Keputusan untuk bermain di Bukit Unggul kali ni dipengaruhi oleh, dah lama kita tak bermain disana dan sebab satu lagi adalah jemputan kawan kita Mej Sardon untuk berhari raya dirumah nya selepas bermain golf. Bermakna kena pilih main kat Bkt Unggul lah nampak nya.
Mengikut senarai, seramai xx members dapat bermain. Saya bermain satu flight dengan Dato Presidente, Dato Tairobi dan Kol Mutalib. Saya partner Dato Tairobi. Kita mula dari Lubang 10. Pukulan saya masih berterabur. Kena main celah fairway yang dikorek oleh babi hutan. Par 5 dan saya dapat 9. Bad start.. Dato Presidente kita nampaknya kukuh. Kol Mutalib walau pun tak baik pada sembilan lubang pertama mula menunjukkan taring di sembilan lubang kedua. Tapi orang dah T lama kelamaan tenaga tu berkurangan lah hinggakan menjejas match play kami.
Akhir akhir nya partnership saya dengan Dato Tairobi baik sikit. Jadi kita punya 3-1-1 tu kami menerima habuan nya.
Nak pegi rumah orang ni kena bertertib sikit. Kenalah mandi dan make up sikit. Lagi pun isteri isteri pun dijemput sekali. Saya pun terpaksa mandi. Selesai dikelab, saya dan Dato Tairobi pergi ke rumah Mej Sardon;
Banyak dah sampai dan dah mula pun menjamu selera. Kaum ibu pun dah ada. Setelah bertegur sapa, saya pun kemeja hidangan. Hidangan yang pertama kelihatan ialah laksa Johor. Kita orang Johor, memang jatuh hati lah kat makanan tu. Ada hidangan lain saperti nasi beriani, kambing, satay dan hidangan bersup. Tapi saya tuju kelaksa Johor. Tambah pulak tu. Kelihatan juga Dato K dan Datin Midah disana. Dia tak main sebab wiring belakang belum diperbetulkan lagi tapi dia masih hadir. Good of You Squad. Macam tu lah Setiakawan. .
Memang sedap memang lazat. Saya rasa Mrs Sardon sudah tentu bersusah payah untuk menyediakan nya. Dicelah tu saya rasa ada juga yang membawa hidangan tambahan saperti kueh mueh.
Selesai makan, acara pembahgian hadiah lak. Sabelum tu Dato K telah memberi penerangan berkaitan SIM kita keJogjakarta mulai 24 hingga 29 Oktober ni. Bertanding lagi kita.
RK mengambil alih untuk pembahgian hadiah. Keputusan nya adalah sapert dipamirkan dibawah ini:
Champion kita pada hari itu ialah Kol Mutalib. Deputy Champion ialah DNA. Dah lama dia tak menerima apa apa. Saya rasa high time lah dia terima tepukan. Partner saya Dato Tairobi pun terima nombor 4 A Medal. Itu main pakai cermin mata hitam tu macam Jose Feliciano lak. Kalau tak pakai nanti lagi terra lah dia. Hj Rosli Deli pun, kebelakangan ni memang menyerlah. Celah celah kahwinkan anak lak. Memang Mr Cool lah dia.
Selesai acara
penyampaian hadiah kita pun beredar. Terima Kasih saya ucapkan kepada Mej Sardon dan isteri.
Semoga diberkati Allah sentiasa dan murah rezeki. Dari kami ‘Daun Keladi’.
Salam
Setiakawan Berterima Kasih Kepada Mej Sardon dan Isteri
ps: Sory posting cerita ni lambat. Hilang Folder. Lepas ni ada beberapa cerita lagi. Ikuti lah blog kita ni.
Saya diperkenalkan kepada penyanyi ni dan lagu nya oleh Dato Tairobi. Mengikut dia ini lagu Croatia yang membantu menyatukan rakyat semasa ketegangan peperangan dulu. Kawan kita tu dulu Chief Observer UN kat sana . Tak de lagu P Ramli kena lah suka kat lagu Oliver Dragojevic. Mungkin dia boleh cerita sikit tentang perkara ni.
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteI am glad John is back after "taking 5" for quite sometime due to his heavy schedules which I much understand.
I am glad to see the skawangolf group response to Bukit Unggul's call was tremendous and I was most happy to return to my golfing mood after the Ramadhan! Playing against Ce Gu Nasir, previous week's winner, Mike Weir and Radin was a challenge; returning with nett 73 and Deputy Champion standing was an exciting achievement! Mudah mudahan ini menjadi satu persiadaan yang baik untuk SIM diYogYakarta .
"Thank you" to Sadon Kaprawi and Mas for hosting a super lunch at their residence. Mani and I enjoyed the beryani gam/kambing and the many tasty dishes which I hope members and their wives, too, enjoyed as much as we did. Doa kami semoga bertambah lagi rezeki kawan kita Sadon.
Salam.
DNA