HARI TIGA 26 OKT 2010
Bermain Golf Di Borobudur International Golf & Country Club
Untuk hari ketiga ni, kita dirancang bermain di Borobudur International Golf and Country Club (Borobudur IG&CC). Masih practice round. Rancangan keseluruhan ialah untuk bermain practice round di Merapi Golf Course dan di Borobudur IG&CC. Selepas tu pertandingan dikedua
dua course pada Hari 4 dan Hari 5. Ialah niat datang nak main golf – mesti lah memaximisekan peluang. Kita bertolak lewat sikit. Jam 0700. Dijalan selain dari pengguna tempatan, lalu lintas tak lah bagitu sesak. Tiada masaalah ke kelab. Kelab ni terletak di barat laut (NW) Gunung Merapi. Kira jauh sikit course ni dari Gunung Merapi dari course yang kita main kelmarin. Nampak juga gunung, tapi Gunung Tidar. Tak de asap. Kira selamat lah.
Mengikut maklumat, abu gunung Merapi tak sampai ke Borobudur G&CC kerana tiupan angin
yang menjauhkan nya.
Gelanggang ni kira nya mendatar sepanjang. Ada juga naik turun’bukit’. Tak bermasaalah sangat. Gelanggang ni dijaga elok. Bersih kesemua nya. Cuma green nya kebanyakan nya menurun dan laju. Kena ketok bola perlahan lahan. Kalau tidak bola laju ke luar green. Kira kalau bola menurun kena tunggu lah sampai bola berhenti. Ada juga bola lebih jauh dari tempat asal. Nasib kurang baik lah tu.
Di course ni saya bermain dengan TSHM, Kol Razaki dan Dato Tairobi. Boleh lah tahan tapi tak ingat score berapa. Yang penting kita dah berlatih di course ni untuk pertandingan sebenar. Melihatkan TSHM, saya kira dia ada harapan untuk menjuarai piala SIM ni, cuma dia penyumbang piala, jadi tak boleh lah dia menjulang piala tu. Kena beri kat orang nombor 2. Tee off TSHM dengan fade yang dia dah masuk kira bila memukul.
Jadi tepat selalu lah pukulan nya.
Selesai bermain kita keclubhouse untuk makan tengah hari. Acara pemberian hadiah pun diadakan. Nampak nya muka yang sama je terima hadia.h.
Saya tukang tepuk je. Takpe, asalkan seronok bermain golf. Dan saya seronok. Saya pasti ramai yang seronok juga.
Lawatan Ke Candi Borobudur
Ini kena tunggu posting berikut nya.
Salam
Setiakawan Telah Menawan Borobudur IG&CC
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteWe must thank John again for his colourful report and candid pictures of Skawan's Day 3 outing at Borrobudur GC. Wah, saya lihat kualiti gambar-gambar amat baik, mesti kamera baru dan tak perlu sumbangan gambar daripada saya lagi....tahniah.
Kita semua harus bersyukur kerana semua ahli Skawan dan isteri selamat berada di Jogja dan kembali ke KL. Kita turut bersimpati dan bersedih kepada semua mangsa yang ditimpa bencana Gunung Merapi dan berdoa semoga Allah SNW melindungi semua di Jogja.
Saya amat bersemangat pada hari ke3 di Borrobudur GC sungguh pun pada permulaan ada sedikit sebanyak kerenah yang bakal merosakkan golf saya. Caddy sangat berperanan, orangnya sederhana aje, tetapi cukup cekap menganalisa pukulan dan putting saya yang memberi beliau panduan membaca slope, speed dan line. Hasilnya, saya mendapat nett 71 dan menjadi "overall champion" dan menaruh harapan menjadi SIM Champion!
Salam.
DNA