Tuesday, February 22, 2011
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DINILAI SPRING PADA 16 FEBRUARI 2011
Mengikut SMS RHM pada malam 15 Feb, Sir Got 9 full flights. Wah 36 pemain pada hari tu. Kebelakangan ni makin bertambah penyertaan members kita. Bagus lah tu. Nampaknya permainan Setiakawan pada tiap tiap hari Rabu dapat menarik pengemar golf. Kalau nengok senarai terdapat member baru. Satu ialah Razak Yahya. Dia diperkenalkan oleh Kol Affendi Mustapha.
Senang kenal sebab ‘introducer’ mengenalkan kepada kebanyakan kami semasa bersarapan. Terdapat juga nama baru, Rahman The. Saya harap betul ejaan nama nya. Kalau silap mintak maaf lah Saudara Rahman.
Nilai Spring memang satu daripada course yang kita suka. Kali ini disarapan telah dimaklumkan lebih awal lagi, sarapan tanggung sendiri. Kita membayar kepada RHM RM 110 dan saya tambah RM 10 lagi untuk Bulls’ Eye. Pada masa tu kalau dapat Bulls’ Eye sekurang kurang nya RM 890. Itu belum masuk kutipan pada hari tu. Saya menconggak, kalau 30 members menyertai, RM 300. Tolak 30% untuk kelab, masih ada RM 210. Campur RM 890 jadi RM 1100. Wah banyak tu. Siapa sahaja yang menyertai layak menangi jumlah itu. Dalam hati, mesti cuba sebaik mungkin.
Kita bermain diMango dan di Pines.
Island Nine tutup. Lima flight bermula di Mango Nine dan empat di Pine. Mango Nine ni, starting starting je, kena jangkau parit. Jauh lak. DiPine pun bagitu, tapi parit nya jauh. Tak mungkin sampai, melainkan mungkin Capt Rashid kita. Celah celah bermain tu Nampak juga flight yang lain. Seronok bila kita bermain ‘amongst friends’. Saya satu flight dengan Tan Sri Hashim Meon (19),
Dato Khairuddin (24) dan Mej Sardon K (18). Saya 24, partner dengan Mej Sardon. Kira Johor lawan Negri Sembilan. Mencabar juga.
Kami selesai bermain pada jam 1.15 lebih kurang.
Makan Tengah Hari diatur di Mc Donald diNilai.
Ingatkan nak tukar selera, rupanya restoran yang selalu pegi tutup disebabkan kematian tuan punya kedai malam sabelum tu. Terpaksa lah kita berpuas dengan double cheese burger, chicken nugget, fries dan minuman. Ok juga lah tu. Yang elok nya, kita dapat bilik yang dikhaskan pada kita.
Senang lah sikit untuk berucap dan acra pembahgian hadiah. Selesai makan Ramli Kinta pun mengacarakan acara itu. Pemenang pada hari itu adalah saperti dipamirkan:
Nampaknya Mohd Nazri menyerlah lagi. Minggu lepas dia champion, minggu ini dia champion lagi. Memang terra dia. Dato Amirrudin ialah Deputy Champion. Nampaknya dia dah mula timbul semula dan memenangi hadiah. Member baru Razak Yahya champion B medal. Ini kita kena tengok handicap dia sekali lagi. Tapi dia net 72. Par golf. Kira OK lah tu. Kepada yang menang kami ucapkan Tahniah..
Walau pun kita patut ada 9 full flight, iaitu 36 pemain, rupanya ada yang menarik diri pada saat saat akhir. Penarikan sedemikian menyukarkan Convenor yang perlu mengubahsuai, terutamanya bayaran yang perlu ditanggung oleh sebab kekurangan saorang pemain tu.
Bermakna kita membayar untuk satu flight tapi hanya 3 orang bermain. Bayaran tambahan terpaksa ditanggung oleh members lain. Lagi pun, flight tu kurang satu pemain. Kalau dimaklumkan lebih awal, mungkin boleh cari ganti. Kurang seronok lah.
Salam.
Setikawan Ke Tasik Putri Lak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rasa lama betul saya tak ke Nilai Spring GC, fairways, greens dan rupa caddie-caddie pun dah lupa!
ReplyDeleteTengok gambar flight no.2 dan 3, pemain-pemain hehat-hebat belaka! Permainan bagaimana?
Saya digandingkan dengan "policeman" Baha (21) melawan Cik Gu Nasir dan Ibrahim (kedua-dua 18)
berasakan "high & low". Saya yang umur paling
"senior" tetapi kena beri stroke kepada semua...
aduuuh!
I played very well until the 9th hole ( mango-index 1 ) with 3 over gross. I shot a double par (8) at the 9th and eliminated any possible chance of winning!
We lost the front 9 and we doubled the second. At the 17th and 18th holes, my policeman partner finally became very aggressive, won the last two holes to take Cik Gu Nasir's and Ibrahim's money!
Saya percaya John mesti rasa amat sunyi sebab tiada kawan-kawan Skawan yang respon terhadap usaha beliau. Hi, Where is Dr. Khalil??
Salam kepada semua. Jumpa lagi selepas 11 Mac 2011, insyaAllah.
DNA
Di Nilai Spring saya naik satu buggy dengan Raden.Sebaik saja saya naik buggy dia tanya `apa kata kita take on the giant Dato`.Giant tu ialah oponent yang terra daripada kamilah.Sorang tu giant kurus hcap 16,baru jadi champion,Hj Rahim dan seorang lagi memang terra betul,selalu naik pentas ambil hadiah,biasa jadi champion juga,hcap 14;Ramli Kinta.Tentulah saya terima cadangan tersebut kerena kami akan dapat banyak stroke.
ReplyDeleteBila kita mula main nampak sangat the pressure was on our opponent sebab kena jaga reputasi champion dan hcap rendah.Pondai juga si Raden ni punya strategi.First 9,2nd last hole kita domee Hj Rahim and partner.Dikala itu Raden dah mula riak,katanya ,`they are not spectacular after all`.Last hole they won the domee and gain one ball from us.
Of course we had to double the stake in the 2nd 9.It was a hard fought game.Raden played well but his partner,sayalah,could`nt help him much.Our opponent pula mula menunjukkan skill mereka yang sebenar.
Ramli and partner domee us at 2nd last hole and won the 18th hole that made us poorer by 4 balls.Nasib lah Raden,depa pun taklah terra sangat,neck to neck jugalah.Tapi kalau kita menang tone respond ni akan berlagu lainlah.
Overall it was a very interesting game.Thank you Raden,Hj Rahim and Ramli.
MJHim