Tuesday, February 1, 2011

SETIAKAWAN ANNUAL CHAMPIONSHIP –SACHA DAN SETIAKAWAN GOLFER OF THE YEAR – SEGOY. PADA 26 JANUARY 2011 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Pada jam 2.00 members mula memasuki Bilik Buffet Staffield Golf Resort. Kepenatan dan lapar. Hidangan dah dihidang ala ‘Buffet’. Jadi, members mengambil makanan dalam masa sendiri.







Celah celah tu, berbual menanya score, mengira score dalam flights – itu kepada mereka yang ada 3-1-1. Suasana meriah. Saya tertanya Tanya siapa yang akan menjuarai SACHA dan siapa pulak SEGOY. Itu kena tunggu DaTaRaz.
Dalam jam 2.30 petang, Kol Ramli Kinta kehadapan untuk mengacarakan Majlis Penyampaian Hadiah. Kita mulakan dengan ucapan oleh Dato Presidente, Dato Ghani Abdullah.
Antara lain Dato Presidente telah:
a. Mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menyertai acara tahun SETIAKAWAN termasuk beberapa tetamu saperti Dato Zubir, Dato Mokhtar, Kapt Amri dan Saudara Alinar.
b. Merasa kesal diatas kekurangan caddy yang sepatutnya diadakan kepada tiap tiap flight. Oleh sebab beberapa caddy telah di ‘hijack’ maka sebab itu lah terdapat kekurangan caddy.
c. Mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pada hari itu.
d. Mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur diatas melaksanakan satu pertandingan penting dengan jaya nya.
Seterusnya upacara penyampaian hadiah. Keputusan ada lah saperti dipamirkan:


Hari tu, Hj Rahim Kassim memang terra. Dia dapat net 65. 7 under. Sampai kopiah pun tinggal. Pencapaian nya keseluruhan adalah nombor 1, tetapi oleh sebab dia diranking no 12 dengan 2800 points pada awal pertandingan dan mendapat 5000 points sebagai nombor 1berjumlah 7800 points. Tak cukup untuk jadi juara SEGOY. Dia hanya menduduki no 4. Jadi dia telah menjadi Champion SACHA 2010. Saya kira tahun 2011 ini bermula dengan tahun orang kidal. Selepas Hj Rahim, Bubba Watson lak jadi champion Farmers Insurance di La Jolla, California pada 31 Jan 2011. Phil Mickelson nombor 2 lak. Well Done Ji.
Yang lain. Patron kita, TSHM kedudukan kedua dengan net 69. Peserta SEGOY (Ranking No 4), Kol Ramli Kinta hanya di No 3 dengan net 70. Champion PRESTRO 2009, BG Rahman Jabir juga di net 70. Champion SACHA 2009, Dato Yunus Long tak dapat mengulangi pencapaian nya tahun lepas dan hanya mampu dengan net 74 je. Bagitu juga Champion SENAT 3/2010, Dato Malek Shahar, hanya net 74. Champion PRESTRO 2010, Dato Mohd Isa Hassan mendapati net 75. Di PRESTRO dia dapat net 67. Gitu lah Golf. Ranking pertama SEGOY, Kol Mutalib Salleh hanya mendapati net 75. Terlalu berhati hati kote. SEGOY Ranking No 2, Dato Amin Salleh hanya dengan net 79. Stroke nya yang baru tak menjadi nampak nya. Bagitu juga SEGOY Ranking No 3, Mej Rustam Ramli juga 79. Ranking No 5 Tan Sri Nik Ismail, macam saya lak – net 80.
Salam.
Setiakawan Dah Selesai SACHA dan SEGOY dah.

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua AJK Skawan Golf yang telah memberi bermacam rupa sumbangan untuk menjayakan SACHA dan SEGOY 2010. Saya kira pertandingan tahun ini diatur rapi dan dilaksana
    dengan baik. Tahniah kepada Kol Mutalib dan Hj. Rahim kerana telah berjaya menjadi Johan SEGOY dan SACHA. Tahniah juga kepada semua yang berani hadir dan bertarung dalam SEGOY dan SACHA.

    Tahun ini kita ada selitkan "bacaan doa" sebelum kita mulakan pertandingan... kalah Malaysia Open! Kalau kita semua halusi dan ambil iktibar isi kandungan doa yang dipimpin oleh TSHM, khususnya mengenai Sunah Rasul tentang kawan dan setiakawan, kita semua boleh berterusan bersetiakawan dengan aman, isyaAllah.

    Disebalik semua kesempurnaan ada juga beberapa ahli yang berbisik-bisik kepada saya betapa kurang selesa mereka menerima tamu-tamu pertama kali di hari pertandingan! Tentu sekali mereka ini ada sebab-sebab yang menasabah yang patut kita bincang dan membuat keputusan untuk semua pertandingan skawan golf pada masa hadapan.

    Happy Golfing to ALL.

    DNA

    ReplyDelete