Friday, February 25, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DITASIK PUTRI GCC PADA 23 FEBRUARI 2011





Mengikut SMS RHM pada malam 22 Feb, Got 8 full flights. Kali ni 32 pemain kurang sikit dari diNilai Spring pada minggu sabelum ni. Tapi masih ramai. RM 110 termasuk sarapan dan makan tengah hari. Caddy tanggung sendiri. Bulls Eye tambah RM10. Mengikut RHM The rollover untuk Bulls Eye ialah RM 960. Kalau dicampur dengan kutipan pada hari tu kalau 30 orang masuk, tolak 30% jumlah nya ialah RM 1170 ( 960+ (300-90))Dah besar jumlah Bulls Eye kita. Tertarik juga. Kalau tak masuk, selamat RM 10 tetapi hilang peluang memenangi RM 1170. Nampak nya terpaksa masuk.
Sampai diclubhouse, tak kelihatan pun member Setiakawan. Nampak juga beberapa golfers yang tak dikenali. Dalam hati, ini mungkin member baru. Rupanya kita bersarapan di Bilik Puteri. Dewan ni dikhaskan untuk Setiakawan. Sarapan yang tersedia ialah nasi lemak.
Ada tambahan rendang ayam. Berlainan sikit dari KGSAAS dahulu. Disitu breakfast Mat Salleh. DiTPGCC ni typical Malaysian breakfast. Sempat juga diperkenalkan kepada Pengiran Kamarul.
Dia dikenalkan oleh Dato Shafiee. Dato ni pun lama menghilang. Banyak berada diBrunei kot.
Lapan flight, 4 diFirst Nine dan 4 di Second Nine. Saya digandingkan dengan Tan Sri Nik Ismail ( 8 ), Dato Amiruddin (10) dan Rosli Deli ( 24). Bagus juga bermain dengan low handicapper ni. Kurang kurang nya kita boleh pelajari dari kebolehan mereka.








Partnership pun senang. High and Low. Saya partner Dato Amiruddin. Kebelakangan kelihatan Dato Amir ni dah bermain ditahap lama nya.
Memang baik. Tan Sri Nik pula claim sakit belakang. Dia ada pakai macam corset. Kira nya cedara lah dia. Kalau main tak bagus adalah excuse. Nampak pukul kuat juga. Dia dengan Dato Amir tu bersilih ganti pukulan jauh. Saya dan Rosli Deli ikut dari belakang je. Macam Rear Party lah. Flight depan kami ialah DNA, Pengiran Kamarul, BG Rahman J dan Dato Shafiee, sementara flight



dibelakang ialah Dato Mohd Isa, Kol Abdullah Khir, Capt Rashid dan Kol Shahidan. Flight ni memang yang kukuh. Terra tera semua.
Cuaca elok (tak hujan lah tu walau pun panas terik) tetapi keadaan course nampak kurang kemas. Diatas green terutama nya berpasir. Tahu lah ini untuk memantapkan green green tu tapi ia menggangu putting kita. Tak ‘smooth’. Saya jangka akan memakan masa sikit untuk keadaan pulih. Lubang untuk Bulls Eye ialah diLubang 14, 2nd Nine. Lubang yang perlu melintasi air. 145 meter. Dilubang tu saya dan Dato Amir dapat memukul bola keatas green, tapi tak kesampaian
kegarisan Bulls Eye. Apa bila sampai ke green bila disemak, dah ada satu nama. Nampaknya tak dapat lah kami RM 1170 tu.
Kebelakangan ni makin bertambah penyertaan members kita. Bagus lah tu. Nampaknya permainan Setiakawan pada tiap tiap hari Rabu dapat menarik pengemar golf.
DiHalfway Hut antara Lubang 1 dan Lubang 10, terjumpa dengan Flight No 6.
Kami dimaklumkan ada sorang lagi mendapati Bulls Eye tu. Nampaknya kena bagi 2 lah kumpulan wang tu. Berconggak sikit. RM 1170 bagi 2, jadi RM 585 sorang. Walau pun terlepas peluang dalam hati saya ucapkan tahniah. Kurang kurang nya tak perlu menunggu pemenang lagi. Dah ada dah. Untuk Bulls Eye, kena mula baru lah Nampak nya.
Selesai bermain, kami mandi dan bersiap untuk makan. Tempat makan masih di Puteri Hall.
Hidangan kita ialah nasi goring, mee hoon goring dan kari ayam. Simple je.
Tak mahu comment sangat tentang menu makan sebab nak murah dan simple maka itu lah kita dapat.

Pembahgian hadiah di acarakan oleh Ramli Kinta, macam biasa. Pemenang pemenang pada hari tu adalah saperti dipamirkan.

Champion pada hari tu ialah Kol Affendi Mustapha. Wah dah menyerlah kembali dia. Nett 65, 7 under. Dua minggu lepas apabila dia muncul setelah sekian lama menghilang, dia ada menyebut – ‘I Have Returned’. Bunyi lebih kurang macam Mac Arthur je. Dan terbukti – ‘he has returned – to his winning ways’. Dia pernah menjuarai Setiakawan Annual Championship pada tahun 2006 dulu. Well Done Saudara. Hadiah, selain dari RM 50 yang dimenangi nya ialah ‘Potong 3 Stroke’. Sekarang bermain di handicap 18 lak. Deputy Champion kita ialah Captain kita, Dato Nawi Alias. Main net 68, 4 under. Dapat juga hadiah. Potong 2 stroke. Baru nak lega bermain handicap 15, dah kena turun ke 13 lak. Mengeloh lagi nampak nya. Tapi kalau bermain standard ni handicap 13 tak de masaalah. Afterall on a gross 83 it would still be an under game at net 70. Mudah mudahan kekal. Ada 2 pemain lagi kena potong handicap. Sorang tu member lama kita Dato Yunus Long, kena potong satu stroke. Sorang lagi, member baru kita dari Brunei.

Starting bermain di handicap 13, dah kena main handicap 12 lak bila kita berjumpa lagi. Tak pe Pengiran, handicap baru ni untuk permainan dengan kami diSetiakawan je. Pulang ke Brunei nanti, boleh lah bermain handicap 13 semula. Anyway Selamat datang dari kami dan mudah mudahan ada peluang bermain sekali pada masa akan datang. Kali ni semua pemenang hadiah bermain under. Memang terra lah Setiakawan members ni. Course bukan lah mudah sangat. Lain kali kita cuba 3rd Nine lak. Boleh dapat keputusan sama tak.




























Tak di masukkan sekali ialah pemenang Bulls Eye pada hari tu ialah Dato Yunus Long.

Tahniah Dato. You are now RM 1170 richer.
Kita selesai dalam jam 3.30 petang dengan janji akan berjumpa lagi pada 02 Mac nanti. Sementara tu berlatih lah kuat kuat.
Salam.
Setiakawan bersiap Untuk ke SENAT di Johor lak.

No comments:

Post a Comment