Thursday, August 22, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 21 OGOS 2013 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT

      Minggu ni kali kedua kita bermain selepas Ramadhan. Sendi sendi masih berkarat lagi. Seramai 36 orang menyertai di Staffield Country Resort.
Mengikut utusan Convenor, kita kena bayar RM 145 untuk green fee+buggy+insurance+breakfast+Lunch dan hadiah. Bullseye RM 10 ialah optional. Caddy urusan persendirian. Itu cukup baik. Tambahan, course ni satu dari favourite kita. Cuma kena tee off cepat sikit. Jam 8.00 pagi.
Pendaftaran dibuat di Golf Section Club. Breakfast di Golfers’ Terrace. Ramai dah ada di sana bila saya sampai. Nampak ada muka baru.

Pada mula nya tak pasti sapa. Tak lak dikenalkan.
 Sempat hai hai hai je. Pas tu kena ke buggy. Ialah tee off jam 0800. Terkejar kejar sikit.
 
 
 
Kita bermain di Western dan Southern Nine. Cuaca pun elok.
 

 
 
Redup sepanjang permainan. Ada ketika macam nak hujan. Kalau tak ‘weather delay’ nanti. Tapi the weather stayed.

Kita selesai dalam jam 1300. Selesai berkemas kita ke the Peppers untuk makan tengah hari. Lauk termasuk soup, kari ayam, ikan sweet sour, sayur kacang dan kobis dan buah buahan.


 

Bagus nya kita berganding dengan kelab ni kerana keputusan mereka uruskan. Tak payah nak mengira secara manual lagi. Keputusan selesai semasa kita makan.
Kol Ramli Kinta mengacarakan majlis.
BG Rahman Jabir dijemput menyampaikan hadiah kemenangan secara tunai.
Tahniah diucapkan kepada Kol Sidek kerana menjadi Champion kali ni.
 Handicap 15 net 70. Deputy Champion ialah Dato Amin.
 Handicap 16 net 72 dan yang Assistant Deputy Champion ialah Kol Razaki.
 
 Handicap 16 net 72.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:


 
 

 
Selesai penyampaian hadiah, Jawatankuasa berbincang sejenak. Antara yang dibincangkan ialah:
a.    Ahli ahli baru perlu dikenalkan kepada members.
b.    Bayaran untuk sesuatu event itu perlu dibayar mengikut jadual. Kalau Permainan Mingguan kita perlu dijelaskan sabelum bermain. Kepada mereka yang ada order makanan berasingan perlu jelaskan  dulu sabelum pergi bermain.
Ini ingatan je. Harap harap boleh dierima.
Salam.




 Ps: Pada 28 Ogos kita akan bermain di Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey, Kelang. 

 
Yang suka makanan segar dari laut bawak lah ice chest atau pun kotak poleistyrene. Gerai gerai jual produk didapati diluar kawasan golf club.

No comments:

Post a Comment