SENAT 3/2010 HARI DUA
Selesai bersarapan diBilik Rajawali, peserta telah berkumpul dikawasan Golf Registration untuk memulakan SENAT 3/2010 Hari Dua. Flight List telah pun dimaklum pada malam sabelum tu. Cuma yang perlu ialah mendapatkan buggy dan yang mana sempat
menempah caddy masing masing. Saya dapat saorang melalui usaha Mej Anuar. Flight kami ialah MJHim, Dato Johar Murad dan Kol Mutalib. Kelihatan juga Dato Murad membawa paket plastic dengan pisang untuk diagih kepada semua peserta.. Murah nya hati dia. Dah lah menyumbangkan air mineral, ini pisang lak. Sempat juga menyaksikan flight Dol Ngajis tee off diLubang 1. Macam biasa dia riuh. Nak panggil dia murai tak juga, tapi dia Jawa yang suka bercakap.
Kita mula dari Lubang 10. Par 4.
Sempat bergambar. Kita tak biasa dengan course ni jadi terasa kekok sikit. Tambah pulak nampak kesempitan nya. Mat Salleh kata ‘tight’. ?. Maklumlah bermain dilembah. Lembab lak. Banyak dogleg lak. Ada juga double dogleg. Banyak korna lah kita. Suasana dan pemadangan memang cantik. Forna dan Fiona nya memang mencermin keindahan kehijauan hutan kita. Nampak monyet, Nampak berok jugak, Mengikut caddy kami, Wahyu, orang utan pun ada. Itu saya tak boleh pastikan. Setahu saya yang ada diSabah terutamanya diSepiluk atau diBukit Merah Perak. Yang ini konon nya ‘in the wild’. Mungkin ada members yang mengetahui hal ini.
Bermain di course sebagini kena bawak banyak bola. Kemungkinan bola masuk hutan atau curam ada lah besar. Nak cuba mencari dan mendapatkan nya balek adalah tipis. Saya hilang 2 biji. Itu saya kira sikit je.
Ada yang hilang lebih.
Menjadi kebangaan kalau tak hilang bola langsung. Itu sengsara nya bermain
discourse ini. Kawan saya sepanjang jalan merungut bahawa dia ‘tak enjoy main course ni’. Rupanya Vice President kita pun ada menerima SMS merungut perkara yang sama. Kalau mengikut jumlah rungutan tu, nampaknya Awana tidak akan menjadi ‘venue’ kita untuk masa masa akan datang. Yang ada pujian pun tentang suasana sejuk semasa tee off je.
Keputusan pada Hari 2 adalah saperti dibawah:
Keputusan keseluruhan kenalah bersabar sikit.
Kita selesai jam 1.30, balik kebilik, berkemas dan check out terus. Kita telah diberi kemudahan ‘late check out’. Selepas checkout kita keRuang Bilik Melor untuk acara makan tengah hari dan penyampaian hadiah.
Salam
Setiakawan selesai bertanding SENAT 3/2010
No comments:
Post a Comment