HARI SATU 24 OKT 2010
Ketibaan
Penerbangan saya keJogja ialah melalui Air Asia pada jam 0700 24 Okt 2010. Berlepas dari LCCT (economy lah tu ). Kena ada kat airport 2 jam sabelum penerbangan. Jam 5 pagi lah tu. Jadi bertolak dari rumah kurang kurang 1 jam awal. Jam 4.00. Dah takut tidur lak. Kut terlepas kapalterbang. Seksa nya. Tapi hari tu je.
Dalam penerbangan tu, Nazri, travel agent kita ada sekali. Anak lelaki Arham dan isteri nya juga dalam satu flight. Selepas 2 jam kami sampai diJogjakarta. Disambut oleh rakan perniagaan Nazri Pak Adje. Oleh sebab kumpulan besar hanya akan sampai lagi 2 jam, kami pun berlegar dikawasan menunggu. Sekali imbas, lapangterbang nya saya kira kecil saje. Dan Jogja adalah bandaraya terulung untuk pelancung. Proses melalui imigresen dan kastam juga lambat. Tak macam Soerabaya dulu. Mungkin akan improve dimasa depan. Dijam 0900 dah mula terasa bahang nya.
Dalam jam 1030 kumpulan besar (Main Body lah tu) sampai. Nampaklah saya sepanduk, menyambut kedatangan Setiakawan ke Jogja. Kira nya bersemangat semua, penuh keceriaan untuk memulakan lawatan kebandaraya yang di kenali sebagai DIY atau Daerah Istimewa Yogyakarta. Istimewa nya kerana daerah ni dulu dibawah pemerintahan kesultanan tetapi telah dihentikan Cuma sultan yang ada sekarang diberi jawatan gabenor tanpa melalui proses pemilihan. Jawatan ini kekal kepada keluarga Sultan Haemengku Buwono.
Lepas satu satu member kita keluar dari pintu ketibaan. Disambut oleh Nazri dan Pak Adje. Senyum semua. Bila semua dah berada diruang tiba airport kita pun bergerak ke bas yang telah diatur. Kena berjalan kesitu sebab bas tak dibenarkan menghampiri bangunan airport (bandara, kalau tak silap).
Oleh sebab masih awal, kita dirancangkan makan tengah hari, melawat pusat tarikan pelancong, dan selepas itu baru ke hotel penginapan.
Makan Tengah Hari
Ini yang kita tunggu. Ini juga satu dari tarikan saya keIndonesia. Kita ke restoran masakan padang Pari Pari. Semua masuk kedalam bilik khas. AirCond yu. Tambah selera.
Bila semua dah duduk dan selesa, mula lah pelayan membawa masuk hidangan. Mereka taruk je atas meja, kita pun makan je yang menarik selera kita. Minuman, macam macam minuman yang diorder. Kopyor Kerox, Jus Kirsak, Jus Alpokat, Jus Blimbing, puding, Jeruk Panas Anget, Estelar dan Aqua Botol. Semua ada.
Memang menyeronokan. Kita kurang sedar bahawa masakan padang ni, memang mereka akan hidangkan berpuluh puluh lauk. Mereka akan kenakan charge kepada lauk yang kita ambik je. Rasa sikit pun dia kira dah ambik. Lah. Lauk yang nampak pelik yu memang lah kita nak rasa. Celah tu Datin Mani lak kata makanan ‚tunjang’ tu takde kolesterol. Dah ramai lak yang ambik tunjang. Teringat saya akan ayam betina membawa anak makan. Macam kata nya ‘makan nak makan’ sambil tu dia pun makan juga. Sudah tentu si ibu tu makan lagi lebih. Whatever it is yang jelas, kita memang ‚enjoy’ lunch pertama kita di Indonesia. Che Gu Nasir kita kahwin orang Jogja tu kerana masakan nya kote. Pelayan membawa hidangan 2 kali lagi. Kesemua nya 3 kali mengangkat hidangan. Dalam tu RHM serah kat saya duit cash berjuta juta. DiSoerabaya dulu, dia serahkan yang sudah diikat dengan jumlah nya. DiJogja ni pulak dia serah kepada saya apabila menerima dari members yang membayar. Berapa saya tak kira lak. Tapi ‘in the Millions’ lah.
Bila dah selesai, saya diserah bil pada lunch tu. Jumlah makanan kita pada hari tu ialah IRP 1,964,000. Termasuk tip IRP 35,400, kesemua nya ialah IRP 2,000,000. Bagi dengan 31 orang jumlah nya sekapala ialah IRP 64,516. Dalam RM ialah RM 26.00. Wah ini satu kali makan ni. Dah terlebih bajet. Takpe baru first day. Boleh disesuaikan pada masa masa akan datang.
Melawat Gudang Batik Dan Perak
Mula mula ke tempat membuat batik.Kami diberi penerangan, selepas tu di tunjuk produk mereka untuk dijual. Ada juga yang mencuba baju baju tu tapi tak pasti siapa yang membeli. Yang pasti ialah ramai berkerumum keliling meja yang disediakan minuman kopi dan teh.Percuma. Patut lah.
Selepas tu ke tempat buat perak lak. HS Silver. Memang banyak produk buatan perak. Member kita pun menengok juga. Terdapat juga kueh buatan tempatan. Percuma juga. Ambik jugak. Saya pasti tak de yang membeli. Nampaknya members kita ni memangkah je. Memasang takde.
Selesai di gudang perak, kita ke hotel. Ibis Maliboro. Dijalan Maliboro. Satu dari jalan yang terkenal diJogja. Terdapat kelewatan sikit kerana bilik ada yang tak siap lagi. Adalah tamu yang chekout lewat. Secara am nya kesemua members mendapat bilik masing masing. Rancangan berikutnya ialah makan malam pada jam 7.00 petang. Sementara tu semua pergi berehat dulu.
Makan Malam
Pada jam 0700 petang kita ke restoran Ayam Goreng NY Suharti.Kira lauk nya ayam goring, ikan guramie, gado gado, sambel dan minuman. Pilihan Dato Khalid Saad. Pandai dia pilih. Laaa orang lepasan SESKOAD Bandung. Saya terigin sangat air kelapa yang campur gula merah. Dipanggil Es Klp Muda Gelas. IRP 9,000. Dalam RM 4.00.OK lah tu.Jumlah bil disitu ialah IRP 1,717,500. Masuk tip sebanyak IRP 22,500, kesemua nya perbelanjaan ialah IRP 1,740,000. Sekepala dalam IRP 56,129. Dalam RM 22.60. Ok tu. Makan memang sedap.
Kita pulang kehotel
untuk berehat bersedia menghadapi hari kedua.
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteWe must compliment John for making a very special effort to post the wonderful report on recent Skwan Golf Jogja outing. Thanks John.
My overall golf performance during Jogja SIM was very much to be desired, however, I was most happy to return with a net 71 on
DAY 2 at BORROBUDUR GC and became the "DAY 2 CHAMPION". How I wish I could play at Merapi GC for second time and to CONQUER it!
Kita cuma boleh merancang bermain dua kali di Merapi GC ( lebih 3 bulan dahulu ) tetapi Allah SWT telah menetapkan bahawa ahli-ahli Skawan Golf hanya dapat bermain satu hari sahaja sebelum Gunung Merapi meletus keesokan harinya!
Kita semua harus bersyukur kerana sepanjang masa kita berada di Jogja, kita dilindungi sebarang mara bahaya dan selamat kembali keKL sebelum Gunung Merapi meletus dengan lebih dahsyat lagi keesokan harinya....... Syukur Alhamdulillah.
Mani and I had a wonderful trip, thoroughly enjoyed ourselves and I hope ALL participating Skawan members and wives have enjoyed as much as we did.
Special thanks to all Skawan Committee Members for planning and executing the trip. Thanks to Nazri and BOGEYGOLF Group for assisting Skawan Golf in making Jogja Trip a successful and memorable outing.
"Congratulations to you, Nazri, for
becoming "Jogjakarta SIM Champion" .
See you in Ho Chi Minh City in May 2011, insyaAllah.
Salam.
DNA