Saturday, January 1, 2011

THE PRESIDENT’S TROPHY 2/2010 PADA 29 DISEMBER 2010

Piala President atau the President;s Trophy atau lebih rengkas nya PRESTRO untuk kali kedua diadakan di Tasik Puteri Golf & Country Club TPG&CC). Ianya diadakan pada lazim nya pada tiap tiap hujung tahun. Kali ini merupakan kali kedua kita adakan pertandingan untuk merebut President’s Trophy. Kali terakhir kita adakan pada 30 Dis 2099 di Port Dickson Golf & Country Club (PDG&CC). Sepatutnya kita berulang disana tetapi oleh sebab keadaan di PDGCC tidak mengizinkan, kita memutuskan untuk mengadakan nya diTasik Puteri.
Sesampai aje di TPG&CC kelihatan dah ramai berada di kawasan pendaftaran. Ramai juga yang sedang memikul beg untuk diletakkan di buggy. Mengikut jadual kita bergambar pada jam 0800 dan tee off pada jam 0815. Shotgun start. Bagus tu. Bermakna kita akan selesai bermain pada jam yang sama. Lebih kurang.
Bergambar lah kita. Tempat berdepan ruang foyer kelab. Dalam mengatur diri tu sampaikan railing ditangga tumbang. Kesemua nya 15 flight. 60 pemain. Memang seronok bila beramai ramai bagitu.
Selesai bergambar kita pun bergerak ke tee box masing masing.
Apabila bunyi siren maka bermulalah PRESTRO 2/2010. DiLubang 1 juara bertahan BG Rahman Jabir diberi penghormatan untuk memulakan pertandingan bersama sama Patron kita.





















Saya diTee Box 4,




bersama sama MJHim, Dato Sanusi dan Encik Ali Aspar. Dato Sanusi memang jauh pukulan nya. Dia pernah memenangi Longest Drive semasa SESTRO dulu. MJHim pulak juara SIM di Perth dan juga juara SESTRO 1/2010 pada 30 June lalu. Yang lagi 2 tu kira belum boleh menunjukkan apa apa lagi.
Cuaca memang redup sehinga tengah hari. Laungan ‘alamak’ ada juga kedengaran. Flight kami kelihatan juga permainan macam pro dan ada juga permainan macam ’masih beringus’.





Tapi kita seronok. Selesai jam 1330 lebih kurang, kita gi mandi, make up sikit dan menjamu selera di Golfers’ Terrace.


Kawasan telah dikhaskan untuk kami.

Lepas makan kita dijemput lak ke Dewan Makan kelab untuk acara Penyampaian Hadiah.



Dato Presidente telah berucap dan:

a. memberi penerangan berkenaan kejuaraan ini.
b. Dia juga telah memberi rancangan masa depan terutamanya tentang Setiakawan Annual Championship dan Golfer of the Year yang akan diadakan pada tahun 2011.
c. Beliau mengucapkan Tahniah kepada pemenang pemenang hari itu,
d. Mengumumkan Dato Tairobi sebagai Vice Captain dan akhir sekali
e. Mengucapkan Terima Kasih dan Syabas kepada penganjur pertandingan terutama nya DNA, RHM, Dato Tairobi & Son dan Kol Mutalib.

Seterusnya Penyampaian Hadiah. Dibawah ini di pamirkan keputusan keseluruhan Kejuaraan.


Champion President’s Trophy 2/2010 dimenangi oleh Dato Mohd Isa Hassan dengan net 67. Lima (5) under. Selepas bermain pada awal tadi dia ada menyebut kepada saya ‘ this is my best golf game’. Tiga birdie kalau tak silap tapi ada juga 2 double bogey. Wah. Memang dia terra pada hari tu. Handicap 9. Congrats Pete. You are truly a good golfer. Simpan itu masa.

Deputy Champion dimenangi oleh Saudara Mahfar Hashim dengan net 67. Dia kalah kat Dato Isa ‘On Count Back’. Well Done Yey. Assistant Deputy Champon dimenangi oleh Supp Bahar dengan net 69. Minggu lepas pada 22 Dis dicourse yang sama dia main berterabur. Pada hari tu dia telah dapat memperkemaskan pukulan nya dan mendapat tempat ketiga keseluruhan. Gross Score pula dimenangi oleh: Kol Dul Ngajis dengan Gross 77. Pihak Penganjur memang telah menduga bahawa pemenang Gross ni memang ‘hak cipta’ Kol Dul Ngajis. Syabas Wak.




DiBahgian Tetamu – sebenar nya bukan tetamu dalam erti kata sebenar nya. Mereka ialah members Setiakawan tetapi tidak memenuhi syarat pertandingan sebanyak 10 kali bermain dalam pertandingan Setiakawan tahun ini.

Pemenang nya ialah Dato Sanusi dengan net 70. Dato Sanusi ni pernah memenangi novelty Longest Drive semasa Pertandingan Stableford awal tahun ni. Longest Drive di Puteri Nine ialah Kapt Rashid dengan jarak 269 meter. Semasa Stableford Championship dulu dia juga memenangi longest drive. Kita boleh akui lah untuk Longest Drive itu hak cipta Kapt Rashid. Nearest to Pin di Puteri Nine telah dimenangi oleh TSHM sejauh 1.2 meter. Lebih kurang 4 kaki. Minggu lepas dia hanya 8 inci dari memenangi Bull’s Eye. Kali ni dia dapat pulangan.
Well Done Tan Sri. Juara PRESTRO 1/2009, BG Rahman J tak menyerlah kali ni. Dia hanya mendapat Nearest to Pin di Putera Nine dengan jarak 9 kaki. Tak pe lah Man, kurang kurang ada juga hadiah. Can try again next year.
Kita selesai sessi Penyampaian Hadiah lebih kurang jam 1530 dengan salam keakraban Setiakawan antara kita tanda ‘kita kawan; dan kita akan berjumpa lagi untuk masa masa akan datang. Insyaalah.
Salam.
Setiakawan Akan Ke Kinrara Lak.

2 comments:

  1. Hi Guys,
    Well done Dato Isa and all the winners. It was a fitting close to a great golfing year. I hope the new year will be just as great. The new handicaps for Jan 2011 should be out soon. There will be some surprises. Cheers.
    Amin

    ReplyDelete
  2. Hi Kawan-Kawan Skawan,

    Happy New Year 2011 to ALL.
    Congratulations to Dato'Isa Hassan for winning the PRESTRO. I salute other skawan winners for managing their handicaps well, played well and won prizes during competitions... bagus la tu.
    My game during PRESTRO was much to be desired. Getting double par after driving two balls into the water at par-3 hole 7 completely drove away all my chances of winning anything! But that's golf, last year I played at this same course and returned with gross 77 to become the nett winner, this time my nett was 77! My handicap? malu nak cakap, but I am hoping Panglima Handicap has taken note of my misery and award me a more friendly handicap for the new year 2011.

    Have a wonderful year 2011, better your handicaps and let us exercise true setiakawan spirit among kawan-kawan skawan golf.

    DNA

    ReplyDelete