Friday, January 31, 2014

HANDICAP SETIAKAWANGOLF FEBRUARI 2014





Senarai handicap bagi bulan Februari seramai 115 orang. Dipamirkan senarai nya:



DiConggak Oleh:

Salam.

Thursday, January 30, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 29 JANUARI 2014 DI NILAI SPRING GOLF AND COUNTRY RESORT








Kali ni kita bermain di Nilai Spring G&CR lak. Lapangan yang sepatutunya kita bermain minggu lepas. Seramai 43 orang bermain. Minggu ni juga permainan Monthly Medal untuk bulan Januari 2014. The first for the year. Sabelum permainan WO tu pun dah banyak perbincangan dalam alam cyber kita. Melalui Whatsapp kita kelihatan makluman makluman tawaran untuk penyertaan, cabar mencabar, aturan flights dan yang terbanyak – pemilihan ikan semasa makan tengah hari hari tu. Macam macam ikan disebut. Antara keli dengan kembong starting nya. Masuk lak ikan sembilang. Ikan duyong pun ada. Pas tu tukar tempat makan lak. Dah takde ikan tu.Dah tukar ke Bistro Al Salam lak.
Tak banyak gambar dikirim. Dimuatnaik yang mana diterima:





 
Tahniah kepada Dato Tairobi Razak menjadi Champion pada hari tu. Wah kawan kita selak jadi champion SEGOY ni memang terra. Dalam Purple Patch ni. Net 67. Handicap kena potong 1. Sekarang 14. Deputy Champion lak Tan Sri Yunus Tasi. Net 67 jugak. Potong satu stroke. Assistant Deputy Champion ialah Dato Khalid Saad dengan net 68. Potong handicap jugak. Sekarang 17. Yang jelas seramai 15 orang bermain Under pada hari tu.  Wah terra Setiakawan. Ialah – bermain dari White Tee Box. Banyak dibincangkan tentang White Tee Box ni. Kebaikan danTak Baikan nya. Setakat ni dasar nya ialah White Tee Box.
Keputusan Permainan dipamirkan:

Permainan hari tu juga SetiakawanGolf  Monthly Medal - SMM . Pemenang pemenang Medal ialah:
A Medal : Kol Dul Ngajis..

B Medal: Dato Tairobi Razak dan
C Medal: Tan Sri Yunus Tasi
Sehingga 05 Feb 2014.
Salam.

Thursday, January 23, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 22 JANUARI 2014 DI BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY CLUB




Skedul minggu ni patutnya sepatutnya di Nilai Spring. Oleh sebab feedback yang di perolehi dari members akan keadaan course tu maka pihak penganjur berusaha mencari course gentian. Beberapa cadangan diterima tapi yang menonjol ialah Bukit Jalil Golf & Country Club. Convenor pun memulakan perbincangan dengan pihak pengurusan kelab untuk ke bermain disana. Mengikuti perkembangan dalam Whatsapp, semua nya berjalan lancar.
Bila menerima keputusan saya tertarik kerana seramai 18 orang bermain 71 dan kebawah. Ingatkan 18 main under. Semak punya semak rupanya Course Rating ialah 68. Walau bagaimana pun 7 orang bermain Under.
Tahniah kepada Dato Hashim Yahaya menjadi Champion hari tu dengan net 64.

Itu 4 under. Handicap kena potong jadi 23 lak. Tahniah juga kepada A Razak Aziz sebagai Deputy Champion dengan net 65. Handicap potong juga satu stroke dan Assistant Deputy Champion ialah Kol Dato Rashid dengan net 65.

Potong satu stroke juga.
Keputusan keseluruhan dipamirkan:

Tahniah juga diucapkan kepada Saudara A Razak Aziz yang mendapat Bullseye pada hari itu. Dia memenangi sebanyak RM 210.
Ada juga komen tentang kelab tu. Ini saya tinggalkan untuk Deputy Presiden kita komen dibawah nanti.
Salam. 

Thursday, January 16, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 15 JANUARI 2014 DI BANGI GOLF RESORT


 
Permainan Mingguan kita kali ni diadakan di BangiGolf Resort. Cuma 36 orang atau 9 flights menyertai. Ini kira follow up dari permainan kejohanan SACA & SEGOY pada 08 Jan lepas. Mengikut coretan dalam Whatsapp ada yang mintak return game. Ada mintak main dengan champion SEGOY atau SACHA. Ada yang termakbul permintaan.
Tahniah kepada Deputy Presiden kita Dato Nawi Alias mendapat Champion WO kita kali ni.

Tahniah juga kepada Dato Nordin Rahok sebagai Deputy Champion

 dan Dato Rahim Mohamed sebagai Assistant Deputy Champion. Keputusan Keseluruhan di pamirkan:

Permainan seterusnya kalau mengikut skedul kita ialah di Nilai Springs. Ini tertakluk kepada pengesahan Convenor.
Salam

Thursday, January 9, 2014

KEJUARAAN SETIAKAWANGOLF ANNUAL CHAMPIONSHIP DAN GOLFER OF THE YEAR PADA 08 JANUARI 2014 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT



 
 

 Kejuaraan SACHA dan SEGOY bagi tahun 2013 telah diadakan di Amverton Cove Golf & Island Resort. Memang lazim nya kita adakan pertandingan ini pada bulan Januari untuk tahun sabelum nya. Kali ni penyertaan seramai 55 orang. Mula mula nya 14 complete flight tapi sorang menarik diri last minute. Kena penalty lak.Yang layak menyertai ialah 67 orang, tapi hanya 55 orang je yang dapat turut serta. Bagi SEGOY seramai 26 orang dari 26 yang layak menyertai. Full House. Juara tahun 2012 ialah Dato Nawi Alias. Dia berpeluang menjuara sekali lagi kerana dia 2nd Ranked pada akhir kiraan. Bagi SACHA seramai 41 orang tambahan kepada senarai SEGOY menjadikan nya 67 orang. Kesemua nya layak untuk SACHA tapi hanya 26 orang je layak untuk SEGOY. Tak kurang hebat suasana dan semangat dikawasan Amverton.
 
 


 

 
 
 

 



 Kesemua mencuba sebaik boleh. Macam biasa banyak kelohan dan sorakan kedengaran. Gak nya yang ada 3-1-1 tu lebih kuat bunyi nya.
Majlis Penyampaian hadiah di adakan di Dewan Makan di kelab tu. Didahului oleh makan tengah hari. Sambil makan sambil bercerita. Suasana keriangan. Tertunggu keputusan yang sedang di kira.
Selesai makan majlis penyampaian hadiah diteruskan:
Keputusan keseluruhan pertandingan hari itu di pamirkan:


Tahniah kepada Eddie Putera kerana menjadi champion pada hari itu dengan net 64.

 Kena potong handicap 2 stroke. Sekarang 22. Deputy Champion ialah Sahul Hamid dengan net 66. Kena potong handicap juga. Sekarang 16. Assistant Deputy Champion lak ialah Kol Dato Rashid dengan net 67. Potong satu stroke. Sekarang 23.
Kejohanan SEGOY. Dijangka persaingan memang hebat. Keputusan mengekalkan Top Ranked sebagai Champion. Tahniah Dato Tairobi
kerana dapat mengondol 4600 points dan dapat 10600 points keseluruhan.

 Deputy Champion jatuh kepada 4th Ranked Dato Amin Salleh yang mendapat keseluruhan 10600 points juga.
 
 
Dia kecundang kerana 4th Ranked sementara Dato Tairobi Top Ranked. Assistant Deputy Champion ialah Mej Rustam Ramli dengan 10400 points. Keseluruhan kedudukan SEGOY 2013 saperti di pamirkan:


Kejohanan SACHA tidak kurang rancak nya.Akhir nya member yang handicap 24 menjadi Champion. Tahniah kepada Kol Dato Rashid dengan net 67.
Deputy Champion lak ialah Dato Mangsor Ismail dengan net 68 dan Assistant Deputy Champion ialah Kol Sidek dengan net 69. Keputusan keseluruhan di pamirkan:
Tahniah diucapkan kepada semua yang mengambil bahgian. Tahniah juga diucapkan kepada pehak mengatur pertandingan ini. Memang banyak yang perlu diatur tapi demi semangat SETIAKAWAN semua nya berjalan lancer.

DiPerkira Oleh:
 
Salam.