Hello Members Sekelian,
Ya. Kita dah mula pengiraan points untuk memilih secara bertanding, Golfer of the Year. Kita dah mulakan bagi tahun 2011 lak. Pertandingan akhir selalu nya kita adakan pada Januari tahun berikut nya. Kali ni pada tahun 2012 lak. Jauh dan lama lagi. Bukak mata Tutup Mata dah hujung tahun dah. Saperti telah diterangkan oleh Vice Captain kita DaTaRaz, pertandingan ini meliputi 2 kriteria. Pertama nya ialah jumlah penyertaan yang diiktiraf oleh SetiakawanGolf. Kelayakan nya ialah sasaorang tu mesti telah menyertai sebanyak 25 kali pada tahun itu. Tahun 2011 lah kali ni. Yang kedua nya ialah points akan di beri kepada mereka yang mencapai tempat pertama sehingga ke 25. 50 points untuk pertama dan 2 points untuk ke25. Ada cadangan supaya SATU point diberi kepada mereka yang turut serta dalam permainan kita walau pun bawah dari tempat ke25. Dari sini lah Ranking ditetapkan. Baik pencapaian baik lah point tu. Kita sebarkan Ranking ni pada penghujung tiap tiap bulan. Untuk tujuan semakan lihat kolum ( r ) dan ( s ). ( r ) ialah jumlah penyertaan. Sesiapa dah mencapai angka 25 boleh yakin akan penyertaan nya dalam ‘Final’ nanti. ( s ) ialah Ranking sasaorang tu. Cuba tuju ketempat teratas. Di pamirkan dibawah ni Ranking kita untuk bulan Januari 2011.

Top 10 pada bulan Disember 2010 dulu ialah:
1. Kol Mutalib Mohd Salleh.
2. Dato Amin Salleh.
3. Mej Rustam Ramli.
4. Kol Ramli Kinta.
5. Tan Sri Nik Ismail.
6. Dato Khalid Saad.
7. Dr Khalil Ramli.
8. Kol Dol Ngajis.
9. Dato Nawi Alias.
10. Raden Hamzah Massod.
Kol Mutalib bermain baik dan menjuarai SEGOY tahun 2010. Juara tahun 2009, Kol Ramli Kinta mampu menduduki tempat ke2. Kali ni Nampak muka baru dah muncul dalam Top 10. Yang menyerlah ialah Orang Tepeng, Dato Malek Shahar ditempat ke4.
Satu lagi ialah Hj Rahim Kassim dinombor 2.

Untuk yang lain. Main lah dengan baik, dapat tempat teratas dan kejar kedudukan Top 10.
Salam.
Setikawan Bertumpu ke SEGOY lak.
Kawan kawan sekelian,
ReplyDeleteJohn I setuju dgn you. Tahun ni nampaknya prestasi member2 sqd 12 agak merundum. Kedudukan I jauh di bawah you, MJHim, Dato Tairobi dan Rahman J. Sepert yg kita dah maklum, kebelakangan ini I kurang ambil bahgian dlm pertandingan mingguan Setikawan sebab masalah kesihatan. Sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya dan saya kurang yakin ia boleh pulih sepenuhnya. Masalah wear and tear..mana boleh repair. Kena tunggu hcap dinaikkan oleh Dato Amin. Itu pun lama lagi kata beliau kerana "good score" di zaman kegemilangan masih ada lagi yg belum boleh dihapuskan. Aduuuh seksa betul
Tapi tak apalah. Demi semangat SETIAKAWN saya akan terus berjuang bermati matian.