Friday, January 7, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DI BUKIT UNGGUL GOLF & COUNTRY CLUB PADA 05 JANUARI 2011

Ini dikira sebagai permainan golf sambutan tahun baru. Tahun 2011. Tempat yang dipilih ialah Bukit Unggul Golf & Country Club. Tempat ‘Where Eagles Live and Play’ walau pun tak kelihatan seekor pun burung tu sekarang. Dulu dulu course ni tak digemari kerana jauh, panas ( ialah dalam lembah dan tak berangin) dan unfriendly (itu kepada mereka yang main tak betul lah tu). Walau bagaimana pun course ni masih menjadi satu daripada pilihan kita. Bagus nya course ni ialah bayaran nya yang berpatutan termasuk ada pengurangan bayaran kepada ‘Warga Mas’, ada caddy (sekurang kurang nya satu caddy untuk satu flight) dan ada tempat tempat yang kita dibenarkan buggy keatas fairway.Sebagai Warga Mas kami perlu membayar RM 100 (RM 90 untuk green fees dan RM 10 untuk bull’s eyes) kami dimaklumkan sarapan pagi tu di tanggung oleh DNA. Ini kerana mendapat cucu lagi. Kali ni dilahirkan pada 1.1.11. Pas ni cuba pada 11.11.11 lak. Baru hebat. Bagi pehak members lain saya mengucapkan Terima Kasih kepada DNA atas sumbangan nya.









Selesai bersarapan kami ke tee box masing masing.









Saya bermula di Tee Box 10 bersama sama Dato Presidente, Dato Khairuddin dan Hj Rosli Deli. Semua handicap 24. Saya partner Dato Khairuddin. Pukul punya pukul saya dapat 9. Lubang 11, Par 4 saya dapat 7 dan di Lubang 12 Par 4 juga, saya dapat 8. Malas cerita. Mungkin ini satu dari sebab saya berat bila diajak ke Bukit Unggul. Partner saya Dato Khairuddin main lebih baik. Dia carry saya sepanjang perjalanan. Dato Presidente main lagi baik sehinggakan mendapat net 76. Dapat hadiah tu. Yang tiga lagi tolong tepuk tangan je bila pembahgian hadiah.
Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan dibawah ni.


Nampak nya Kol Mutalib akan mendahului ranking SEGOY kali ni dan bila kita mengadakan SACHA dan SEGOY kelak. RHM pun tak kurang hebat. Simpan itu Masa.

Selesai pembahgian hadiah, AJK telah bersidang dan berbincang beberapa perkara termasuk Pertandingan SACHA dan SEGOY. Saya percaya penerangan lanjut akan di poskan diblog kita ni oleh Vice Captain, Dato Tairobi. Pertandingan itu akan di adakan pada 26 Januari 2011 di Staffield Golf Resort. Berlatih lah dari sekarang.
Salam
Setaikawan Akan Bertanding SACHA dan SEGOY.

ps: Bagaimana dengan Logo Baru Kita. Itu untuk Tahun 2011.

No comments:

Post a Comment