Setiakawan Group telah pulang dari Setiakawan International Masters (SIM) Perth pada 10 Mei 2010. Group ini telah berada disana mulai 3 hingga 10 Mei. Setiba aje dari Perth dah kedengaran destinasi SIM berikutnya. Mengikut cerita dalam kapal terbang dah mula sebut sebut nak kemana lak. Kali ni tempat yang di pilih ialah Jogjakarta, Indonesia. Banyak lah pertimbangan yang diberi untuk ke Jogja. Sabelum ni pada 27 ke 30 Julai 2009 kami telah ke Soerabaya. Nampak nya Indonesia menjadi tempat kegemaran kumpulan kita.
Selain dari mendapati gelanggang golf yang menarik, Indonesia selalu dipilih kerana kos yang agak dalam kemampuan kita serta makanan tak menjadi masaalah.
Saperti biasa Convenor, Raden Hamzah Masood ( RHM) kita dari awal lagi telah mencanangkan rancangan SIM ini. Yang saya jelas ialah terma saperti 6D5N atau 5D4N, mula timbul semula. Itu kira nya package yang dirancangkan. Tambahan pula ada package untuk Couple, Single dan Twin Sharing. Untuk satu couple yang mengikuti package ini selama 6 hari dan 5 malam ialah sebanyak RM 2,640. Dah dimasuk sekali ialah ‘Green Fees’ untuk permainan sebanyak 4 kali, atau 3 hari kepada mereka yang mengambil package 5D4N. Ini tak termasuk tambang kapalterbang. Untuk urusan makan harian dikutip pula sebanyak RM 40 satu hari atau 95,000 Rupiah sekepala. Keseluruhan dikutip sebanyak RM 240 atau 570,000 sekepala untuk 6 hari disana. Wang ni diguna untuk pembayaran berkumpulan. Lebih memudahkan.
Ada dua jenis penerbangan. MAS atau Air Asia. Kadar tiket ni berbeza beza mengikut masa kita beli. Secara lazim nya, siapa yang beli awal mendapati kadar nya lebih murah. Dalam berbincang tentang penerbangan ni timbul lak penerbangan 1st class ( MAS ) dan economy (Air Asia). Mencelah pulak MJHim yang mengatakan bahawa semua airline adalah sama, Cuma, lapangan nya aje berlainan class. KLIA tu 1st class sementara LCCT tu economy class.
Mengikut ‘brochure’ edaran RHM, terdapat 3 kali pergerakan udara. Pada 24 Okt, Air Asia pada jam 0700 pagi dan MAS pada jam 0900. Pada 25 lak ada penerbanagan Air Asia pada jam 0700 jugak.
Jumlah yang menyertai rombongan kali ini ialah seramai 41 orang kesemua. Dari ini seramai 17 isteri. Memang ramai.
Acara golf kita dirancang di Merapi Golf Course dan di Borobodur International Golf & Country Club. Dua dua course ni memang terkenal.
Sebelum pergerakan ada juga dengar desas desus Gunung Merapi sedang bergelora.
Oleh kerana tak nengok peta, tak lah terlintas bahawa gunung ni dalam daerah Jogjakarta. Ada juga yang bertanya tentang ‘evacuation plan’. La nak kena evacuate lak. Tanpa saya sadari memang keadaan gunung Merapi membimbangkan. Tapi dah tempah tiket, duit package pun dah serah kepada RHM. Pilihan ialah kalau tak pegi hangus lah duit yang dah dibayar atau pun mengikuti sahaja harus pergerakan yang telah dirancang dengan harapan tidak apa apa yang akan berlaku. Tambahan pulak pada 25 Okt seramai 12 dirancang bermain di Merapi Golf Course.
Pergerakan kita ni kira ‘Tawakkal’ je.
Akan Bersambung.
Salam
Setiakawan Merantau Lagi
Letusan gunung berapi Merapi adalah takdir dan kekuasaan Ilahi.Tidak siapa yang dapat menghalang ketentuan ini.Sedih sekali apabila Mbah Marijan diberi kepercayaan dan dipercayai boleh menghalang letusan ini.Akhirnya beliau sendiri terkorban didalam abu Merapi yang membawa bahang panas sepanas 500 celcius.Alfatihah untuknya.
ReplyDeleteMerapi sebenarnya satu keindahan.Keindahan sebuah gunung yang sedang berasap dikelilingi oleh pohon pohon kehijauan yang sangat menarik.Tanahnya yang subur membuat tumbuhan sekeliling segar dan gebu menjadikan antara sebab utama mengapa kebanyakan penduduk setempat rela terus menetap disitu walau pun mengtahui bahaya yang mungkin menimpa mereka dan keluarga.Mungkin disitulah juga satu satunya tempat punca rezeki mereka.Alangkah sedihnya mereka telah menaruh penuh harapan dan kepercayaan kepada Mbah Marijan untuk melindungi mereka.Satu kepercayaan yang sia sia kesudahannya.
Kumpulan SETIAKAWAN yang mengunjungi Yogjakarta bernasib baik kerana dapat melihat keindahan Merapi dan sekelilingnya pada Ithnin 25 Okt yang lalu dengan bermain golf disitu satu hari sebelum letusan berlaku.Bersyukurlah kita diatas kurniaan Ilahi ini.Bukan semua orang mendapat kurniaan sebegini,hanya 'the choosen one' sahaja.
Cerita bagaimana kita bermain dan prestasi masing masing akan disimpulkan oleh saudara John dalam blog kita ok.
Salam hormat dari saya
MJHim
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteThank you, John, for posting this wonderful report.
Marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat bermain di Merapi Golf Club satu hari sebelum Gunung Merapi meletus, selamat berada di Jojakarta, bermain golf 4 hari berturut-turut ( the chosen ones ) dan selamat kembali ke KL.
Mani and I enjoyed the Jogja trip and I hope ALL participating Skawan members and wives have enjoyed as much as we did.
Salam kepada semua.
DNA