Saturday, November 6, 2010

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – JOGJAKARTA 25-29 OKTOBER 2010


HARI DUA 25 OKT 2010
Bermain Golf Di Merapi Golf Course

Pagi pagi lagi kami dah berkumpul. Dua belas golfers. Semua nya bersedia mencuba gelangang golf diJogjakarta. Terutamanya diMerapi Golf Course. Pada masa tu keadaan gelora Gunung Merapi tak kami hayati sepenuh nya dan juga tak bagitu pasti jarak sebenar gelanggang golf dari gunung tu. Jam 0630 pagi dah berkumpul. Hari dah cerah dah. Dalam bas Saudara Nazri membuat beberapa pengumuman tentang kegiatan kita hari tu. Dato K telah menerangkan tentang system of play termasuk kutipan IRP 50,000 sebagai pool.






Siapa bermain baik akan memenangi hadiah berupa wang tunai. Kira nya kita semua bermain ‘blind’, kerana takde siapa pernah bermain disitu.
Sedang seronok menuju keMerapi, ada sekatan jalan. Sekatan oleh Polis yang memaklumkan bahawa tiada sesiapa dibenarkan memasuki kawasan itu. Lahh. Datang jauh jauh tak kan tak de chan main disana. Berjumpa lah wakil kita Nazri dan RHM dengan Pak Polisi tu. Kita memujuk. Talipon ke kelab, minta pengurus kelab pengaruhi keadaan. Dari dalam bas saya selalu nampak pak polisi mengeleng kepala je. Rosak rancangan. Tapi apabila mereka naik keatas bas kami dimaklumkan bahawa kita dibenarkan ke gelanggang golf aje. Legaa.
Dikelab, kami semua bersiap untuk bermain. Tangkap gambar sikit. Kebanyakan nya berlatarbelakangkan gunung Merapi. Terdengar Tan Sri Saroji bertanya MJHim, jarak ke gunung tu. MJHim menjawab dalam 10 kilometer (anggaran jarak Askar Melayu). Tan Sri Ahmad Saroji lak mencelah dan berkata, ‚’no, closer than that. I think its about 8 kilometres’ (anggaran jarak TUDM).
Lain rasa nya bermain di gelanggang yang mendapat tenungan gunung yang sedang membara.








Terdapat juga pemerhati dari pihak pemerintah digelanggang disitu. Dalam hati – serious juga ni. Gelanggang nya cantik dan ‘challenging’. Saperti Kol Razaki kata ‘ada character’. Dari orang yang design gelanggang ni kita kira ‘ada character’ lah tu. Tapi saya bermain masih berterabur. Kita terus bermain sampai selesai.
Diclubhouse, kita makan tengah hari dan diikuti oleh acara penyampaian ‚Pool Money’. Saperti biasa RK mengambil alih. Pemenang nya ialah saperti dibawah:
Kita bertolak dari Merapi Golf Course lebih kurang jam 3.00 petang. Pada jam 5.00 petang Gunung Merapi meletup. Phewww!





Aktibiti Kaum Ibu Setiakawan.

Mengikut program, kaum ibu kita bercantum dengan kumpulan yang tiba dari Kuala Lumpur (Rear Party) dan mengikuti program City Tour dan membeli belah. Mengikut cerita banyak yang mengambil kesempatan melihat tempat tempat pelancongan Jogja dan juga membeli belah. Cerita yang saya dengar ialah membeli barang kulit.
Makan Malam
Kali ni kita dah bercantum dengan Rear party dan keseluruhan 41 ahli dan isteri bergerak ke Restoran Pari Pari. Specialti restoran ni ialah seafood. Kesemua nya members kita di 6 meja. Jadi kita order 6 hidang. Kerapu merah stim, baronan bakar kicap, kakaktua saos pedas gurih, kerang batik saos padang, telor goring, baby kalian, taugeh ikan asin dan nasi putih. Sambel, macam macam. Air pun macam macam. Walau pun secara am nya mengenyangkan tetapi ada juga yang menegur tentang quality masakan nya.









Selain dari tu organization nya kurang teliti. Lauk dihidang tak selari. Ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang.







Takde Supervisor (macam kapten lah) yang mengarahkan operasi hidangan. Dari segi KPI restoran ni dapat 2 per 10 je.
Bil keseluruhan ialah IRP 2,981,000. Dengan tip kami membayar IRP 3,020,000. Sekepala lebih kurang IRP 73,658 atau RM 29.
Kita pulang kehotel untuk berehat.

Salam
Setiakawan dah 2 hari diJogja.

2 comments:

  1. Sudah 2 hari saya coba buat komen tapi tak berjaya menghantarnya. ada poblem dgn email add dan password. Saya dah buat yg lain dan harap2 ok. Ini kira2 test lah ni

    ReplyDelete
  2. OK dah boleh dah.

    Mula2 saya nak panjatkan kesyukuran kerana kita semua selamat kembali dari SIM Jogja. Ini termasuklah sahabat kita Razaki yg tinggal 2 hari lebih dpd kita semua. Ceritanya dia sempat terkena debu gunung merapi yg ditiup angin ke kota jogja sampaikan tak boleh keluar bilik hotel. Alhamdulillah dia pun dah balik.

    Di sini saya nak ucap SYABAS kpd RHM yg telah berjaya merancang dan melaksanakan SIM Jogja dgn sangat baik sekali. Well done bro. Belum pun sempat hilang penat Jogja, dah kena rancang SENAT pulak.

    Permainan golf saya sekarang...malas nak story. gross 105, 102 dan 98...tak boleh dibanggakan sangat. namun atas semangat SETIAKAWAN saya akan terus berjuang.

    Rabu ni tak boleh main sebab kena attend wedding saudara isteri di Jakarta. Midah ni 3rd generation minang. Masih ramai saudara mara di seberang.

    ReplyDelete