Friday, November 19, 2010

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – JOGJAKARTA 25-29 OKTOBER 2010

HARI LIMA 28 OKT 2010
Pertandingan Setiakawan International Masters di Borobudur International Golf & Country Club, Jogjakarta, Indonesia


Kira nya hari ini ialah hari penentu. Siapakah yang akan dimahkotakan sebagai Juara Setiakawan International Masters diJogjakarta. Johan Menanti ada 2 orang sedang menunggu. Pencabar memang ramai. Walau pun tak menyebutnya kesemua members kita sudah tentu mengharap akan dapat bermain secara terbaik dan memenangi piala yang kita anggap satu dari kejuaraan berprestasi dalam ’calender’ kami.
Kesemua peserta telah dapat berlatih diBorobudur International G&CC. Ada yang dapat bermain sebanyak 2 kali. Kira nya ada advantage lah tu. Tapi permainan golf ni kerap mengambil kedudukan bertukar tukar corak dan ragam. Kalau nak jadi, jadi lah ia. Kalau tak nak menjadi, berlatih berapa kali pun tak akan menjadi.
Selepas bersarapan dihotel, kita pun bergerak ke Borobudur International G&CC. Jalan yang pada hari kelmarin dilapor sebagai penuh dengan abu Merapi, sudah tidak kelihatan lagi. Dah dibersihkan oleh hujan yang turun pada malam hari. Kita kira padang golf pun bagitu lah.
Dikelab golf lak, semua pemain pun bersiap diri untuk memulakan permainan.
Sabelum tu panaskan badan. Warming Up. Kelihatan yang memegang 2 ke 3 club untuk menguatkan gengaman, yang saolah olah memukul bola pun ada, ada yang practice chipping dan yang practice putting. Sabelum tee off kita bergambar dalam kumpulan. Ada banner lak. Di tee box lak bergambar lagi. Baru memulakan pertandingan. Dari Lubang 1 dan Lubang 10. Setiakawan International Masters Jogjakarta telah bermula.





Agak nya bila kita beria ia sangat, permainan kita akan terjejas. Kalau baik tak pe, ni tidak baik. Memang dicourse pada hari tu memang kelihatan members Setiakawan je.









Mungkin kepolan asap Gunung Merapi masih melengahkan penyertaan golfers yang lain. Memang seronok bermain di situ. Course nya cantik dan kemas. Ada juga kedengaran laungan. Laungan kehampaan lah tu. Golfer tak melaung bila pukul elok.
Kami selesai dalam jam 2.00 petang, makan tengah hari dan pulang ke hotel. Keputusan pertandingan? Kena tunggu posting selepas ni.
Salam.
Setiakawan Selesai Kejuaraan SIM Kedua Bagi Tahun 2010.

No comments:

Post a Comment