Wednesday, October 20, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ZARUL HAFIZH HAMZAH DENGAN NOR RUHAIDA HARON PADA 16 OKTOBER 2010

Hanya Raden yang boleh lakukannya; merayu, menggesa dan mengarah tetamu tetamunya untuk memakai Baju Melayu. Istimewa betul kawan kita ini.Calang calang orang tak berani buat begitu.Namun kita telah terimanya sebagai Raden yang sebegitu. Itulah kekuatan kita ahli SETIAKAWAN; sangat mengenali hatibudi kawan.
Maka pada Sabtu 16 Okt lepas boleh dikatakan hampir semua ahli SETIAKAWAN
menghadiri kenduri Raden dengan berpakaian Baju Melayu.





Syabas Raden. Hanya kawan kawan kita yang tak sempat basuh Baju Melayu mereka atau yang ada acara lain saja yang tidak memakai Baju Melayu. Munkin elok juga kita mengujudkan satu budaya sihat bagi kumpulan kita dengan memakai Baju Melayu pada upacara upacara tertentu khususnya semasa menghadiri kenduri kahwin kawan kawan kita.
Majlis Kenduri Perkahwinan Putra Raden Zarul Hafizh bersama isterinya Nor
Ruhaida bt Haron telah diadakan diDewan Komuniti TTDI.Sebelum itu,pada 10 Okt
mereka telah diijabkabul diMasjid Kg Baru HICOM Seksyen 26 Shah Alam.
Kenduri di Dewan Komuniti TTDI meriah sekali.Pengantin tiba pada pukul 2 dengan diiringi oleh pendekar dan hulubalang. Silat pulut pun dipersembahkan semasa kedua mempelai sedang bersanding. Riuhlah dewan bukan saja nak lihat pengantin bersanding tapi nak lihat langkah langkah silat pulut yang dipersembahkan.








Raden telah memberi keistimewaan kepada SETIAKAWAN





dengan
mengadakan bilik khas bagi ahli ahli kita. Dihidangkan pula kuih muih bersama kopi dan teh. Bukan itu saja, dijemput pula Dato Presidente dan Dato Vice Presidente dan serta beberapa ahli yang lain mewakili keluarganya menepong tawar Pengantin. Terima kasih Raden kerana menjadikan SETIAKAWAN sebahagian daripada keluarga anda.
Kehadiran SETIAKAWAN complete apabila Capt Yahaya muncul pada jam 4.30
petang. Difahamkan majlis tersebut hanya tamat pada jam 6.30 petang kerana kawan kawan Raden yang lain keep on coming walau pun waktu jemputan tamat pada jam 4.30 petang. Itu lah Raden seorang kawan yang banyak kawan dari semua lapisan masyarakat tapi baginya yang paling istimewa masih SETIAKAWAN.
Setiakawan also Salute Rosli Deli, Ramli Kinta, Hj Jamaluddin and their wives for giving close support to Raden by receiving and looking after Raden’s guests.

Kita semua berdoa akan kesejahteraan beliau dan semua keluarga serta anak
cucunya.
Tabek hormat untuk Raden dari semua SETIAKAWAN members.

Salam
Setiakawan Tambah Satu Lagi Menantu




2 comments:

  1. Dear John and all SETIAKAWAN members,

    Mohon maaf sebab gambar tak berapa terang.John kata tangan saya tak steady,munkin betul sebab itu golf tak banyak improve malah retorgrating tapi dia pun sama.Saya kata kamera yang dia pinjam kat saya perlu diganti baru, yang lebih canggih lah..sorrri

    Banyak juga gambar kawan kawan kita yang lain tak diambil.Bukan apa leka bersembang sampai terlupa tugas yang diberi oleh John kepada saya untuk ambil gambar supaya dapat beliau masuk dalam blog kita..jangan mareh..

    SETIAKAWAN adalah satu anugerah Tuhan kepada kita semua.Melalui SETIAKAWAN lah kita dapat beriteraksi dengan sehat,dapat bertanding,bersaing dan menunjukkan keterampilan masing masing dalam permainan golf.Sambil itu kita juga bergurau senda,menasihati,membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.Tanpa SETIAKAWAN kita akan bersendirian atau mencari kumpulan lain yang belum tentu sesuai atau serasi dengan kita.

    Marilah kita jaga semangat kesetiakawanan kita.Semoga kita terus berkawan dalam SETIAKAWAN.

    Salam hormat dari saya
    MJHim

    ReplyDelete
  2. Hi RHM dan Skawan Gang,

    Ucapan setinggi tahniah kepada RHM dan Puan Hajjah Marsuah kerana telah dianugerahkan seorang menantu. Kita semua doakan semoga Zarul dan Nor Ruhaida akan kekal abadi sehingga akhir hayat, insyaAllah.

    Tahniah kepada MJHim dan John kerana telah berusaha menjayakan posting ini.

    Saya dan Mani rasa bertuah kerana dijemput merenjis kedua-dua pengantin dan sangat GUMbira melihat ramai kawan-kawan Skawan dan isteri menghadiri majlis tersebut. Jelaslah RHM telah melakukan satu marketting yang berkesan kerana berjaya menarik ramai tetamu yang terdiri daripada pelbagai golongan.

    Salam kepada semua.
    DNA

    ReplyDelete