HARI 2
ACARA MAKAN TENGAH HARI DAN PENYAMPAIAN HADIAH
Hidangan kita ditempat yang sama semasa makan malam sabelum tu. Cuma yang kita dapat ‘privacy’ ialah ruang makan nya. Disatu sudut dimana kita bebas mengatur aturcara kita.
Kelihatan banyak member dan isteri mula memasuki Bilik Merbok, dapatkan tempat dan mengambil makanan diRajawali. Tak lah jauh sangat. Sambil makan sambil bercerita. Pasal golf lah.
Cerita sengsara ada, cerita lucu ada dan cerita seronok pun ada. Rata rata banyak rungutan dari pujian keatas course itu. Celah celah tu dengar juga gelak ketawa. Kol Mutalib saperti biasa, cermin dikepala sedang mengira score. Terok sikit kali ni, kerana kira gross score, net score, daily medal dan keseluruhan.
Kira kira selesai makan dan menunggu pengumuman pemenang. Sedang menunggu acara penyampaian hadiah, dah mula yang meminta diri. Berbagai bagai sebab yang disebut. Kadang kadang tak dengar pun. Ia menghilang dipenghujung kata. Ada nak jumpa orang di…. Lah gitu lak. Ingatkan semasa penyampaian hadiah ramai lah menepuk tangan tanda tahniah dan sokongan. Nampak nya tak gitu. Selalu nya diperingkat ini lah semangat kejituan Setiakawan merosot. Terlintas difikiran saya ‘semasa kita menang hendak juga mendengar tepukan members lain’ tapi nampaknya kurang kuat lah. Yang terpaksa pegi tu pun termasuk yang akan memenangi hadiah. Bila disalami oleh sorang member yang terpaksa pulang sempat saya menyebut ‘ nanti bila engkau menang hadiah pertandingan akan datang, aku akan balik dulu’. Geram kat dia. Tak sepatutnya gitu. Tapi apa salah nya tunggu sejam lagi untuk menambah tepukan tahniah kepada members yang berjaya.
Acara penyampaian hadiah dikendalikan oleh Ramli Kinta ( RK ). Dia telah menjemput Pengerusi SENAT, Dato Hashim Yahaya atau MJHim untuk berucap. Antara lain dia telah mengucapkan terima kasih kepada RHM, Dato Tairobi dan Kol Mutalib yang telah meneruskan usaha mengatur pertandingan kali ini kerana beliau telah dimasukkan hospital. Kena jaundice. Dia sebut lagi. Jaundice bukan penyakit tetapi ialah symptom. Lah gitu lak. Tambah nya lagi, jaundice tak berjangkit. Lega semua disana. Kalau tidak lebih ramai lagi minta diri. Berterusan lah dia memberi penerangan tentang symptom jaundice ni. Ada ‚bilirubin’ count lah. Ada platelet count lah. Dia telah pun pulih. Seterusnya Dato Vice Presidente dijemput berucap. Dato Presidente memang tak hadir pada hari itu sebab ada mesyuarat yang penting diKL.
Acara seterusnya nya ialah penyampaian hadiah.Dipamirkan gambar gambar pemenang Hari 1 dan Hari 2 serta keputusan keseluruhan saperti dibawah.
Nampaknya orang Tepeng, Dato Malek Shahar telah menyerlah. Dia main steady pada kedua dua hari. Memang dia layak menjuarai SENAT 3/2010 berasaskan pencapaian nya kebelakangan ni. Piala SENAT telah disampaikan oleh Patron kita Tan Sri Hashim Meon (TSHM).
Tersenyum lebar dia. Handicap turun ke tidak tak tahu lagi.
Sessi kita selesai dalam jam 3.30 petang dan setelah bersalaman sesame kita tanda keSETIAKAWANan kami pun beredar dai Awana Golf and Country Resort.
Sehingga kita berjumpa lagi untuk SENAT 4/2011.
Salam
Setiakawan Telah Takluki Golf Courses DiBanjaran Titiwangsa
No comments:
Post a Comment