Thursday, December 2, 2010

SETIAKAWAN NATIONAL TOURS 3/2010 – 30 NOV – 01 DIS

SetiakawanGolf telah memutuskan bahawa SENAT ke 3 akan diadakan di Bukit Tinggi dan diAwana GC. Sabelum memutuskan tempat tempat tersebut beberapa tempat telah dipertimbangkan dan tempat yang dipilih ialah dikawasan Genting Highlands. Hari pertama bermain di Bukit Tinggi Golf & Country Club (BTG&CC), bermalam di Awana Genting Highlands Resort dan bermain pulak di Awana Genting Highlands Golf & Country Club (AGHC&CC)
Sabelum pertandingan memang banyak perbincangan yang telah diadakan oleh Jawatankuasa diikuti pula oleh persiapan oleh convenor kita RHM yang dibantu oleh Dato Tairobi dan Kol Mutalib. Rujukan kepada Vice President atau DNA berterusan. SMS daripada RHM diterima bertalu talu. Mula mula memaklumkan tempat, pas, kos yang akan ditanggung, pas, memujuk penyertaan, pas, memaklumkan penarikan diri, pas, memujuk lagi, pas, peringatan dan akhir nya kita bertemu di BTG&CC pada 30 Nov. Package kita disitu ialah untuk sarapan, green fees dan makan tengah hari. Oleh sebab dah ketempat itu pada 18 Nov dulu, saya dah menganggar berapa lama boleh sampai. Saya sentiasa mengharap tak kena ‘traffic jam’. Kalau lepas interchange Gombak kita akan ada ‘clear run’ ke Bukit Tinggi. Sempat juga berhenti diMcDonalds untuk ;takeaway’ McMuffin sausage. Untuk alas perut. Beli 2, satu untuk Dato Tairobi dan satu untuk saya.

SENAT 3/2010 HARI SATU
Sampai di BTG&CC, kami keGolfers’ Terrace. Kelhatan ramai dah ada, sedang bersarapan.

Kelihatan beberapa kaum ibu yang ikut sama. Mengikut khabar mereka akan pegi boling sementara para suami bermain golf.









Bagus jugak tu.
Kalau main baik, kita boleh tubuhkan tim boling lak. Sempat bertanya dan mendapat caddy. Ada 4 orang caddy je, dan pemain macam saya memang perlu caddy. Bukan untuk membantu dengan memberi club je tapi untuk mencari bola. Maklumlah course ni dilembah yang dkelilingi hutan dan juga curam yang dalam. Masuk hutan, bola hilang. Masuk curam bola hilang. Kemana mana dihala bola memang gemar kesana. Takde caddy memang teruk badan.
Oleh sebab dah pernah bermain sekali discourse ni, kira tahu lah dimana tee box dan green. Itu je. Tak bermakna permainan bertambah baik. Sama aje, ada kala tambah teruk.


Kita tamat permainan dalam jam 1.30 tengah hari, makan tengah hari dan seterusnya bertolak ke Awana Genting Highlands Resort.
Ramai yang ndak kesana kerana nak mandi bilik masing masing dan seterusnya ndak tidur. Tak juga bagitu. Terdengar ada yang ndak bermain 9 lubang diAwana lak. Mengikut TSHM, I won’t have a strong objection in case somebody wants to organize one’. Ada juga yang ndak. Ini memang kaki golf. Mengikut cerita kemudian nya, dalam tunggu panggilan kesemua antara satu sama lain, semua nya tertidur keletihan.
Pada malam hari, kami makan malam diBilik Rajawali.


























1 comment:

  1. Hi Skawan Gang,

    We must compliment John for posting the DAY-1 SENAT 03/2010 in double quick time. Thanks John.

    Semenjak saya menyertai Skawan Golf Group, alhamdulillah, saya dapat ikut serta semua pertandingan Skawan Golf, termasuklah SENAT 03/2010 kali ini dan saya GUMbira dan bersyukur. Tetapi, pada kali ingin saya amat terasa rindunya hati saya terhadap ramai kawan-kawan Skawan ( muka-muka biasa ) yang tidak dapat bersama di Berjaya Hill dan Awana oleh sebab-sebab tersendiri yang kita semua memahami dan sedia maklum. Mungkin kita rancang SENAT 04/2011 lebih awal dan diadakan dilokasi yang lebih menarik seperti KOTA KINABALU atau KUCHING, memandangkan kos penerbangan kesana dengan pesawat FIREFLY 737-800 hanya RM 59.00 ( harga promosi jika kita arif merancang )!

    Saya sangat tertarik dengan Berjaya Hill GC sungguh pun permainan saya pada 30 Nov HANCUS oleh kerana bermacam-macam bencana yang menimpa. Saya rasa elok juga jika kita ambil kira Berjaya Hill GC dimasukkan dalam rancangan permainan mingguan Skawan Golf memandangkan perjalanan kesana tidaklah begitu jauh dan sekali sekala nak rasa juga udara dingin dan pemandangan Banjaran Titiwangsa.

    Hingga jumpa lagi, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete