAN HARI RAYA SETIAKAWANGOLF –SAHAS PADA 12 JULAI 2017 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT










Dua keadaan mendorong kita untuk mengadakan 2 acara serentak. Kita baru sahaja melalui cabaran bulan Ramadhan dan perlu meneruskan kegiatan ‘golfing’ kita dan menjelang bulan Syawal kita selalunya mengadakan sambutan Hari Raya perkumpulan kita.
Pihak AJK memutuskan supaya mengambil kesempatan ini kita adakan kejohanan ini di Amverton Cove Golf & Island Resort.  Oleh sebab Amverton Cove ini jauh sadikit, kemudahan penginapan memberi peluang untuk kita bermalam di bilik bilik yang ada. Kadar penginapan di sini juga dikurangkan kepada members yang turut serta dalam kejohanan. Kebiasaan kadar nya ialah RM 298 tapi dikurangkan kepada RM 268.Less 10%. At least tak perlu bertolak awal untuk sampai ke tempat ini.

Pada malam itu ada juga bebrapa members dan isteri isteri keluar untuk makan malam. Kita ke Jenjarom. Keesokan hari nya yang menginap di resort di sekalikan dengan breakfast. Pada jam 0740 kita teruskan acara kita dengan penerangan kejohanan oleh Vice Captain, Dato Tairobi diikuti dengan Bacaan Doa Selamat yang di pimpin oleh penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Sessi mengambil gambar diadakan serentak.
 

 
Kita bergerak ke tee box masing masing dan pada jam 0820 kita teruskan pertandingan ‘inaugural’ ini.
 
 
 
Seramai 67 orang menyertai. Cuaca terang dan tenang tapi menghampiri tengah hari terasa bahang. Angin tidak meniup sangat.
Pada jam 1.30 kita memulakan majlis sambutan hari raya SAHAS dan penyampaian hadiah bagi KEJORA. Para isteri bersekali dengan kita.
Dato Presidente telah dijemput untuk menyampaikan ucapan nya. Selain dari mengucapkan Selamat hari Raya kepada semua, beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Aziz Zainal di atas sumbangan piala KEJORA serta hadiah hadiah yang lain. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Nik Ismail yang telah menyumbang hadiah hadiah untuk Lucky Draw.
 
Akhir sekali Dato Presidente mengucapakan Selamat Datang kepada seramai 7 ahli baru yang turut menyertai kita.
Tan Sri Hashim Meon telah dijemput untuk menyampaiakn Novelties.

Dato Nawi Alias telah menyampaikan Ballsweep 1st Nine.


 
 
 
 

 
 
 
Dato Presidente telah menyampaikan Ballsweep 2nd Nine
 
 

 
 
 
 

 
Tan Sri Aziz Zainal pula telah menyampaikan pemenang pemenang kejohanan KEJORA dan menyampaikan Piala kepada champion pada hari itu.


 
 

 
Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:

 
Salam

AJK SERANTA