Monday, April 17, 2017

SETIAKAWANGOLF WEEKLY TOURNAMENT PADA 12 APRIL 2017 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT


Selepas bertanding SESTRO pada 5 April 2017 di Staffield Country Resort, kita beralih pulak ke Amverton Cove. Hanya 20 peserta mengambil bahgian. Sangat berkurangan. Mungkin penat. Mungkin jauh. Atau ada urusan yang perlu dilaksanakan. Sejumlah gi ke Chiangmai lak.
 
 
 
 
 Kita mengalu alukan kehadiran Dato Seri Sakib Kusmi.
Welcome Dato. Semoga turut kami dalam semua acara yang di aturkan.
Keputusan hari tu saperti di pamirkan:


 
 



Member baru kita macam segan segan lagi lalu letakkan diri nya ditempat terakhir. Tak perlu Dato. Lepas ni berusahalah untuk naik podium. Jangan bimbang. Ramai yang akan menepuk tangan. Led by Tok Lan.
Pas ni kita ke Bukit Unggul dan pas tu SEBTRO lak. Selamat Bergolof.
Salam


AJK SERANTA

Friday, April 7, 2017

SETIAKAWANGOLF STABLEFORD TROPHY 2017 (SESTRO 8/2017) PADA 05 APRIL 2017 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT


SESTRO kali ini merupakan kali ke8 kita adakan kejohanan ini. Kali ni di Staffield Country Resort. Piala ni telah dikenalkan pada tahun 2010. Di taja oleh Tan Nik Nik Ismail Nik Mohamed.

 Dan pada tiap tiap tahun apabila di adakan Tan Sri Nik akan menyambung penglibatan nya dengan menyumbang wang dan juga hadiah barangan untuk peserta. Tak beza kali ni.
Cuaca tenang dan cerah walau pun ada makluman dari Supt Bahar Nordin bahawa kawasan nya di Kelana Jaya hujan pada pagi tu. Alhamdullillah air tu tak sampai Semenyih.Kalau nengokkan senarai penyertaan seramai 56 orang atau 14 flights. Ada usaha mencuba angka mencecah 60 atau 15 flights. Tak kesampaian. Tapi kekurangan itu tidak menjejaskan kerancakan members untuk cabar mencabar satu sama lain. Celah celah tu ada juga yang meminta ‘Return Match’. Tak tahu lah samaada di layan oleh Vice Captain kita.
Breakfast diadakan di Golfers’ Terrace diikuti dengan gambar berkumpulan.

 
Sabelum tu kita telah adakan bacaan doa selamat yang di ketuai oleh Penaung Tan Sri Hashim Meon. Vice Captain Dato Tairobi telah memberi penerangan berkenaan pertandingan.

 
 
 
 
Pada jam 0800 pertandingan dimulakan dengan shotgun start.
Pada jam 1.00 tengah mula kelihatan peserta mengisi Dewan Selayang Pandang untuk lunch serta menunggu majlis penyampaian hadiah.
 
 
Dato Presidente telah menyampaikan ucapan dengan memulakan menyedekahkan Alfatih kepada 3 almarhum yang baru meninggal iaitu Dato Jaafar Arshad, Kol Hamid Khan dan ibu mertua Tan Sri Hashim Meon.
Hadiah disampaikan seterusnya dengan:
a.    Novelti.



b. Ballsweep mengikut Front dan Back Nine.

c.    Cabutan bertuah untuk 4 hadiah sumbangan Tan Sri Nik dan Dato Tairobi.
d.    Hadiah keseluruhan SESTRO.
Pemenang pemenang pada hari ytu saperti di pamirkan


 
 
Walau pun dah 7 kali dipertandingkan, tiada sape yang telah memenangi nya 2 kali. Bagitu juga kali ni. Orang baru.



Warga SetiakawanGolf mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Tan Sri Nik Ismail diatas penglibatan nya, kepada AJK serta semua members yang turut serta. Semoga pertandingan ke 9 akan dapat dipertandingkan mengikut jadual nya.
Salam.

Thursday, January 26, 2017

SACHA, SEGOY DAN CHAMPION OF CHAMPIONS PADA 18 JANUARI 2017 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT


Wahhhh. Sekali jalan 3 competition. SACHA – SetiakawanGolf Annual Championship, SEGOY – SetiakawanGolf Golfer of the Year dan Champion of the Champions. Pertandingan kita ni memang diadakan tiap tiap tahun pada penghujung tahun. Kira nya pertandingan ini menentukan siapa yang ‘terra’ sekali. Kali ini kita adakan di Amverton Cove Golf & Island Resort. Satu course yang digemari members. Seramai 55 orang menyertai. Walau pun bagitu, oleh sebab keperluan kelayakan, hanya xx orang layak menyertai SACHA. Kelayakan nya ialah sekurang kurang nya telah bermain sebanyak 10 kali pada tahun 2016.
Yang layak bermain dalam SEGOY lak ialah seramai 26 orang je. Kelayakan nya ialah sekurang kurang nya telah bermain sebanyak 25 kali pada tahun 2016.

 Macam macam cerita kita dengar untuk memenuhi kelayakan. Ada yang nak jual lebihan mereka. Dan ada yang ngam ngam qualify pada last outing untuk cukup 25. Kira nya a very exciting dissertation amongst friends.
So pada 18 Jan kita berkumpul. Seramai 55 orang. Kita berkumpul di tangga club house.

Kita dahului acara dengan mengaminkan doa yang di pimpin oleh patron kita Tan Sri Hashim Meon
dikuti oleh penerangan tentang permainan oleh Vice Captain, Dato Tairobi. Kita ambik gambar kumpulan
dan seterusnya dengan buggy bergerak ke tempat tee off.

Cuaca elok. Terang dan berangin sepoi sepoi bahasa. Mejangkau tengahari cuaca mula panas dan kita terasa keheningan nya.Riuh di course itu. Suka dan duka. Sorak dan mengeluh. Kita tamat dalam jam 1.00. Lepas mandi, kemas pakai kita ke Dewan Makan. Kita teruskan makan tengah hari sementara AJK pengiraan memulakan congakan untuk menentukan pemenang hadiah. Memakan masa sikit kerana banyak hadiah yang hendak dibagi.Hadiah dibahagikan kepada :
a.    Novelties.

b.    Ballsweep Front and Backnine.

c.    Pemenang SACHA.

.  
d. Pemenang SEGOY

Selesai makan, kita mulakan acara penyampaian hadiah
Pemenang Novelties ialah:
Pemenang Ballsweep Front Nine ialah:
Pemenang Novelties Back Nine ialah/
Pemenang pemenang SACHA ialah

 

 

 
Pemenang pemenang SEGOY ialah:



 
 
 

 

 
 
 

 
 
Tiga kejuaraan ditandingkan. SACHA, SEGOY dan Champion of Champions.
Tahniah diucapkan kepada Supt Jani Ahmad kerana menjuarai 2 piala – SACHA (SetiakawanGolf Annual Championship) dan juga CoC (Champion of Champions). Tahniah juga diucapkan kepada Dato Tairobi Razak yang menjadi juara SEGOY (SetiakawanGolf Golfer of the Year)
Salam
AJK Seranta