Lawatan Ke Candi Borobudur
Selesai acara pemyampaian hadiah, kita patut link up dengan Kaum Ibu untuk melihat Candi Borobudur. Satu dari tapak ‘world heritage’ atau warisan dunia yang di istiharkan BBB dan ditaja untuk pemulihan.
Sampai di kawasan candi tu, kita berkumpul di ruang masuk kekawasan itu. Kita diperlukan membayar US 12 atau RM 36 atau IRP 90,000 untuk memasuki kawasan nya. Congak punya congak, cuma 5 orang je yang nak masuk. MJHim dan isteri, Ibrahim Mohamad (dia kena ikut kerana photographer), Datin Tini dan saya. Yang lain bersetuju menunggu di tempat resepsi.
Masuk lah kami.
Mengikut cerita candi ni dibina dalam tahun 750 masihi. Ianya merupakan monument Buddhist terbesar didunia. Terletak 40 km dari Jogjakarta. Tiada rekod akan siapa yang membina nya. Dipercayai monument ini telah dibina dibawah kerajaan Srivijaya dan memakan masa selama 75 tahun dan siap dibina semasa pemerintahan Samaratungga dalam tahun 825 masihi. Selama beberapa kurun, Borobudur terkubur dibawah abu, dipercayai berikutan meletup nya Gunung Merapi. Dipercayai juga penduduk disana telah meninggalkan tempat tersebut kerana petaka yang menimpa kawasan itu.
Ianya di jumpai semula oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1814. Raffles mentauliahkan Cornelius untuk menyiasat bukit yang dikatakan penuh dengan ukiran batu. Hanya pada tahun 1835 tapak tersebut dibersihkan sepenuhnya. Banyak usaha dicuba untuk memulihkan monument ini sehingga satu program membaik pulih ditaja oleh UNESCO ( United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation). Candi Borobudur ini diistiharkan sebagai tapak warisan dunia atau World Heritage Site.
Hujan renyai turun semasa kami menuju kecandi tu. Kena sewa payung dari peniaga disitu. Kelihatan sebuah binaan batu yang tinggi. Ianya berbentuk 4 segi ( dipanggil bentuk mandala atau alam) Ada 8 aras atau level kesemua nya. Binaan ini dianggarkan dibina dengan 2 juta blok batu.
MJHim dan Ibrahim naik sampai ke kemuncak, sementara Datins Jah dan Tini mengelilingi nya ditingkat 4 sementara saya berpuas hati mengelingi ditingkat 2 je. Naik juga.
Saya kira lawatan ini satu pengalaman yang menarik. Ingatkan pengaruh ugama pada awal dulu ialah dari Hinduism. Contoh nya di Bali atau Parameswara di Melaka, tapi terdapat pengaruh Buddhist lak disini. Macam juga Angkor War. Kalau di Myanmar, diPagan tu, terdapat beratus ratus kuil Buddha. Dalam anggapan saya ni, orang dulu dulu tak ada keja lain. Asyik bina kuil je.
Dinegara kepulauan Tonga dan Samoa (Western dan American) asyik bina gereja lak. Itu saya kira sebagai kepercayaan masing masing.
Selama satu jam kami diCandi Borobudur dan apabila keluar je kami dapati kumpulan satu lagi dah pulang dulu. Kami pun menaiki bas yang tinggal untuk pulang ke hotel; Tengah jalan berhenti sejenak untuk membeli buah salak.
Malam tu kami semua OTW atau Own Time Work. Kita semua ambik peluang untuk makan bersendirian dan membeli belah. Saya, Dato K dan Ibrahim pegi makan kat warong yang duduk bersila di Jalan Malioboro. Lauk ayam dan itik goring. Ulam dengan sambel pedas. Dato K sempat dilukis potret nya. IRP 70,000. Saya membelik nampak muda sangat. Pelukis touch up sikit supaya jadi berumur sikit. Agak saya dilukiskan garis di kening. Mengikut cerita kemudian nya oleh Datin Midah, cucu mereka tak kenal Atok. Terlalu muda. Muda pun muda lah.
Salam
Setiakawan Dah Ke Candi Borobudur
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteSaya kira MJHim, Datin Jah, John dan Ibrahim merupakan kalangan tetamu terakhir melawat Candi Borrobudur sebelum ianya ditimpa debu Gunung Merapi dan ditutup keesokan harinya!
Saya dan Mani serta beberapa geng skawan lain tidak mendaki Candi Borrobudur kerana telah berbuat demikian beberapa kali dulu semasa masih dalam ATM dan menjadi tamu kepada TNI. Jadi kali ini, sementara menunggu MJHim dan 3 pengikut "memanjat", kita berehat di bawah sambil menikmati kopi panas di warong berdekatan.
Apa yang menarik di persekitaran Candi Borrobudur ialah kawasan sekitarnya telah dibangun begitu sempurna dan menjadi pusat pelancungan dimana banyak keraf tangan dan hasil-hasil tempatan dijual.
Kita semua doakan semoga Gunung Merapi kembali pulih seperti biasa dan semua penduduk di persekitaranya dilindungi.
Salam.
DNA
Kawan kawan sekelian,
ReplyDeleteSaya ada buat komen dlm laporan John yg awal. tapi tak tahu apa yg telah terjadi. Tak nampak pun komen saya tu. Ni saya nak coba sekali lagi. Moga moga berjaya
Seperti DNA saya dah pernah panjat candi Borobodur sewaktu saya berkursus di SESKOAD bandung pada tahun 1983 dulu. Jadi kali ni saya pass kpd John & Co pula untuk memanjat candi itu.
Pasal permainan golf saya tiada apa yg boleh dibanggakan. saya ke SIM Jogja sebagai pemain OKU sebab kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Sampai sekarang pun saya masih rasa lemah lemah terutama tangan kiri. Dengan belas ikhsan Dato President, saya diizinkan bermain dgn hcap 18 untuk pertandingan SIM. Itu pun saya struggle nak dapat nett score 78.
Saya secara peribadi sangat berpuas hati dgn SIM Jogja ni. Syabas kpd Raden yg telah bekerja keras merancang dan melaksanakan SIM Jogja ini dgn jayanya.Syabas juga kpd ahli2 jawatan kuasa yg lain yg telah menyumbang tenaga dan idea masing masing.
Assalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour + Goa Pindul, Indrayanti (FULL BOARD / ALL IN)
1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)
11.15-11.45 airport
11.45-12.15 goto localresto
12.15-13.00 lunch
13.00-13.30 go to hotel c/in
13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
15.15-16.00 kasongan
16.00-16.30 goto parangtritis
16.30-17.30 parangtritis
17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
18.15-19.00 manding
19.00-19.30 go to local resto
19.30-20.00 dinner
20.00-20.30 drop hotel
2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)
08.00-09.30 go to borobudur
09.30-10.30 borobudur
10.30-11.30 goto local resto
11.30-12.00 lunch
12.00-13.00 go to lava tour merapi
13.00-14.30 lava tour merapi
14.30-15.30 menuju chocolate monggo
15.30-16.00 chocolate monggo
16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
16.15-17.00 masjid mataram kotagede
17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
18.00-18.30 menuju local resto
18.30-19.00 dinner
19.00-20.00 drop hotel
3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)
08.30-09.00 go to kraton
09.00-10.00 kraton
10.00-10.15 go to tamansari
10.15-11.30 tamansari
11.30-12.00 go to local resto
12.00-12.30 lunch
12.30-14.00 goto goa pindul
14.00-15.00 cave tubing goa pindul
15.00-16.00 goto indrayanti beach
16.00-17.00 indrayanti beach
17.00-18.00 goto bukit bintang
18.00-19.00 bukit bintang
19.00-19.30 dinner @bukit bintang
19.30-20.30 drop hotel
4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
tba c/out hotel
tba drop airport
Price start from: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb