Thursday, August 15, 2013

SAMBUTAN HARI RAYA SETIAKAWANGOLF PADA 14 OGOS 2013 DI WISMA PERWIRA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA.

 
   Majlis Sambutan Hari Raya SetiakawanGolf pada tahun 2013 diadakan pada 14 Ogos 2013. Bertempat di Wisma Perwira Rejimen Askar Jurutea DiRaja, Di Raja di No 1 Jalan Tun Ismail, KL. Belakang Bank Negara, besrsebelahan Open University.
 
Secara lazim nya kita adakan pada hari Rabu. Bersekali dengan permainan mingguan kita. Seingat saya ini kali keempat kita adakan perjumpaan sempena hari raya.Pada tahun 2010 dan 2011 kita adakan di Hotel D’ Palma, Ampang. Bagus nya tempat ni, senang parkir.

Kali ni seramai 80 menyertai, termasuk isteri, anak dan cucu.
 
 

 
Pihak Wisma dibawah kelolaan Kol Sidek, telah pun lama menyiapkan hidangan kita.
 
Terdapat lemang, rendang, ayam dan daging, lodeh. Yang dipanggang termasuk ayam, kambing dan ikan talapiah. Cukup dengan cecah nya. Ada juga kuay teow goring basah. Memang sedap memang lazat. Memang cukup hidanagan pada malam itu


 

Beberapa personality naik ke pentas termasuk Dato Presidente – berucap menyampaiakn ucapan hari raya nya,
Timbalan Presidente – mengemaskinikan aktiviti golf, penaung kita
Tan Sri Hashim Meon yang menyampaikan pesanan dan ingatan supaya kita sedar akan tanggungjawab kita sebagai saorang Islam
dan juga mengetuai bacaan doa. Last sekali Vice Captain Dato Tairobi memaklumkan kegiatan permainan mingguan kita bagi 21 Ogos di Staffield Golf Resort dan pada 28 Ogos di Amverton Island & Golf Resort di Carey Island.
Beberapa sessi gambar diadakan.
 
 Memang penuh dengan gelak ketawa. Kita bersurai dalam jam 10.00 malam.
Members SetiakawanGolf mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat Golfers di Malaysia.


Salam      

2 comments:

  1. Thank you John for the great reporting.
    Mani and I enjoyed the Setiakawangolf Hari Raya open house and I hope all members and spouses had enjoyed as much as we did. The company was super and the dishes, especially kambing and ikan telapia bakar, were marvellous.
    Special thanks to Col Sidek and his sapper boys for the splendid job under supervision of our Vice Capt Brig Gen Dato Mohd Tairobi. Well done guys.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin to all.

    ReplyDelete