Thursday, July 20, 2017

KEJOHANAN RAYA - KEJORA DAN SAMBUTAN HARI RAYA SETIAKAWANGOLF –SAHAS PADA 12 JULAI 2017 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT










Dua keadaan mendorong kita untuk mengadakan 2 acara serentak. Kita baru sahaja melalui cabaran bulan Ramadhan dan perlu meneruskan kegiatan ‘golfing’ kita dan menjelang bulan Syawal kita selalunya mengadakan sambutan Hari Raya perkumpulan kita.
Pihak AJK memutuskan supaya mengambil kesempatan ini kita adakan kejohanan ini di Amverton Cove Golf & Island Resort.  Oleh sebab Amverton Cove ini jauh sadikit, kemudahan penginapan memberi peluang untuk kita bermalam di bilik bilik yang ada. Kadar penginapan di sini juga dikurangkan kepada members yang turut serta dalam kejohanan. Kebiasaan kadar nya ialah RM 298 tapi dikurangkan kepada RM 268.Less 10%. At least tak perlu bertolak awal untuk sampai ke tempat ini.

Pada malam itu ada juga bebrapa members dan isteri isteri keluar untuk makan malam. Kita ke Jenjarom. Keesokan hari nya yang menginap di resort di sekalikan dengan breakfast. Pada jam 0740 kita teruskan acara kita dengan penerangan kejohanan oleh Vice Captain, Dato Tairobi diikuti dengan Bacaan Doa Selamat yang di pimpin oleh penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Sessi mengambil gambar diadakan serentak.
 

 
Kita bergerak ke tee box masing masing dan pada jam 0820 kita teruskan pertandingan ‘inaugural’ ini.
 
 
 
Seramai 67 orang menyertai. Cuaca terang dan tenang tapi menghampiri tengah hari terasa bahang. Angin tidak meniup sangat.
Pada jam 1.30 kita memulakan majlis sambutan hari raya SAHAS dan penyampaian hadiah bagi KEJORA. Para isteri bersekali dengan kita.
Dato Presidente telah dijemput untuk menyampaikan ucapan nya. Selain dari mengucapkan Selamat hari Raya kepada semua, beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Aziz Zainal di atas sumbangan piala KEJORA serta hadiah hadiah yang lain. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Nik Ismail yang telah menyumbang hadiah hadiah untuk Lucky Draw.
 
Akhir sekali Dato Presidente mengucapakan Selamat Datang kepada seramai 7 ahli baru yang turut menyertai kita.
Tan Sri Hashim Meon telah dijemput untuk menyampaiakn Novelties.

Dato Nawi Alias telah menyampaikan Ballsweep 1st Nine.


 
 
 
 

 
 
 
Dato Presidente telah menyampaikan Ballsweep 2nd Nine
 
 

 
 
 
 

 
Tan Sri Aziz Zainal pula telah menyampaikan pemenang pemenang kejohanan KEJORA dan menyampaikan Piala kepada champion pada hari itu.


 
 

 
Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:

 
Salam

AJK SERANTA

No comments:

Post a Comment