Mengikut SMS RHM pada 09 Nov ada 9 flights pada 10.11.2010 diKinrara Golf Club. 36 orang, Boleh tahan tu. Kadar bayaran RM 110 tak termasuk caddy dan sarapan pagi. Dari sini kita tahu bahawa untuk RM110 kita Cuma dapat bermain di 18 lubang dan diberi buggy. Termasuk juga ialah makan tengah hari dikelab. Dengan RM 110 saya rasa itu adalah sangat memadai.
Setibanya diGolfers’ Terrace Kinrara GC, kelihatan dah ramai disana. Menjamu selera bersarapan. Ada nasi lemak. Ada Western Set 1,2, 3, 4. Semua nya RM 10.00 satu set. Dengan minuman lak. Roti canai ke tosei ke – tarak. Lepas bersalaman dengan members lain dan membuat pembayaran kepada RHM, saya pun duduk dan order ‘breakfast’. Set 3 - mushroom omelette, baked beans dan kopi O. Bual punya bual, masa berjalan, terpaksa bergegas ke tempat buggy. Terlupa bayar breakfast. Balik semula ke meja dan bertanyakan nya. Dimaklum
telah dijelaskan oleh Tan Sri Ahmad Saroji. Terima Kasih Tan Sri. Kira Daun Keladi lah. Minggu depan jangan terperanjat saya join meja Tan Sri lagi. Berkat tu.
Dato Amin lak ada cerita jugak. Kalau dia main tak baik pada satu satu pertandingan tu, balik dia akan buka balik rujukan. Don Trahan ke atau Leadbetter ke. Tukar cara pukul lak. Dia sebut tentang teori baru. Kali ni nampak teori baru nya menjadi. Bola tee off nya jauh dan ada draw lak. Memang jauh. Patut lah handicap 14. Dato Khairuddin lak dengan iron nya. Dari tee off sehingga green. Iron saje. Diapron, asalkan kelihatan green dia akan guna putter. Tepat lak tu. Macam macam cara ada.
Saya sepatut nya main baik. Ini Kinrara, course kesukaan saya. Dapat juga 3 par tapi ada juga double par. Handicap 24. Macam tu lah. Gross 103. Nett 79. Tak menang hadiah lah nampak nya. Tapi masih enjoy. Masih banyak kelak ketawa. Muka masam timbul bila bola jatuh jauh dari buggy track. Oleh sebab buggy tak boleh keatas fairway, terpaksa lah kita berjalan ke bola tu. Memang mengah lah kita.
Selesai main kita mandi, make up dan naik ke kawasan foyer di tingkat satu. Elok tempat nya. Hidangan telah disediakan. Selesai makan RK mengambil alih untuk acara pembahgian hadiah. Pemenang pemenang adalah saperti dibawah.
Selesai pembahgian hadiah AJK berjumpa. Dapat nescafe free. Perkara perkara yang dibincangkan termasuk:
a. Setiakawan National Tours atau SENAT. Telah dipersetujui diadakan di Bukit Tinggi Golf & Country Club (BTG&CC)
b. Acara penyampaian hadiah akan diadakan pada 01 Dis diAwana GHG&CR.
c. Ada pula mencadang Practise Round. Disetujui practice round diadakan pada 18 Nov, iaitu satu hari selepas Hari Raya Korban. Dipercayai RHM sedang mengumpul members yang berminat.
d. Untuk menempah tempat, sama ada untuk golf atau pun penginapan, RHM perlu deposit RM 50 pada 10/11 (hari kita bermain diKinrara) dan pembayaran penuh pada atau sabelum 24 Nov. Harap harap yang menyertai dapat memenuhi keperluan ini. Mengikut terkini seramai 27 orang akan menyertai pertandingan.
e. Dato Presidente juga ada bertanya tentang maklumbalas SIM di Jogja. Pada keseluruhan banyak yang berpuas hati dengan lawatan kita. RHM ada membaca 2 SMS yang diterima yang dikirim oleh members memberi pujian diatas keseluruhan organisasi dan perjalanan lawatan kita. Walau bagaimana pun ada juga timbul rungutan tentang penguatkuasaan undang undang pertandingan. Jawatankuasa akur akan apa yang berlaku dan akan mengambil tindakan supaya perkara ini tak berulang lagi.
Perbincangan AJK selesai pada jam 4.00 petang dan kami berangkat pulang.
Salam.
Setiakawan Akan KeTanah Tinggi Lak
ps: Maaf lah tak banyak gambar persaorangan. Bateri camera dah dicharge, tapi bila cuba tangkap gambar dikelab keluar lampu merah lak. Takde power lah tu. Kena check kat kedai camera. Lepas ini Insyaallah, gambar gambar akan tersiar semula.
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteThank you, John, for posting Skawan's last Wednesday's outing in double quick time. Keep it up and I hope other members are keeping you company.
There must be some attractions at Kinrara GC as we had 9 flights last Wednesday and I saw many faces were potential winners. Congratulations to Mutalib and Saadon Kaprawi for becoming "overall Champion" and "B Medal Champion" respectively. I must have been lucky to return a net 72 and became " A MEDAL Champion" in the presence of regular winners, Tan Sri Nik, Ramli Kinta, Nazri, Rustam, Cik Gu Nasir, Dr. Khalil and many more.
Semasa sarapan pagi saya berada di meja bersama Tan Sri Saruji, Tan Sri Nik Ismail, Dato Malek dan John sambil minum kopi "O". Saya juga beroleh rezeki "minum free" kerana Tan Sri Saruji bermurah hati membelanja kami semua. Seperti John telah perhatikan, sangat elok juga "memilih meja" bila minum kopi di kelab, mana tahu kalau ada ramai lagi ahli yang bermurah hati.
Disebaliknya pula, "JANGAN kenyangkan perut aje, tinggalkan meja terus ke buggy" kemudian menyerah kepada RHM menunaikan "hutang" kepada kelab...Nyayalah dan kesian convenor kita.
Saya ada dapat berita MJHim telah masuk Hospital Terendak kerana kesihatan beliau tergangu. Saya ada talipon beliau dan kata-nya mungkin dia terpaksa berHari Raya Aidil-Adha di wad! kawan-kawan Skawan bolehlah sms kepada beliau sambil berdoa semoga cepat pulih dan bersama SENAT di Bukit Tinggi dan Awana pada 30 Nov/01 Dec, insyaAllah.
Jumpa di Bukit Tinggi GC pada 18 Nov 2010, insyaAllah.
Salam Aidil-Adha kepada semua kawan Skawan dan Keluarga.
DNA