Saturday, January 4, 2014

MESYUARAT TAHUNAN JAWATANKUASA SETIAKAWANGOLF PADA 03 JANUARI 2014












Jawatankuasa SetiakawanGolf pada lazim nya mengadakan satu mesyuarat tahunan nya pada tiap tiap hujung tahun tahun. Mesyuarat ini di adakan untuk mengambil kira (take stock) aktibiti tahun lepas dan merancang serta membincang aktibiti aktibiti akan datang



 
Mesyurat Tahunan ini di adakan di World Trade Centre Club di Putera World Trade Centre pada 03 Januari 2014.
Dalam semangat kesetiakawanan dan kemesraan mesyuarat di pengerusi oleh Dato Abdul Ghani bin Hj Abdullah dan di hadiri seramai AJK yang lain.
Dato President telah juga mengumumkan perlantikan Mej Rustam bin Ramli
 
sebagai ‘Executive Secretary’ untuk membantu ahli ahli lain dalam menyelengarakan SetiakawanGolf. Perlantikan ini telah di sambut dengan baik oleh AJK yang lain.
Perkara perkara yang telah dibincang termasuk:
a.    Data Penyertaan Sepanjang 2013 ialah seramai 138 orang.
b.    SACHA dan SEGOY 2013. Akan di adakan di Amverton Cove Golf & Island Resort pada 08 Januari 2014. Seramai 67 members layak untuk pertandingan SACHA. Cuma 26 saja layak untuk SEGOY. Sekarang ini points points yang dicapai akan di reset supaya variant antara satu kedudukan dengan kedudukan berikut nya ialah 200 sahaja. Sekarang ini Top Ranked Dato Tairobi membawa 6000 points sementara yang kedua Dato Nawi Alias membawa 5800 points. Kedudukan di nombor 26 Dato Ghani Abdullah membawa 1000 points. Mereka akan bertanding untuk mendapat kedudukan terbaik untuk menjulang Piala SEGOY.
c.    SACHA akan dipertandingkan oleh seramai 67 orang yang layak. Sehingga 03 Jan, senarai peserta yang telah response ialah seramai 40 orang saja. Mungkin akan bertambah kerana tarikh tutup ialah 05 Januari 2014.
d.    Hadiah untuk SACHA dan SEGOY. Amat lumayan dan adil sekali. Hampir kesemua akan dapat imbuhan. At least toll payment tu boleh lepas. Hadiah termasuk untuk SEGOY, SACHA,Medal Winners, Guest Prizes dan novelty. Cukup memberangsang.
e.    Skedul 2014. Yang jelas sepanjang tahun di penuhi aktibiti melainkan bulan Ramadhan.  Tiap tiap bulan akan di adakan pertandingan. Venue juga telah dibincangkan. Antara yang telah di putuskan:
i.    SENAT – Pada bulan Mac. Akan di adakan di utara. Mungkin di Taiping atau Sungei Patani. Dipercayai Pengerusi SENAT Dato Hashim Yahaya telah memaklumkan dalam Whatsapp kita.
ii.    SIM. Pada bulan Oktober. Yang sedang dipertimbangkan ialah ke Soerabaya. Pengerusi SIM Dato Khalid Saad akan merancangkan perkara tersebut.
iii.    SIR – Setiakawan International Recce ni juga dipertimbangkan. Kemungkinan ke Thailand atau Indonesia juga.
iv.    SMM –ToW. Akan diadakan tiap tiap hujung bulan dan Tournament of Winners (kepada pemenang) pada bulan September.
v.    SKWN-BESTA – Akan diadakan pada bulan November.
vi.    PRESTRO – akan di adakan pada bulan Disember.
f.    Momentoes. Beberapa momentoes telah di bincangkan:
i.    Bag Tag - Design Bag Tag bagi SetiakawanGolf sedang direka oleh Kol Abdullah Khir. Contoh nya akan ditunjukkan semasa SACHA/SEGOY untuk persetujuan members.
ii.    Bola Setiakawan – Contoh telah di tunjukkan semasa mesyuarat dan dipersejui. Yang berminat boleh menempah dari Sekretariat pada hari SACHA/SEGOY.
iii.    Tee Shirt Setiakawan – Telah di persetujui. Akan di pamirkan pada hari SACHA/SEGOY.
iv.    Topi Setikawan. Juga telah di tunjukkan dan akan di pamirkan pada hari SACHA/SEGOY untuk jualan.
Mesyuarat telah disambung sehingga tempuh sembahyang Jumaat. Dikuti dengan makan tengah hari Beberapa members telah join semasa itu.
Penulisan ini hanya imbasan mesyuarat pada hari itu. Banyak lagi butiran akan di sebarkan kepada members. Sekiranya ada penjelasan yang diperlukan harap rujuk kepada AJK yang berkenaan.
Salam 

No comments:

Post a Comment