Thursday, January 23, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 22 JANUARI 2014 DI BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY CLUB




Skedul minggu ni patutnya sepatutnya di Nilai Spring. Oleh sebab feedback yang di perolehi dari members akan keadaan course tu maka pihak penganjur berusaha mencari course gentian. Beberapa cadangan diterima tapi yang menonjol ialah Bukit Jalil Golf & Country Club. Convenor pun memulakan perbincangan dengan pihak pengurusan kelab untuk ke bermain disana. Mengikuti perkembangan dalam Whatsapp, semua nya berjalan lancar.
Bila menerima keputusan saya tertarik kerana seramai 18 orang bermain 71 dan kebawah. Ingatkan 18 main under. Semak punya semak rupanya Course Rating ialah 68. Walau bagaimana pun 7 orang bermain Under.
Tahniah kepada Dato Hashim Yahaya menjadi Champion hari tu dengan net 64.

Itu 4 under. Handicap kena potong jadi 23 lak. Tahniah juga kepada A Razak Aziz sebagai Deputy Champion dengan net 65. Handicap potong juga satu stroke dan Assistant Deputy Champion ialah Kol Dato Rashid dengan net 65.

Potong satu stroke juga.
Keputusan keseluruhan dipamirkan:

Tahniah juga diucapkan kepada Saudara A Razak Aziz yang mendapat Bullseye pada hari itu. Dia memenangi sebanyak RM 210.
Ada juga komen tentang kelab tu. Ini saya tinggalkan untuk Deputy Presiden kita komen dibawah nanti.
Salam. 

2 comments:

  1. Tahniah kepada Dato Hashim Yahaya kerana muncul sebagai Johan minggu ini dengan net score 64.
    Pada mula saya tiba di Kelab Golf Bukit Jalil hingga bertolak pulang, TIDAK ada terdengar sedikit perkataan baik tentang tempat ini, kecuali makanan yang dihidang didapati baik dengan harga yang berpatutan.
    Saya setuju dengan mereka kerana sambutan dan layanan ahli-ahli dan staff kelab tidak mesera lansung. Keadaan fairways dan greens adalah diantara yang paling teruk di Lembah Klang.....Bukit Unggul GC lagi lebih baik!
    Setiakawangolf TIDAK disyorkan kesini lagi untuk masa depan dan saya sendiri pun tidak akan bermain golf disini walaupun percuma!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete