Friday, December 17, 2010

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS DI NILAI SPRINGS GOLF RESORT PADA 15 DISEMBER 2010

Outings kita kali ni ialah diNilai Springs Golf Resort. Course ini memang satu dari Favourite kita. Mengikut senarai peserta terdapat 28 nama. 7 full flights tu. Tapi kelihatan juga flight bertiga je. Rupanya saorang telah menarik diri. Flights tu belakang kami. Sebab tu mereka cepat hinggakan semasa kami berada diatas green, ada lak bola dari belakang jatuh atas green. Kita tahu siapa yang memukul nya. Memang dia pukul jauh, tapi tak ke dia terfikir bahawa perbuatan nya itu membahayakan dan SALAH. Kita tak boleh memukul bola kehadapan sekiranya pukulan akan sampai ke pemain dihadapan. Kita tak boleh mengharap bahawa ‘ sesama Setiakawan takpe. Boleh cakap sori’. Prinsip berpendirian sedemikian adalah salah. Rules and etiquette (etika) sepatutnya diperkirakan sama penting. Kalau nak kata ‘flight depan tu lambat’ tak kena juga sebab kami ikut ‘rule’. Tak de yang bertentangan. Perkara serupa ini kena lah bertertib sendiri. Baru boleh mengaku sebagai saorang golfer.’A Gentleman in a Gentleman’s Game’.
Kita dimaklumkan lebih awal bahawa pada hari tu makan tengah hari tak diatur. Saya ingat keputusan itu berasaskan sambutan yang berkurangan untuk acara sambungan kita itu. Perkara ni telah pun ditimbulkan dulu supaya pembahgian hadiah bagi weekly outings kita dikumpulkan dan dikendalikan sekali gus pada satu hari yang bersesuaian. Mungkin itu yang members hendakkan. Tapi bukan itu sebab nya. Rupanya oleh sebab kesuntukan masa dan kedai yang selalu kita pergi tutup, acara itu terpaksa tidak diadakan Dengan itu members sekelian dalam masa sendiri bergerak pulang. Cuma satu masaalah je. Score card bagaimana? Terpaksalah cari Kol Mutalib. Dia golfer jugak. Kena juga pegi mandi, salin pakaian dan makeup. Nak bagi kad dalam shower, basah lak. Ada juga yang perlu dihubungi untuk mendapatkan kad. Kelam kabut sikit – saya rasa.
Saya telah menerima keputusan bagi outings kita dari Panglima Handicap pada petang tu. Kiranya kiraan score telah dapat dibereskan. Keputusan pada hari tu adalah saperti di pamirkan dibawah:


Wah nampaknya Panglima Handicap kita menyerlah. Net 64, 8 under. Dia ni bila berdekatan dengan PRESTRO DAN SEGOY memang bertambah baik. Dalam masa masa ni dia masuk ke ‚Purple Patch’. Pukul jadi je. Putt dengan 9 iron pun masuk. Agak nya. Syabas kepada nya. Potong 2 stroke. Lepas ni dia main handicap 12. At least dia tak ‘throw stroke’. Kita mengejar permainan yang terbaik tiap tiap kali bermain. No ‘nursing one’. Deputy Champion pun tak kurang hebat. Dato Salleh Ismail dapat net 67 – 5 under. Terra juga dia. Potong 2 stroke. Sekarang akan bermain handicap 19. Kira nya dia kena tarik itu paip dengan panjang lagi.
Selepas bermain, jawatankuasa telah berjumpa untuk menyelesaikan beberapa perkara. Perkara yang dibincangkan termasuk:
a. Venue PRESTRO. Kita telah menetapkan supaya SetiakawanGolf President’s Trophy akan diadakan di Kelab Golf Port Dickson sebagai venue tetap. Macam US Masters di Augusta atau British Open di St Andrews. Nampak nya ‘tradisi’ yang ingin kita tubuhkan ini terpaksa ditunda. Disebabkan keadaan course yang tidak sesuai. It is in a bad condition. Mengikut laporan, air laut telah naik dan melanda sebahgian besar dari course itu, menyebabkan kerosakan kepada fairway dan juga green. Dengan berat hati kita terpaksa mencari venue lain. Selepas berbincang kita telah memutuskan supaya PRESTRO kali ini akan diadakan di Tasik Puteri Golf & Country Club. Convenor sedang mengatur supaya kita boleh bermain di1st dan 2nd Nine. Mudah mudahan dapat.
b. Kita memang dirancang ke Ho Chih Minh City untuk SIM tahun 2011. DNA selaku pengerusi pada hari itu telah memaklumkan akan menerima cadangan dari Kelab 12/68 ( RMC Regular Intake 12 of 1968) yang juga akan berada disana pada masa yang sama (lebih kurang) supaya mengatur permainan golf di Ho Chih Minh City bersekali. Tujuan nya ialah supaya ahli Setiakawan yang juga ahli Kelab 12/68 dapat menyertai SIM. Terdapat seramai 8 orang yang terlibat. Berasaskan ini jawatakuasa telah bersetuju supaya tarikh SIM diubahsuai bersekali dengan Kelab 12/68 disana. SIM tahun 2011 akan diadakan pada 29 Mei hingga 03 Jun 2011. Penyatuan berkenaan bermain golf akan dibincang diantara pihak Setiakawan dengan Kelab 12/68.
c. DNA juga memaklumkan satu lagi trip. Kali ni ke Pattaya. Katanya Recce Party. Tapi SIM di Ho Chih Minh City, Recce ke Pattaya. Aahhh itu Setiakawan Akan diadakan pada 13 hingga 17 March 2011. Kadar terkini ialah RM 1,300 untuk saorang. Yang berminat sila hubungi RHM.

Kami selesai dalam jam 3.30 petang.
Salam
Setiakawan Akan Bermain di Tasik Puteri Minggu Depan. .

1 comment:

  1. Hi Skawan Gang,
    Congratulations to DAS, Panglima Handicap, for becoming the CHAMPION.

    DAS was in my flight and I witnessed him terrorising! Everything seemed to work for him and his buggy partner, Azizi. Cik Gu Nasir, my buggy partner and I lost the front nine and the doubled 2nd nine! Our playing standard was reasonable but our opponents never gave any mercy and losing 2 strokes for DAS is NOTHING!
    I hope DAS and Azizi do not spend their earnings because Cik Gu Nasir and I shall return to perform better and WILL take our money back! So, gentlemen, don't spend the money yet!
    Apa kata John tu ada betulnya: sungguh pun
    kita kawan-kawan setiakawan, apa salahnya kita guna sedikit kebijaksanaan untuk menghormati golfer lain, tak kira status, tetapi kerana mereka juga pemain seperti kita yang harus dihormati dan diberi keutamaan sewajar.... jangan kite aje yang mahu T-Off atau pukul dulu bila sampai ke T-box atau ketempat bola!

    Jumpa lagi di Tasik Puteri GC, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete