Saturday, December 31, 2011

PERTANDINGAN GOLF PRESIDENTS TROPHY SETIAKAWANGOLF PADA 28 DISEMBER 2011 DI STAFFIELD GOLF RESORT




The Presidents Trophy bagi kali ketiga atau kita kenali sebagai PRESTRO 3/2011 telah diadakan di Staffield Golf Resort pada 28 Disemebr 2011. Mengikut Convenor kita RHM ada 14 flights. Wah 56 peserta. Memang hebat Setiakawan.

Cuaca bagitu baik sekali. Jadi tidak ada sebab permainan tak baik.











Course kira nya agak senang sebab kita selalu main disitu.
Tambahan, buggy boleh berada diatas fairway. Tapi bila ditanya kebanyakan jawapan yang diterima ialah main teruk. Itu biasa lah. Kalau Tanya Dato Khalid lak, jawapan tentu nya ‘hancus’.Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan.

Tahniah kepada Kapt Rashid kerana menjuarai kejohanan kali ni. Dia selalu nya dapat novelty ‘Longest Drive ‘ je. Kali ni nampak dia menyerlah. Rata rata peserta handicap rendah yang mendapat hadiah A Medal. Di B Medal lak sorang je handicap 24, mendapat hadiah. Ialah dia tu Convenor kita. Bagi dia chan.









Acara Pembahgian hadiah diadakan di Dewan Makan kelab. Acara kita di juruacarakan oleh Dato Malek Shahar – Orang Tepeng. Terima kasih diucapkan kepada nya kerana tak pernah menolak permintaan AJK. SetiakawanGolf juga mengucapkan terima kasih kepada Hj Jamaluddin Rahman, Kol Arshad dan Dato Cik Gu Nasir yang telah dengan murah hati meyumbang sebagahgian dari perbelanjaan kita pada hari tu.





Selain dari tu, Convenor RHM dan Golf Kapt kita Dato Nawi, telah menjemput MST Golf Club Fitters untuk menasihati kita akan swing kita. Mereka telah menaja beberapa voucher yang bernilai RM150 tiap satu bagi members kita pi analyse swing masing masing. Mengikut David Tang, Master Club Maker, yang datang memberi penerangan, kebanyakan golfers tidak sedar, golf club yang digunanya tidak setimpal dengan swingn, berat, panjang dan lengkoknya. Hanya Technical Shop nya di KLGCC yang dapat membetul kepincangan technical ini. Semua pembetulan akan berpandu kepada Computer Analysis yang dibuat terhadap swing sesaorang. Lepas ni banyaklah members kita yang mengunjung kedainya untuk pebetoi club atau ganti shaft.
Selesai acara pemberian hadiah, jawatankuasa telah bersidang. Antara yang dibincang ialah tentang pertandingan akan datang. Pertandingan yang telah ditetapkan ialah:
a. SEGOY akan diadakan pada 18 Jan 2012 di Staffield Golf Resort juga. Cuma permintaan ramai ialah supaya caddy mencukupi.
b. SENAT akan diadakan pada 7 hingga 11 Mac 2012 di Kota Kinabalu. Dirancang kita bermain di Karambunai dan Borneo GC
c. SIM akan diadakan 22 hingga 26 Apr 2012 di Bangkok dan Mahin.
Liputan Oleh :
Jawatankuasa juga telah berbincang tentang laporan laporan yang diterima tentang integriti pemain kita. Sebenar nya sorang je. Aleh bola, lepaskan bola dan secara menyeluruh memajukan score yang kurang tepat. Golf is a game of Gentlemen played with integrity. There is no place for cheats. At least not in SetiakawanGolf. To quote Bobby Jones : ‘Golf is the closest game to the game we call life. You get bad breaks from good shots; you get good breaks from bad shots - but you have to play the ball where it lies’.
This culprit has been identified some time way back. It was just a whisper then. Of late a lot more members have noticed it. It has become common knowledge. You know who you are. To save yourself the embarrassment of being exposed, I suggest you cease to conduct yourself in this manner.

Kepada Semua Members SetiakawanGolf - Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Semoga Tahun Baru Ini Akan Membawa Kebahgiaan dan Rezeki Yang Sempurna Untuk Saudara Dan Keluarga.

Salam.
DiTokok Tambah Oleh:




ps: Bila Yem hantar gambar nanti akan dimasukkan. Sabarrrr.
02.01.12 : Dah hantar dah. Tengah Edit.

Monday, December 19, 2011

THE PRESIDENTS TROPHY – PRESTRO 3/2011.

Presidents Trophy ini ada lah dari golf calendar kita yang berprestasi dan dinantikan oleh members. PRESTRO 3/2011 kali ini akan diadakan pada 28 Disember 2011 di Staffield Golf & Country Resort. Mengikut SMS RHM yang terakhir, sudah ada 10 flights. Wah seramai 40 peserta dah mendaftar. Ini 2 minggu lagi ni. Agak agak pada hari sebenar akan menjadi lebih. Bagus lah tu.
Setakat ini kita telah adakan sebanyak 2 kali – PRESTRO 1/2009 dan PRESTRO 2/2010.
PRESTRO 1/2009 telah diadakan di Port Dickson Golf & Country Club pada 29 hingga 30 Dec 2009.


Pertandingan sebenarnya hanya untuk satu hari, iaitu pada 30 Dec 09. Oleh sebab pertandingan ini diadakan diPort Dickson, maka pihak Convenor telah menjadikan nya sebagai satu acara untuk bersantai, bukan saja untuk members (golfers) tetapi juga untuk keluarga.

Dengan itu pihak Convenor mengaturkan aktibiti untuk 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Dec 09. Pada 29hb diaturkan supaya members yang berminat menjalani sessi latihan bermain 18 lubang diPDGCC. Pada malam nya pula diadakan acara makan malam ala Barbeque.
Overall Champion jatuh kepada Brig Jen Rahman Jabir dengan net 66, OCB.


Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan:


PRESTRO 2/2010 pula telah diadakan di Tasik Puteri Golf & Country Club pada 29 Disember 2010. 60 orang peserta. 15 flights. Hebat.
Champion President’s Trophy 2/2010 dimenangi oleh Dato Mohd Isa Hassan dengan net 67.
Lima (5) under. Selepas bermain pada awal tadi dia ada menyebut kepada saya ‘ this is my best golf game’. Tiga birdie kalau tak silap tapi ada juga 2 double bogey. Wah. Memang dia terra pada hari tu. Handicap 9. Congrats Pete. You are truly a good golfer. Simpan itu masa.



















Keputusan Keseluruhan adalah saperti dipamirkan dibawah.











Harap harap members semua dapat membuat gandingan dari 2009 hingga 2010. Semoga keputusan akan datang ni lebih baik. Dan yang penting cuba merampas piala kejuaraan dari Dato Isa.
Salam.