Thursday, February 3, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DIBUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB PADA 02 FEBRUARI 2011





Seminggu selepas Pertandingan Kejohanan SACHA dan SEGOY, kita telah berjumpa lagi untuk permainan mingguan kita. Kali ni diBukit Unggul Country Club. Kebelakangan ni, kerap juga kita kesana. Antara fakta yang diambil kira ialah kos yang agak kurang dari yang lain. Tambahan caddy mencukupi. Senior citizens bayar RM100 je. Ada hikmah nya orang tua ni.
Mengikut RHM, pada petang Selasa jam 1800, ‘Got 8 flights. 1 caddy perflight. Breakfast catered for. Lunch diRumah Mej Saadon.’ OK tu. Saadon ni bila kita diBukit Unggul je dia akan jemput kerumah untuk lunch. Naik segan lak nak main diNukit Unggul nanti dia kata kita nak lunch free je.
So kita pun bermain lah. Kali ni Convenor meletakkan saya dengan handicap 24 semua. Dia kata lebih senang. Tak yah bagi stroke kalau ada 3-1-1. So Dato Presidente,
Dato Khairuddin,









saya dan Kol Tengku Ismit (bila lak dia main 24 ni? Ingatkan 19). Saya partner Dato Presidente. Kira kira dia carry saya lah. Akhir permainan kami kalah 2 biji bola.








Selesai minum, mandi dan makeup, kita ke rumah Mej Saadon. Apabila dah ramai sampai, Mej Saadon berucap sikit. Rupanya Birthday dia jatuh 2 hari lagi. Maknanya 4 Feb lah. Umur? Dah menjangkau 61 tahun. Tua dah Wak. Anyway daripada kami semua ‘Happy Birthday’ semoga banyak lagi birthday yang akan disambut. Patron kita Tan Sri Hashim Meon, mengetuai bacaan doa untuk kesjahteraan dan kesihatan Saadon dan keluarga.
Kita nyanyi lagu Happy Birthday kepada dia. Ada birthday cake. BlackForest Stawberry. Itu kita dapat selepas makan.
Seterusnya kita dijemput menjamu selera. Lauk yang saya tuju ialah asam pedas. Orang Johor memang tak boleh tinggal laut tu. Kita makan samaada dalam rumah (sejuk aircond) atau diluar.
Memang menyelerakan. Tengah hari, penat bermain golf, nasi panas, lauk bermacam, diiringi oleh angin sepoi sepoi bahasa. Alhamdullillah.
Selesai makan kita kedalam rumah lak untuk acara penyampaian hadiah. Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan:









Selesai penyampaian hadiah, AJK bermesyuarat. Dipengerusikan oleh Dato Presidente. Bebrapa perkara yang dibincangkan termasuk kelayakan penyertaan dalam satu satu pertandingan itu. Keputusan keputusan yang dicapai hari itu akan dimaklumkan members oleh Vice Captain melalui blog ini dalam sadikit masa lagi. Kita selesai dalam jam 4.00 petang dengan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada Saadon dan isteri. Terima Kasih Daun Keladi …..
Salam
Setiakawan Terus Bergiat Untuk Kawan Dalam Bidang Golf.

2 comments:

  1. Gong Xi Fa Cai to ALL our Chinese friends.

    We thank John for the quick posting of yesterday's skawan golf outing result. Thanks and well done John.
    Congratulations to Dato Roslan for becoming this week's champion. This new member seems to be winning most of the weekly games.....Watch this guy when you play with him, I mean....his handicap in particular!
    We thank Maj Saadon and Mas for hosting the lunch. Congratulations Maj Saadon, 61 is not too old when you can still drive more than 200 metres with your driver! Semoga Allah SNW panjangkan umur dan murah lagi rezeki, insyaAllah.
    I played with SEGOY Champion, Kol Mutalib, Patron TSHM and skawan newcomer, Laksma Dato Noor Azman. I was delighted to try my new revised handicap (15) which I must thank Panglima Handicap, Dato Amin, for being very generous to award me with one stroke after having waited for more than 18 months! Though I returned with net 73 to become A medal Deputy Champion I was very happy with my overall performance to win all the "sixes" in my flight( more than enough to pay the caddy and the toll! )

    See you again next Wednesday, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Kawan kawan sekelian,

    Mula mula nak ucap tahniah kpd DNA dan Presidente sebab menang dlm kategori masing2.

    Happy Birthday to Wak Saadon.

    Apa pasal Johan SEGOY tak menang? Kalau tidak tiap2 minggu tak pernah miss dapat duit.

    Nampaknya hcap baru dah keluar tapi tak diposting lagi dalam blog. Harap2 hcap saya naik sampai 18.

    Last week main kat Royale Jakarta. Hancusss...gross 102 playing from white tee.

    Jumpa rabu ni di KGSASS

    ReplyDelete