Monday, December 20, 2010

THE PRESIDENT’S TROPHY OF 29 DECEMBER 2010







MEMANASKAN BARREL

Saya rasa semua maklum akan kejohanan penting yang di adakan tiap tiap tahun iaitu The President’s Trophy. Piala ini buat pertama kali nya ditarungkan mulai 30 Dec 2009.
Pemenang piala ini yang terakhir pada 30 Dis 2009 ialah, BG Rahman Jabir. Pada masa tu dia bermain handicap 22 dan mendapat net score 66. Lihat lah gambar kenangan pada hari itu.

Tahun ni bagaimana? Kita sama sama tunggu.
Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan dibawah ini.

Cuba lihat dan mengenang kembali pencapaian masing masing. Saya jangka semua members akan menyebut dalam hati, akan memperbaiki kedudukan masing masing. Mudah mudahan.
Berubah sikit dari kelaziman, dulu kita adakan practice round satu hari sabelum pertandingan. Kali ni kita akan adakan practice round seminggu sabelum. Yang akan berlatih lagi celah celah tu tak tahu lah.
Saya rasa semua members bercita cita untuk menjulang piala itu. Akan tercatit dalam sejarah Setiakawan bahawa sasaorang itu telah memenangi piala itu. Mengikut Convenor RHM,

‘PRESTRO; No of Invitation – 80. Say yes – 42. Say No 9 and No reply – 29. Itu pada 18 Dec 2010. Masih ada 11 hari lagi untuk yang 29 tu. Cuba luangkan masa untuk kita bersama bersama pada hari itu. Sementara dah luangkan masa, tentukan luangkan masa sampai ke acara penyampaian hadiah. Baru kita seronok. Yang menang dapat menerima ‘pulangan’ – yang tak menang tolong menepuk tangan kepada yang menerima ‘pulangan’ itu. Harap harap akan berlaku bagitu lah.
Salam.
Setiakawan ke Tasik Puteri Golf & Country Club.









No comments:

Post a Comment