Jadi kebanyakan members memang telah berkeputusan untuk menghadiri majlis itu. DiTaman Keramat. Bagi saya dari PJ kira jauh lah, tapi tak dirisaukan kerana ada lebuhraya DUKE yang akan membawa kita hingga ke Jalan Ulu Klang. Cuma kena charge RM 2.00 je. Jemputan bermula jam 12.00 tengah hari. Majlis Bersanding jam 1.30 t/hari. Asal sampai sabelum time bersanding kira kita OK lah. Majlis Bersanding adalah acara kemuncak sesuatu majlis perkahwinan. Jadi pada lazim nya saya cuba sampai sabelum tu.
Bertolak dari rumah jam 12.30. Selalunya setengah jam sampailah keUlu Klang. Dua fakta tak ditimbangkan. Yang pertamanya hari itu hari Sabtu dan yang kedua masih banyak pergerakan kenderaan untuk memenuhi jemputan jemputan hari raya. Walau pun perjalanan diatas DUKE tu licin, tapi bila sampai keJalan Ulu Klang dah banyak kenderaan. Tersangkutlah kita. Patut belok kiri, ini belok kanan. Memang sesak. Kena U Turn untuk kasuk ke Lorong Enggang. Akhirnya sampai juga. Alhamdullilah.
Kami disambut oleh bapa penggantin Tuan Hj Rosli dengan satu tabik yang smart.
Kelihatan kedua dua mempelai sedang
Ada pakai rosette. Ahli jawatankuasa lah tu. BG Rahman Jabir dan isteri nya Rohayah juga pakai rosette. Pakai baju sedondon kelabu.
Saya sempat menjenguk penggantin di Meja Khas. Sempat
Selepas selesai saya kemeja ‘dessert’ untuk mendapatkan kuih.
Saya bergerak sekali lagi apabila pengantin bersanding.
Seronok berada dimajlis sedemikian. Selain dari bergembira kawan kita menerima menantu, kita bergembira bersama kawan kawan yang lain.
Dimeja lain kelihatan Dato Timbalan Presidente dan Datin. Kol Mutalib dan isteri Zuraidah dan ramai lagi. Bila dijemput tu mesti tahu bila nak pulang. Pabila dah agak reda sikit kami pun minta diri.
Kepada Hj Rosli Deli dan isteri Hjh Patimah Abd Razak bagi pehak semua members SetiakwanGolf diucapkan Terima Kasih. Daun Keladi. Tahniah menerima menantu. Mungkin dimasa masa akan datang sekali lagi tahniah menerima cucu lak. Kepada Khairil Razman dan Noor Sheila ‚
Salam.
SetiakawanGolf menerima menantu lagi.
Sdra KolJohn, baru malam ni dapat tenguk blog you.Good coverage. My son and daughter in law were extremely happy with the coverage. Tak sangka pulak group golf ayah ada blogger kata mereka. My wife pun happy tapi dia complain gambarnya tak ada.Anyway,thanks for the comprehensive coverage.Regards.Hj Rosli Deli.
ReplyDeleteTuan Hj Rosli,
ReplyDeleteTerima Kasih diatas komen saudara. Minta maaf kepada Mem Puan Hjh Patimah kerana tak masukkan gambar dia. Ingatkan dah ambik dah. Bila cari tahde lak. Kalau saudara ada gambar dia melalui cameraman yang lain, harap kirimkan kepada saya melaui setiakawangolf@gmail.com. Saya akan masukkan selepas ini.
Sekali lagi Tahniah mendapat menantu. Kedua dua mempelai memang 'Cantik'. Untuk mereka satu lagi lagu Cantik kali ini dari Ultimet.
Salam
Koljohn
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteSaya ucapkan tahniah kepada Hj. Rosli Deli dan Hjh. Patimah kerana telah dapat menantu baru. Sukacita dan besyukur kerana saya dan Mani dapat hadir khenduri dan menikmati hidangan minang yang amat istimewa. Tahniah Hj. Rosli Hjh Patimah dan kedua-dua mempelai.
Saya setuju laporan akhbar setiakawangolf sangat menarik dan ini memang kualiti tinggi hasil usaha John Hamzah. Saya simpati gambar Hjh.Patimah tak ada lansung, agaknya John sedang berusaha memasuki gambar Hajjah dan gambar saya jugak, kut!
Saya masih menunggu kedudukan mata SEGOY untuk bulan Oktober 2010, mungkin Panglima Handicap dan John sedang berusaha gigih.
Salam kepada semua.
See you at Nilai Spring GC this Wed, 13 OCt 2010.
DNA
Assalamulaikum Tn Hj Rosli Deli yg pernah berkhidmat di London in the mid 80s? Kenal dgn Darmi ?
ReplyDelete