Saturday, November 27, 2010

WEEKLY OUTINGS DI STAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 24 NOV 2010

Weekly outings kita kali ni ialah di Staffield Country Resort. Oleh sebab saya tak menyertai sama maka tak dapat lah bercerita banyak tentang hari itu. Gambar pun tak lah dapat dipamirkan. Sorry lah Members. Walau bagaimana pun, keputusan hari itu adalah saperti dipamirkan dibawah ini.

Champion kita kali ni ialah Zulkifli Hamzah, handicap 16, net score 65. 7 under. Wow. Memang terra dia. Dah kena potong 2 stroke. Dol Ngajis pun dapat hadiah. Handicap 3, net 75, bermakna dia main 78 gross. Kita nak dapat net begitu pun sakit. Syabas Wak.
Keseluruhan Cuma 2 pemain je yang main under, yang lain samada par atau over.












Kegiatan kita minggu depan ialah pertandingan SENAT 3/2010. Ini merupakan kali ketiga kita mengadakan kejuaraan ini selepas diSungai Patani dan di Melaka. Kali ni kita akan keBukit Tinggi Golf & Country Club (BTG&CC) dan ke Awana Genting Highlands Golf & Country Club (AGHC&CC) . Kita akan bermain di BTG&CC pada 30 Nov 10 dan di AGHG&CC pada 1 Dis 2010.
Dipercayai semua maklumat dan butir butir pertandingan telah dimaklumkan oleh RHM kepada semua members. Kita jumpa disana.

Salam
Setiakawan Akan Naik Bukit Minggu Depan. DiBukit Tinggi dan Di Awana.

2 comments:

  1. Hi Skawan Gang,

    Tahniah kepada Sdra Zulkifli Hamzah yang telah muncul sebagai Johan Minggu ini dan dipotong 2 strokes. Eloklah tu, kalau bermain sampai 7-under kena potong 2 strokes tak ada kesan!

    Saya semua hancus hari Rabu lepas! Ianya bermula dengan pemandu saya gagal melapur diri jam 0630 untuk bantu saya ke Staffield GCC, kemudian bertolak ke Seremban lepas golf, kerana ada Company EGM dan Board Meeting.

    Itu helah aje bila bermain tak bagus... biasa
    lah pemain golf, ada-ada aje ready excuses!

    Kita mesti melihat kehadapan...harapan saya ialah bermain lebih baik di Berjaya Hill GC dan Awana Genting GC semasa SENAT nanti.

    Jumpa di Berjaya Hill GC, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Kawan kawan sekelian,

    Saya dah lama sangat tak dapat bermain dlm pertandingan mingguan kita dek sebab sakit tengkuk dan bahu kiri. Kali pertama bermain setelah berehat selam 3 bulan ialah di SIM Jogja....HANCUS!!!. Rabu lepas saya cuba bermain di Staffield. Ada improve sikit lah. Tapi masih sangat2 tidak menuaskan.

    Kepada sdr Raden saya mohon maaf kerana terpaksa menarik diri dpd Pertandingan SENAT yg akan berlangsung esok dan lusa. Saya memang rasa bersalah serta ralat tetapi perkara ini tidak dapat dielakkan. Walaupun saya tak dapt bermain, namun hati saya akan tetap berada di Bukit Tinggi dan Awana.

    Selamat Bertempur

    ReplyDelete