Sunday, November 21, 2010

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – JOGJAKARTA 25-29 OKTOBER 2010

HARI LIMA 28 OKT 2010
Santapan Setiakawan International Masters dan Majlis Penyampaian Hadiah.


Acara ini diadakan diCoffee House Ibis Hotel, hotel kita menginap. Semua members dan isteri isteri termasuk keluarga telah berkumpul difoyer hotel dan seterusnya ketempat majlis kita. Penuh lah tempat tu. Satu sudut yang luas telah dikhaskan untuk kita mengadakan majlis itu. Bersekali itu, satu kumpulan penghibur yang dikenali sebagai Elonquistihk dikhaskan untuk
mendendangkan kami.
Apabila hampir kesemuanya dah berada dikawasan itu kita memulakan acara dalam jam 8.00 malam. Kita memulakan dengan menjemput semua untuk menjamu selera.

Hidangan istimewa telah disiapkan termasuk sejenis masakan ala barbeque yang disiapkan panas. Sungguh menyelerakan.
Seterus nya Dato Presidente telah dijemput untuk memberikan ucapan.

Beliau telah menyuarakan rasa kesyukuran bahawa lawatan kita keJogjakarta telah hampir dikemuncak nya dan telah berjalan dengan tersusun dan teratur. Dia telah mengucapkan terima kasih kepada penganjur majlis serta keseluruhan AJK Lawatan terutamanya RHM dan ahli ahli nya kerana telah melaksanakan aturcara dengan bagitu licin dan kemas. Beliau juga menyuarakan penghargaan nya kepada semua yang hadir diatas sokongan yang telah diberi dan menjayakan SIM kali ini.
Dicelah celah makan tu kita didendangkan oleh Elonquistihk. Orang Tepeng telah dijemput untuk mendendangkan majlis dan dia secara sporting telah menyanyikan lagu ‘Ayam DenLape’.

Orang Tepeng menyanyi lagu Minang. OK tu. Kita juga telah menjemput Datin Fatimah Huri mendendangkan sekali lagi (terdahulu dalam bas diSolo) lagu Bengawan Solo.

Kali ini diiringi dengan music. Memang lunak alunan suara Madam Presidente kita.
Berikutan itu kita adakan acara penyampaian hadiah. Keputusan keseluruhan adalah saperti berikut.
Kali ni kita buat berbeza sikit. Hadiah hadiah diterima oleh isteri isteri. Ialah hadiah berupa uang tunai. Baiklah Home Minister yang menerima. Boleh sambung shopping kalau sempat. Yang tak beristeri terpaksa menerimanya sendiri dan bagi Kol Mutalib lak, Dato Khalid (roommate) telah menerimanya. RHM telah menerima sendiri kerana Mars tak sehat. Terakhirnya kita telah menjemput Tan Sri Hashim Meon untuk menyampaikan hadiah dari nombor kelima hingga champion. Kali ini Mohd Nazri telah dimahkotakan Juara SIM Jogjakarta. DiSoerabaya dia juga telah menjuarai nya. Lain kali tak boleh bawak dia. Kena tinggal dia di Malaysia. Dia telah dihadiah uang tunai dan’token’ Piala SIM berupa sebotol air minum. Penyampaian piala sebenar akan diadakan diMalaysia kelak.


















Kita juga telah berkesempatan menari Pocho Pocho. Bila kita menari selalu nya di ketuai oleh Orang Tepeng. Dia memang ‚Livewire’ sesuatu majlis kita. Well Done Dato.
Sementara dapat pegang mike tu, saya pun mendendangkan lagu






‚Walkaway dan Aku Bagini Engkau Begitu. Tak tau lak, ok ke tidak tapi yang jelas ramai yang menyanyi sama. Kira nya lagu tu memang lagu ‘evergreen’ yang diminati ramai.
Kita juga telah mengambil kesempatan mengutip sumbangan bagi mangsa bencana letupan Gunung Merapi dan juga tsunami diPulau Mentawai. Kita dapat kutip sebanyak IRP 1, 523,000. Kutipan ini telah diserahkan oleh Dato Presidente kepada wakil Hotel Ibis yang juga sebahgian dari pertubuhan yang terlibat dengan usaha amal untuk bencana itu.

Kita berharap sumbangan itu, sadikit sebanyak akan dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa bencana itu.

Kita telah bersurai dengan kelak ketawa kegembiraan lebih kurang jam 11.00 malam. Kita perlu berehat kerana akan pulang ke Malaysia keesokan hari nya.
Salam
Setiakawan Pulang Dari Rantau


No comments:

Post a Comment