Monday, June 30, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 25 JUN 2014 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT


Dari Air Keroh SetiakawanGolf beralih ke Amverton Cove lak. Di Carrie Island. Memang course ini favourite kebanyakan members. Kebetulan Monthly Medal pun diadakan pada hari tu. Seramai 44 orang menyertai. 11 flights. Mungkin kerana kita akan terhenti selama satu bulan lepas ini kerana Ramadhan.
Tak banyak gambar diterima melainkan semasa penyampaian hadiah.
Tahniah kepada Tan Sri Hashim Meon yang menjadi champion pada hari tu.
Handicap nya 22 aje tapi net 66. 6 under. Deputy Champion lak ialah Kol Abdullah Khir.
 
Dia handicap 6 bermain net 69. 3 under. Dengan handicap 6 dia bermain gross 73. Macam pro dia. Assistant Deputy Champion ialah Kol Johary Mat Seth.
Handicap 9 Nett 69 jugak. Gross 78.
Medal Winners ialah:
a.    A Medal: Kol Abdullah Khir.
b.    B Medal: Mej Sardon Kaprawi.
c.    C Medal: Tan Sri Hashim Meon.
Keputusan keseluruhan ialah:


 


 
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga selama satu bulan ini kita akan memperkuatkan diri menahan kehendak diri dan beribadah selalu.
Salam

Sunday, June 29, 2014

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI JULAI 2014



Walau pun bulan Julai ni kita melalui bulan Ramadahn, tetapi handicap tetap di sebarkan. Kot kot ada yang mencuba bermain pada bulan ini. Seramai 136 members tersenarai berpecah kepada :
a.    Handicap Single – 8 orang.
b.    Handicap Belasan – 84 orang dan
c.    Handicap 20an – 44 orang.
Handicap keseluruhan saperti di pamirkan:
 
Salam

Tuesday, June 24, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 18 JUN 2014 DI AIR KEROH GOLF & COUNTRY CLUB


Permainan Mingguan SetiakawanGolf untuk 18 Jun 2014 telah berhijrah ke Melaka lak. Air Keroh Golf & Country Club. Usaha mengajak ni banyak dari LMN Aminuddin yang juga member di situ. Macam macam packaging telah diatur terutama nya keatas penginapan. Penginapan diatur di Air Keroh Golf & Country Club Hotel Resort.
Pada malam 17 Jun  members telah dijemput ke kediaman Tuan Haji Jamaluddin Rahman untuk majlis makan malam.


 


Terima Kasih diucapkan kepada Hj Jamal dan isteri Hajjah Asmah Karwi.
Pada 18 Jun lak pertarungan dimulakan. Seramai 39 orang mengambil bahgian.Sebanyak 10 flight. Memang cukup baik. Tahniah kepada Ratnam yang menjadi champion pada hari tu dengan net 68.
Deputy Champion ialah Osman Karwi dengan net 69

 dan Assistant Deputy Champion ialah Hj Amer Yunus dengan net 71.
Pembahgian Hadiah telah diadakan di AKGCC.
 
Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:
 
 
 
 
 

Salam.

Thursday, June 12, 2014

KEJOHANAN SETIAKAWANGOLF STABLEFORD TROPHY PADA 11 JUN 2014 DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY RESORT




Kejohanan Stableford Trophy atau SESTRO kali ni diadakan di Tasik Puteri Golf & Country Resort pada 11 Jun 2014. Pada mula nya seramai 40 orang mengambil bahagian tetapi pada pagi tu ada lak yang kereta tak leh start. Bateri habis. Tinggal lah 39 je. Itu pun cukup bagus.



Cuaca elok dan pablila selesai acara pembahgian hadiah di adakan di Bilik Puteri. Terdahulu diadakan makan tengah hari. 
Tahniah diucapkan kepada Hj Rahim Kassim menjadi juara kita kali ni.
Dia bermain dengan 42 points. Kalau mengikut stroke play kira nya 6 under lah tu.
Kena potong handicap dari 15 ke 13. Deputy Champion ialah Tan Sri Ahmad Saruji dengan 42 points jugak. Potong handicap dari 18 ke 16. Assistant Deputy Champion ialah Kol Sidek Abbas dengan 41 points.

Handicap kena potong dari 12 ke 11.
Pemenang hadiah SESTRO 5/2014 dipamirkan:


 
 

 
Diadakan juga ballsweep mengikut nine.

 

 
 
 

 

Juga diadakan hadiah untuk novelty.


 
 

 


Keputusan keseluruhan dipamirkan:

Salam.